10 January 2014

BLOG FAMILY MARSIS TELAH BERPINDAH

Assalamualaikum, Terima kasih kepada pengunjung setia blog family-marsis..semoga ukhuwah terus bertaut..Kami sudah berpindah ke laman blog yang baru..


Sila tekan link ini: http://familymarsis.blogspot.com

Terima kasih sekali lagi kerana setia bersama kami..^^

06 February 2013

Memaknakan Masa Muda


Program Baktisiswa Di Pulau Pangkor 


Program Misi Dakwah Keningau: Kg. Johan Jaya, Sook (gambar1)


Program Misi Dakwah Keningau: Kg. Johan Jaya, Sook (Gambar 2)


Lawatan Ke Kg. Padang, kampung orang mualaf Nabawan, bersama Us. Fadlhi Yusof(Gambar 1)


Lawatan Ke Kg. Padang, kampung orang mualaf Nabawan, bersama Us. Fadlhi Yusof(Gambar 2)


Para Ibu Kampung Debut Langsat 


Ini acara mengupas kulit kelapa tua!..pertama kali dengar bah..Program Kempen Membaca punya sukaneka..inikali la..


Merancang program kemasyarakatan adalah sesuatu yang sangat menjadi kegilaan saya sejak melepasi TIngkatan 5. Ketika di matikulasi UIAM (2009)saya begitu teruja kerana sempat merancang satu program Jelajah Dakwah Sabah meliputi kawasan Beluran- Kundasang- Ranau. Bermula saat itu, saya sentiasa ingin melibatkan diri dengan program-program yang bersifat ‘travelling’.

Tahun 2010, saya meneruskan pengajian di UIAM. Taman Ilmu dan Budi. Semester kedua saya dipilih menjadi Exco Maruf Club, Perhubungan Awam. Tugasan khas saya ialah merancang program baktisiswa ke Sabah. Satu tugasan yang agak menyeronokkan. Saya terlalu teruja. Dengan kerjasama semua terutama Head Exco Perhubungan Awam bertungkus lumus untuk menjayakannya. Akhirnya direalisasikan pada Hari Raya Haji 2011. Lokasi terpilih ialah Kampung Debut langsat, terletak di kawasan Ranau.

Aktiviti menarik ketika ini ialah aktiviti keluarga angkat, raya korban,sukaneka. Seronok melihat masyarakat Sabah melayan tetamu istimewa daripada daratan seberang Laut China selatan.

Sebelum menjayakan misi ke Sabah, saya menjadi peserta kepada program Baktisiswa ke Pulau Pangkor, anjuran Mahallah Asma'.

Tahun 2012 saya sekali lagi terlibat untuk melaksanakan baktisiswa ke Sabah. Kali ini di Kampung Johan Jaya, kampung saya sendiri. Tempat ini saya yang pilih kerana saya pernah berazam, kalau mahu buat baktisiswa biarlah di tempat sendiri selepas ini. Akhirnya Allah makbulkan. Antara program menarik hati ketika ini ialah pengisian di sekolah rendah dan persembahan peserta selain aktiviti Keluarga angkat.
Kami sempat menziarahi Ranau dan Kundasang. Ladang Teh dan Rumah keluarga saya di Kundasang. Ada satu destinasi lagi yang tidak sempat diziarahi…lading Lembu, Desa Cattle di Mesilou.

Tahun 2013 ini Alhamdulillah, masih diberikan peluang untuk melaksanakan lagi Bakti kemasyarakatan , kali ini entah memang takdir, saya berbesar hati dapat menjalin kerjasama dengan Rakan Daie Muda Ranau(RDM), Persatuan Siswazah Sabah(PSS) ranau dan beberapa NGO lain. Saya ketika ini mewakili UIAM, MARSIS sekali.

Apa yang dapat dikongsi ialah, semasa melaksanakan program ini, aktiviti menarik ialah agenda memantau tahap pembacaan kanak-kanak kampung Debut, yakni lokasi program pada tahun 2011 lepas. Lebih kurang sebagai program susulan. Misi kami ketika ini adalah Kempen Membaca dan Simbolik Pembinaan perpustakaan mini di sana. Pengisian baru yang dibuat ialah persembahan dari semua keluarga bersama anak angkat pada malam terakhir meninggalkan kesan seribu kenangan pada semua yang terlibat.

Sangat mengharukan kerana sokongan masyarakat amat-amat memberangsangkan. Progrm ini mendapat perhatian daripada pemimpin tempatan. Alhamdulillah.

Saya berharap agar program sebegini boleh diperbanyakkan agar anak muda terus memiliki aktiviti berfaedah yang boleh dibuat dan mengurangkan masa untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang kurang berfaedah seperti menghabiskan masa depan FB, melepak dengan kawan-kawan, membuat jenayah atau apa-apa yang seumpamanya. Bagi saya memikirkan gerak kerja dakwah atau kemasyarakatan sebegini lebih baik daripada membuat kerja sendiri-sendiri.

Saya mewakili MARSIS Cosultancy dan sebagai NGO juga mengalu-alukan sesiapa yang berminat untuk menjalankan gerak kerja kemasyarakatan ditempatnya dan ingin berkongsi pengalaman boleh berhubung dengan saya atau sesiapa saja yang berkaitan. Moga Allah Redha.

Siti Azimah Rupilen,
Pembagungan Sahsiah dan Modal Insan, MARSIS


09 January 2013

Tazkirah Malam Cinta Rasul

Bismillahirrahmanirrahiim..

Assalamualaikum, terpanggil untuk berkongsi dengan sahabat MARSISian semua dan pengunjung blog ini..tentang tema kita bulan Dzulhijjah ini..Iaitu sambutan maulidurrasul..9 Jan 2013..

Apa yang menarik?

Majlis Malam Cinta Rasul ini dianjurkan oleh beberapa badan kerajaan dan syarikat yang bukan alang-alang kata orang Sabah. Yang paling best, dirakam oleh TV Al-Hijrah. Dihadiri oleh Tim Perdana Menteri, Tan Sri Muhidin Yasin..JAKIM, JAWI, dsbg..

Kami , yakni saya dan sahabat bertolak ke sana sebelum Maghrib kerana takut terperangkap dalam kesesakan jalan..Maklumlah hari bekerja ni sesak banyak..

Kami lepak di surau stadium, eh lupa..program ini buat di Stadium Badminton Cheras..So, dalam pukul 9 mlm baru kami masuk, dewan dah gemuruh dengan suara pukulan gendang dan kompang dan suara berselawat..mengumumkan ketibaan Syeikh Abd Al Qadir As Seghaf.. semua hadirin berdiri..

beberapa minit berselawat, Syeikh pun da naik pentas bersama Habib Ali, semua duduk. MC majlis mengambil peranan..Bla bla ..bla..

Mula la berqasidah..nak katanya, majlis malam ni dipenuhi dalam masa dua jam setengah dengan qasidah..Panjang juga tu..^^..tapi tak terasa sebab, mood para hadirin adalah berzikir dan berselawat!

30 minit sebelum tamat, Habib ali memberi tazkirah..yang ni nak kongsi...sangat2..

Habib Ali memberikan kata-kata nasihat yang paling indah seumur hidup..Manakan tidak, melalui tazkirah tu, saya baru sedar bahawa kehadiran ke majlis zikir begitu adalah kerana terpilih oleh ALLAH dengan RahmatNya..Allah nak bersihkan diri kita dari dosa-dosa kita sebelum ni..Alhamdulillah..sayu dengar tentang hakikat ni..

keduanya, dia menceritakan kenapa Allah tak pernah panggil nama Nabi s.a.w dengan panggilan namanya secara terus dalam al-Quran sebagaimana dipanggilnya para anbiya' selain baginda..kerana..rupanya nama Rasulullah s.a.w ini agung ..dan nak tahu namanya diletakkan di mana?seiring dengan nama ALLAH dalam syahadah..Allah..

Biasanya kita puji orang yang kita puja, dan orang itu akan teruja, tapi ini orang yang kita puja tidak teruja kita pula yang teruja. Sedangkan kita tidak boleh menguku had kecintaan Nabi s.a.w ini..dikisahkan dalam riwayat Saidatina Aisyah Rdhiallahu 'anha..setiap malam Nabi s.a.w akan bertahajud dan menangis sepanjang tahajjud . Lantai masah, peha basah..Lalu Ummul Mukminin bertanya, kenapa berbuat seperti itu sedangkan Nabi s.a.w adalah maksum tidak berdosa, di ampunkan dosanya yang lalu dan akan datang, baginda menjawab , ' Bukankah aku ini hamba yang bersyukur? , kemudian baginda berdoa untuk Saidatina Aisyah r.a. tadi agar diampunkan dosanya yang dahulu, sekarang dan akan datang pada hayatnya. Saidatina Aisyah r.a merasa sangat teruja. Baginda lantas bertanya, ' Apakah kamu teruja wahai Aisyah?', Jawab nya..,'mestilah Ya Rasulullah..sebab saya telah didoakan keampunan dosa sepanjang hayat..!', jika kamu nak tahu, itulah doa ku untuk ummatku setiap malam..Allah..

Ha......nak bagitahunya, part ini..ramai hadirin yang sebak dan menangis..penuh syadu ayat tersebut, sangat mengharukan ..

Kecintaan nabi terhadap umatnya tidak dapat dibilang kerana Baginda amat menyayangi umatnya melebihi diri sendiri. Ketika peristiwa Taif, baginda melarang malaikat untuk menghempapkan penduduk Taif gunung uhud kerana mereka kata baginda, mungkin  akan ada dari keturunan mereka akan beriman! Dan benar, selepas beberapa lama, datang kabilah dari Taif berbaiah dengan Nabi s.a.w dan menyatakan keimanan. Allahu akbar..

Baginda menyayangi umatnya ketika nyawa dikandung badan, ketika dalam sakaratulmaut, ketika alam barzakh, dan ketika di padang mahsyar..Kata Baginda yang mafhumnya, 'carilah aku di tiga tempat ( tiian sirat, timbangan mizan, dan Telaga Al-Kauthar) yang mana di sana aku pasti akan ada untuk memberikan syafaat kepada umatku..'..

Ketika umatnya ada yang terhumban ke dalam neraka, baginda akan mengeluarkan umatnya dengan syafaatnya..

Tinggal lagi ..kita umat Baginda..berapa kali kita ingat akan Baginda ?
Selawat kita berapa kerat sehari?
Sunnah Baginda kita tahu dan amal x?

Tak nak banyak cakap..cukuplah soalan ini mengakhiri tulisan ini. Sebagai cetusan, sebagai muhasabah. Susahnya nak cari masa untuk berkenalan dengan Nabi s.a.w, kita terlalu banyak urusan duniawi yang sedikitpun takkan bagi syafaat dengan kita.

Seruan saya, jika ada majlis-majlis zikir seperti ini..datanglah ..kerana ia majlis agung yang jika didoakan padanya oleh para Habaib yang berkat, di aminkan oleh malaikat yang menaungi majlis ILMU ,dan Rahmat Allah terpalit pada yang hadir..Allahu ta'ala A'lam..

Sekian,

Exco Pembangunan Modal Insan

Kalau ada yang terhumban ke neraka(

07 January 2013

Buatmu Pencinta Dakwah!



Pasti terjentik hati menonton ini video..^__^ moga bermanfaat..

3 tahun sudah kita ledakkan program ...sy cdg mawlid Nabi s.a.w , jom kita jumpa 200 mahasiswa/wi bg buku dlm bHS Inggeris ttg Nabi Muhammad, bersama coklat[manisan], bunga..

ada brans?

Kita Serupa Aja bah..^^,

Assalamualaikum..jiwa-jiwa borneo sekalian..=)

Nukilan ini khas buat kita-kita insan Borneo..saat ini kita bersama membawa jasad ke Tanah Semenanjung. Untuk menjalani kehidupan yang lebih mencabar. Best kan dapat berjalan-jalan di sini? Apa-apa pun, kita kena ingat kepayahan mak ayah kita untuk hantar kita ke sini..untuk belajar yang pastinya.

Seperti saya dulu, bapa tidak hantar saya sampai ke UIAM pun. Tapi dia hantar saya dengan nasihat-nasihat dan harapan-harapan yang banyak dan yang amat berguna. Dengan kasih sayang itu, saya mampu bertahan xminta pulang XD!

Saya cuba survive dengan nasihat-nasihat mereka, cikgu-cikgu di sekolah  menengah. Asam garam yang mereka kongsikan buat saya terlebih memilih untuk berhati-hati berkawan. Walau pada dasarnya saya kawan saja siapa pun.

Petua paling ampuh. Jaga solat kita. Allah akan terus menerus menjaga kita.Allah pelihara kita.

Kalau diuji apa-apa ujian, benda-benda yang menyakitkan begitu. Jangan lepaskan tekanan dengan membuat benda yang tidak berfaedah , tapi carilah ALLAH..

Akhir sekali, kini ambang peperiksaan. Buat yang terbaik. Kerana kita ini wakil atau boleh saya umpamakan DUTA Sabah. Kelak , sekembalinya kita di Sabah kitalah yang akan mengisi kemajuan dan intelektual masyarakatnya.

Asal dari kampung!

Nah hadiah buat kamu yang serupa denganku..HambaNya..

video

Jangan lupa skodeng2 aktiviti dakwah di Sabah..=)


21 November 2012

Sumbangan buat GAZA


Bismillah wa Alhamdulillah, Marsis Training & Services telahpun memberi sumbangan bantuan kewangan untuk Gaza melalui NGO Muslim Care. Anda pula bagaimana? 

InsyaAllah tak lama lagi, dua wakil Muslim Care dari Malaysia akan ke Gaza iaitu Tuan Zulkifli Wahijan (bendahari) dan Tuan Ridhuan Md Noor (exco) manakala seorang lagi wakil Muslim Care berada di United Kingdom, Tuan Alias. Mereka akan bergabung dengan beberapa NGO dari negara lain dan akan berada di Gaza selama tiga hari. 

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkan sumbangan ke Akaun Maybank Muslim Care (Viva Palestin) 5644 902 111 59 atau ke Akaun RHB (Muslim Care) 2621 2000 004747

Selain bantuan segera ini, Muslim Care turut mensasarkan kutipan RM1 juta bagi membantu rakyat Palestin menjelang awal tahun hadapan. Isu Palestin adalah ISU KITA! Sumbanglah apa yang termampu, dalam bentuk apapun - material - kesedaran - dll. Elakkan memperlekeh usaha-usaha sahabat yang lain. Sungguh! kita ini bersaudara. 



Dg Siti Khairunnisa Ismail
Exco Perhubungan dan Penerangan
Markas Siswa Siswi Islam Sabah (MARSIS)

01 September 2012

SELAMAT DATANG !

     Assalamualaikum buat semua adinda dan sahabat yang kembali meneruskan pengajian dan pengembaraan pada semester kali ini.Ahlan wa sahlan juga saya ucapkan kepada semua mahasiswa dan mahasiswi baru Sabah yang berjaya meneruskan pengajian di institusi pengajian tinggi masing-masing.Nyata,usaha yang dilakukan dan cita-cita yang diimpikan semenjak sekolah lagi semakin bersinar dengan cemerlang. 

    Teringat saya kepada firman Allah yang bermaksud : “Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya ” – Surah Al-Baqarah,ayat 269 

    Ilmu ini adalah anugerah daripada Allah buat semua hambaNYA.Tambah-tambah lagi kepada yang beriman dan bertaqwa kepadaNya.Pencarian ilmu tidak terhad dalam bilik kuliyah sahaja atau dikampus.Ulama’ terdahulu lebih banyak bermusafir dan mencari sumber ilmu selain daripada pengajian utama.Kita adalah musafir yang berkelana atas tanah ini untuk mendapatkan ilmu yang bermanfaat bukan hanya kepada diri kita sendiri tetapi bernilai dan bermanfaat kepada yang lain juga.Islam sangat menuntut kita agar tidak berputus asa dalam mendapatkan rahmat dan maghfirah daripadaNya.Cara terbaik adalah dengan menjadikan ilmu sebagai usaha untuk menghampiri cinta Allah. 

    Sehubungan dengan itu,saya dan seluruh kepimpinan MARSIS Pusat sekali lagi mengalu-alukan kedatangan para musafir ilmu ke Semenanjung,Sarawak dan Luar Negara dengan harapan agar ilmu yang kita pelajari dapat dimanfaatkan untuk Islam di negeri kita nanti.Mudah-mudahan doa dan nasihat yang ibu bapa kita titipkan mengiringi kita sepanjang hayat dan kesempatan yang diberikan kepada kita. 

    Akhir kalam,sekali lagi “ Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum ” dan tidak terlewat untuk mengucapkan “ Selamat Hari Raya Aidilfitri.Maaf Zahir dan Batin ” kepada semua mahasiswa samada baru mahupun yang lama.Bersama kita meneruskan misi perjuangan Rasulullah agar menjadikan ilmu sebagai saham akhirat yang bernilai disisi Allah.Insya’ Allah. Wassalam.

Siti Rosinah, 
Timbalan Presiden MARSIS.

29 July 2012

Jelajah Dakwah Sabah - penyeri Ramadhan ummah



Dengan nama Allah yang Maha Mencintai para hambaNya.

10 Ramadhan menjenguk. Jangan saja kita tersipu malu. Harus rasa teruja! gunakan sisa umur kita yang mungkin tidak panjang ini menggali dan menstrategi baki 20 Ramadhan yang akan datang dengan teliti. Jangan saja dipersia dengan tidur - iftar - sahur. Sayang sekali ...

Apa yang pasti, ada satu program yang sedang kami usahakan. Cukup lama perancangan. Jelajah Dakwah Sabah. Ya... sebuah usaha dakwah anjuran Markas Siswa Siswi Islam Sabah yang bertapak di tanah semenanjung. Program ini tidak lama lagi. Oh... 13 hari saja lagi. Program ini umpama, penyeri Ramadhan. Saat-saat yang berlalu hanya memikir dan merancang tentang strategi mendekati ummat kini.




Melihat sahabat-sahabat penggerak program Jelajah Dakwah Sabah bertungkus lumus mencari dana tambahan untuk JDS, turun naik pejabat agama, ulang alik dari Beaufort ke KK, berhubung kepada pihak itu dan ini. Saya cukup tersentuh. Hingga apabila saat-saat yang berlalu tanpa memikirkannya saya rasa bersalah. "Apa sumbangan aku untuk membantu program ini?" - cukup mendebarkan. Tapi saya pasti, usaha itu tidak sia-sia. Moga Allah permudahkan semudah-mudahnya usaha dakwah kami.

katakanlah "pertolongan itu hanya milik Allah semuanya. DIA memiliki kerajaan langit dan bumi. Kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan" (39:44)

Kepada yang ingin membantu usaha dakwah ini, sumbangan boleh di salurkan ke akaun Bendahari MARSIS 12150005165209 (CIMB atas nama Nur Hidayat Rahmat - 0192966399 )

Kongsi keberkahan Ramadhan dengan ringankan beban insan yang memerlukan. Ramadhan kan, Allah bilang "puasa itu untuk Ku, Aku akan membalasnya" - hadis Qudsi ;) Moga ia menjadi peluang sedekah yang terbaik dalam bulan Ramadhan. 


Dg Siti Khairunnisa Ismail
Exco Perhubungan & Penerangan MARSIS 11/13
10 Ramadhan 1433 H
Tawau, Sabah.

26 June 2012

Jelajah Dakwah Sabah 2012


"Kalau hanya berdakwah, kita memang bisa, tapi apakah kita bisa CINTA dengan dakwah? Sedang CINTA itu perlu pengorbanan, waktu, tenaga dan harta" - KH. Rahmat Abdullah.

Dengan nama Allah, menyahut misi Markas Siswa Siswi Islam Sabah (MARSIS) iaitu "Memperkasakan program dakwah di peringkat mahasiswa Islam Sabah khususnya" serta "mengoptimumkan penggunaan kepakaran ahli di lapangan masyarakat", MARSIS dengan kerjasama Sabah Care akan mengadakan program jelajah sambil berdakwah. Bermula dari Kota Kinabalu - Ranau - Sandakan - Tawau - Keningau - Sipitang - Beaufort, dan kembali semula ke destinasi asal - Kota Kinabalu.

TANPA YURAN! Ingin menyertai? Maklumat lanjut, sila hubungi Saudari Rosinah - 019 537 2085 . Penyertaan adalah TERHAD

28 May 2012

[Nota Usrah] bersama sahabat MARSIS Melaka


[Nota Usrah]

27 Mei 2012.

Alhamdulillah, baru sahaja usai "Rehlah Santai" MARSIS Melaka bersama sahabat-sahabat mahasiswa UTeM, bertempat di Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh, Melaka. 3 jam bersama telah berjaya diisi dengan aktiviti yang cukup berkualiti, walaupun masing-masing berperang dengan persiapan terakhir menghadapi peperiksaan dan PSM. 

Moga ALLAH merahmati pertemuan diakhir semester ini. Sehingga bertemu semula di semester akan datang. Barisan pimpinan MARSIS mengucapkan "Jazakallah wa barakallahufikum" atas usaha memperkukuh tali ukhuwwah antara kita, asas kekuatan dan kelangsungan dakwah di Sabah kelak! :)


19 April 2012

PTPTN : ANTARA HAK DAN PERJUANGAN

      Assalamualaikum dan salam perjuangan kepada semua anak muda Sabah yang berada dimana jua.Serta selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW,Kekasih Allah.Dipanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana masih lagi memberikan peluang kepada kita untuk bernafas didunia ini selaku hambaNYA. 

    Bila bercakap soal perjuangan dan pendidikan,saya teringat kepada isu yang sedang berlaku sekarang ini.Rentetan daripada demonstrasi mahasiswa pada 14 April yang lepas,sehingga kini hari ke-7 mahasiswa masih bertahan untuk terus berkampung sehingga BERSIH 3.0 pada 28 April nanti.PTPTN merupakan isu sensitif yang diperjuangkan oleh mahasiswa sejak awal penubuhannya.Kenaikan ‘bunga’ pada setiap pinjaman itu sudah menjadi riba kerana melebihi 3% daripada jumlah yang sepatutnya pada hukum syara’.Memetik kata Ustaz Zhaharudin “ Qardhul Hasan atau pinjaman tanpa sebarang faedah boleh digantikan dengan sistem yang ada.Usahakan dahulu pinjaman dengan keluarga atau kerabat sebelum berfikir untuk menggunakan PTPTN sebagai jalan ”. 

      Pendidikan percuma sewajarnya menjadi hak semua individu.Bukan sahaja hak itu kepada murid sekolah rendah,pelajar sekolah menengah tetapi jua kepada mahasiswa institusi pengajian tinggi.Malaysia mesti belajar daripada Sweden,Chile,Brazil,China,Scotland,Brunei Darussalam,Argentina,Norway,Greece,Mauritius,Finland dan Jerman.Brunei,contohnya.Memberikan peluang sepenuhnya kepada rakyatnya seawal usia 5 tahun untuk menerima pendidikan percuma sehingga mendapat segulung ijazah.Bukan kerana negaranya itu kecil dari sudut demografi dan struktur sosial Malaysia tetapi kerana pentadbirannya yang kemas dan tersusun untuk menjadikan rakyatnya berpendidikan sehingga kadar buta huruf menurun. 

     Pandangan peribadi saya berhubung pendidikan percuma ini ialah pentadbiran Malaysia mesti mempunyai satu sistem yang komprehensif agar tidak berlaku ketirisan besar dalam pengurusan kewangan.Hutang para peminjam PTPTN yang dikatakan sebanyak 27.5 billion itu tidak standing dengan kos projek-projek besar kerajaan yang masih belum diketahui bagaimana statusnya.Pendidikan percuma yang rakyat berhak perolehi ialah 0% yuran pengajian disamping harga barang yang stabil dan munasabah sesuai dengan kadar pendapatan rakyat kelas bawahan.Pilihan kerajaan ada dua.Menukar sistem sedia ada PTPTN yang berunsurkan riba’ kepada qardhul hasan atau memansuhkannya terus dan menggantikan dengan sistem biasiswa yang nyata lebih efisyen. 

     Sehubungan dengan itu,saya menyeru kepada semua mahasiswa dan anak muda yang masih lagi buntu dalam membuat pilihan terbaik agar sedaya upaya berusaha dahulu agar tidak mempunyai sesalan yang berpanjangan.Islam miliki banyak jalan penyelesaian yang terbaik.Pilihan demi masa depan ada pada kita.Caranya hanya dengan buat pilihan terbaik.Samada susah dahulu senang kemudian atau susah dahulu susah jua kemudian.Saya yakin,seandainya pemimpin sedia ada sudi mendengar suara rakyat marhaen pasti tidak akan berlaku penindasan dan kezaliman yang nyata kepada rakyat.Lazimnya seorang peminjam membayar hutangnya tetapi jika adanya riba’ dosa itu lebih berat kepada orang yang memberi pinjaman.Iklan ‘Kami bukan ALONG’ sentiasa disiarkan tetapi tanpa sedar rupanya PTPTN menjadi ALONG.Marilah kita bersama mendidik rakyat agar sentiasa peka dengan hak kita. 

     Akhir kata dari saya,suka saya membawakan kepada anda semua firman Allah ini : “Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya ” ( Ayat 90 : Surah an-Nahl ). 

Mudah-mudahan kita sama mempertahankan hak dan pendirian daripada terus dicabuli pihak yang tidak bertanggungjawab. 

Sebagai tambahan,saya selitkan beberapa laman sesawang untuk anda kunjungi sebagai rujukan :
1. http://www.gov.bn/bm/Services/Categories/Pages/Education.aspx - Brunei Darussalam
2.http://www.ntnu.edu/studies/financing-and-scholarships - Norway
3.http://www.daad.de/ausland/index.en.html - German
4.http://zaharuddin.net/hal-ehwal-riba/531-ptptn-hukum-a-kos-perkhidmatan.html - Ustaz Zaharudin Abdul Rahman.

Presiden MARSIS,
Mohamad Matassian bin Ogus

20 March 2012

HARGAI DIRIMU SEBAGAI WANITA~

Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS

Bukan kerana merah kilauan lipstik

Pada bibir memekar senyuman kosmetik

Tetapi pada keperibadian terpelihara

Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa


Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA

Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah

Untuk menggoda pandangan nafsu mata

Tetapi pada kehidupan terjaga

Dari menjadi mangsa tohmahan dunia



Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA

Tidak kerana bijak meruntuh iman kaum Adam

Sehingga turunkan insan ke dunia

Tetapi menjdi pembakar semangat perwira

Menjadi tunjang perjuangan syuhada



Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK

Tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan

Mengalir mutiara di kelopak mata

Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa

Pada hari kebangkitan bermula

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI

Bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumahtangga

Tetapi sentiasa bersama

Menempuh badai disisi suami tercinta



Cantiknya seorang wanita itu sebagai MENANTU

Bukan kerana kemewahan di mata

Tetapi bijak dalam menjauhi persengkolan ipar
lamai

Menjadi penghibur hati permata kehidupan

Cantiknya seorang wanita itu sebagai IBU

Bukan terletak pada kebangkitan anak

Dalam setiap pertelingkahan

Tetapi dibawah lembayung kejayaan

Membuai anak di kala suami menjalin impian

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MERTUA

Tidak kerana berjaya meruntuh istana

Tetapi jalinan kasih sayang

Tulus hati mengagih kasih setara pada semua


Cantiknya seorang wanita itu sebagai NENEK

Bukan memberi harta dunia

Sehingga generasi lupa

Tetapi menjadi pada pendita

Menjaring teladan para anbia pada anak bangsa

Cantiknya seorang wanita itu sebagai
WARGANEGARA
Bukan kerana menyandang puncak dunia

Tetapi bijak menangkis rintangan

Peka membela nasib dan maruah negara

Menjadi tulang belakang keteguhan semua



Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGA
TUA

Bukan kerana jernihnya mutiara

Mengalir deras di kelopak mata

Tetapi senantiasa mengumpul cahaya

Menghitung hari dengan selembar nasihat



Cantiknya wanita itu sebagai INTELEKTUALIS

Bukan kerana menjadi sebutan

Sehingga menjulang keegoaan

Tetapi dalam mencari ilmuan

Menyala obor mewangi setanggi profesionalis



Cantiknya wanita itu sebagai MUSLIMAH

Bukan kerana keindahan paras rupa

Sehingga menjadi ingauan mata

Tetapi berpegang Akidah Solehah

Disebalik tirai jiwa

Mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah

Mengharap keredhaan kehidupan awana














Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes