30 August 2008

KEMERIAHAN HUJUNG MINGGU INI

Kita sangat bertuah pada tahun ini kerana berkesempatan meraikan dan menyambut dua peristiwa yang begitu signifikan kepada kita selaku warganegara Malaysia dan selaku seorang Muslim. Ramadhan Al Mubarak dan Hari Kemerdekaan ke 51.

Baru saja kita melepasi kemeriahan Pilihanraya Permatang Pauh diteruskan dengan Pembentangan Bajet ke 9 dan menjelang 31 Ogos 2008 laungan kemerdekaan pula akan bergema dan diteruskan dengan kemeriahan menyambut kehadiran Ramadhan Al Mubarak..sememangnya minggu ini sangat meriah.

Apabila melalui minggu ini,ada beberapa perkara yang menarik perhatian saya untuk diperkatakan. Saya begitu tertarik dengan filem pendek 10 tahun sebelum merdeka yang telah ditayangkan semasa Malam Forum kemerdekaan PMIUM baru-baru ini. Menyedari bahawa usaha mencapai kemerdekaan Negara adalah bukan mudah dan terlalu banyak UNTOLD STORIES & HISTORY yang tidak kita ketahui. Melihat filem ini,kita akan menyedari dan lebih faham SIAPA yang lebih IKHLAS dan lebih BERJASA dalam mencapai kemerdekaan yang kita ada sekarang. Melihat dan mendengar bicara mantan-mantan pejuang-pejuang yang tidak disebut dalam buku sejarah kita,cukup memberikan pengajaran pada diri. Kesusahan menjadikan kita lebih kuat.

Sekitar isu merdeka juga, saya masih memikirkan di atas rasional apa kabinet meluluskan konsert Avri Lavigne pada malam ini 29 Julai 2008. Ni kata pak menteri ;
Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Mohd Shafie Apdal berkata, kebenaran itu dibuat Kabinet kelmarin selepas meneliti jaminan penganjur konsert, Galaxy Group dan mengarahkan kementeriannya memantau perjalanan konsert itu.

"Pemantauan harus dilakukan oleh Kementerian supaya ia (konsert) tidak bercanggah dengan budaya dan nilai masyarakat Malaysia," katanya kepada Bernama semalam.
Shafie berkata,kementeriannya menetapkan prasyarat dan peraturan kepada penganjur agar konsert itu tidak menjejaskan budaya dan penerapan nilai yang tidak baik di kalangan anak-anak muda khususnya dalam bulan Merdeka

Saya memikirkan apakah yang akan dilakukan penganjur agar konsert ini tidak menjejaskan budaya dan penerapan tidak baik di kalangan anak muda?Pilihan jawapan yang ada :

a) menyuruh avril menyanyi dengan bersopan santun,tidak terkinja-kinja.
b) tidak ada percampuran semasa konsert ; lelaki asing perempuan asing ~ macam konsert di Kelantan ~
c) menetapkan kod etika pakaian. Berpakaian sopan.
d) lagu-lagu orang putih yang dinyanyikan mestilah berfaedah.

Mustahil untuk dilakukan. Jadi kenapa masih tega membenarkan konsert ini di jalankan. Sedangkan mustahil syarat yang di tetapkan itu dipenuhi secara sempurna. Hanya untuk menyedapkan hati dan telinga pihak-pihak yang membantah. Pendirian yang sama saya kemukakan kepada semua konsert-konsert mungkar yang telah ataupun bakal di adakan di Negara kita yang tercinta. Tidak patut di adakan. Isunya di sini , layakkah kemurnian sambutan kemerdekaan kita dari tangan penjajah ; walaupun tidak sepenuhnya,di sambut dan dimeriahkan dengan konsert-konsert sebegini? Bukan kah kita ada alternatif lain buat anak-anak muda. Setiap tahun setiap detik 31 ogos akan berjumpa isu yang sama. Bilakah pembaharuan akan dilakukan? Didiklah generasi yang kemaruk hiburan ini dengan sesuatu yang lebih bermakna.

Dan apabila kita menyusuri kembali kepada pokok asas masalah ialah sudah tentunya semua ini berlaku kerana setiap pelaksanaan dan penguatkuasaan adalah tidak berasaskan kepada apa yang Islam perintahkan. Kalau ada Islam hanya separuh-separuh,suku-suku..Islam hanya pada Doa dan Solat mereka sahaja. Redha Allah bukan menjadi Core Bussines dan matlamat penting.

Semoga kedatangan Ramadhan yang bakal menjelang sejurus selepas kemerdekaan akan memuhasabah kita dan menjadikan kita lebih baik dari masa ke masa. Semoga Negara kita yang tercinta akan menjadi baldatun tayyibatun wa rabbun ghaffur..negara yang sejahtera dan dirahmati Allah pada satu hari kelak. Itu impian kita. Ke arah itu..dont just talk,work for IT!

www.intisor-islam.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes