06 February 2013

Memaknakan Masa Muda


Program Baktisiswa Di Pulau Pangkor 


Program Misi Dakwah Keningau: Kg. Johan Jaya, Sook (gambar1)


Program Misi Dakwah Keningau: Kg. Johan Jaya, Sook (Gambar 2)


Lawatan Ke Kg. Padang, kampung orang mualaf Nabawan, bersama Us. Fadlhi Yusof(Gambar 1)


Lawatan Ke Kg. Padang, kampung orang mualaf Nabawan, bersama Us. Fadlhi Yusof(Gambar 2)


Para Ibu Kampung Debut Langsat 


Ini acara mengupas kulit kelapa tua!..pertama kali dengar bah..Program Kempen Membaca punya sukaneka..inikali la..


Merancang program kemasyarakatan adalah sesuatu yang sangat menjadi kegilaan saya sejak melepasi TIngkatan 5. Ketika di matikulasi UIAM (2009)saya begitu teruja kerana sempat merancang satu program Jelajah Dakwah Sabah meliputi kawasan Beluran- Kundasang- Ranau. Bermula saat itu, saya sentiasa ingin melibatkan diri dengan program-program yang bersifat ‘travelling’.

Tahun 2010, saya meneruskan pengajian di UIAM. Taman Ilmu dan Budi. Semester kedua saya dipilih menjadi Exco Maruf Club, Perhubungan Awam. Tugasan khas saya ialah merancang program baktisiswa ke Sabah. Satu tugasan yang agak menyeronokkan. Saya terlalu teruja. Dengan kerjasama semua terutama Head Exco Perhubungan Awam bertungkus lumus untuk menjayakannya. Akhirnya direalisasikan pada Hari Raya Haji 2011. Lokasi terpilih ialah Kampung Debut langsat, terletak di kawasan Ranau.

Aktiviti menarik ketika ini ialah aktiviti keluarga angkat, raya korban,sukaneka. Seronok melihat masyarakat Sabah melayan tetamu istimewa daripada daratan seberang Laut China selatan.

Sebelum menjayakan misi ke Sabah, saya menjadi peserta kepada program Baktisiswa ke Pulau Pangkor, anjuran Mahallah Asma'.

Tahun 2012 saya sekali lagi terlibat untuk melaksanakan baktisiswa ke Sabah. Kali ini di Kampung Johan Jaya, kampung saya sendiri. Tempat ini saya yang pilih kerana saya pernah berazam, kalau mahu buat baktisiswa biarlah di tempat sendiri selepas ini. Akhirnya Allah makbulkan. Antara program menarik hati ketika ini ialah pengisian di sekolah rendah dan persembahan peserta selain aktiviti Keluarga angkat.
Kami sempat menziarahi Ranau dan Kundasang. Ladang Teh dan Rumah keluarga saya di Kundasang. Ada satu destinasi lagi yang tidak sempat diziarahi…lading Lembu, Desa Cattle di Mesilou.

Tahun 2013 ini Alhamdulillah, masih diberikan peluang untuk melaksanakan lagi Bakti kemasyarakatan , kali ini entah memang takdir, saya berbesar hati dapat menjalin kerjasama dengan Rakan Daie Muda Ranau(RDM), Persatuan Siswazah Sabah(PSS) ranau dan beberapa NGO lain. Saya ketika ini mewakili UIAM, MARSIS sekali.

Apa yang dapat dikongsi ialah, semasa melaksanakan program ini, aktiviti menarik ialah agenda memantau tahap pembacaan kanak-kanak kampung Debut, yakni lokasi program pada tahun 2011 lepas. Lebih kurang sebagai program susulan. Misi kami ketika ini adalah Kempen Membaca dan Simbolik Pembinaan perpustakaan mini di sana. Pengisian baru yang dibuat ialah persembahan dari semua keluarga bersama anak angkat pada malam terakhir meninggalkan kesan seribu kenangan pada semua yang terlibat.

Sangat mengharukan kerana sokongan masyarakat amat-amat memberangsangkan. Progrm ini mendapat perhatian daripada pemimpin tempatan. Alhamdulillah.

Saya berharap agar program sebegini boleh diperbanyakkan agar anak muda terus memiliki aktiviti berfaedah yang boleh dibuat dan mengurangkan masa untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang kurang berfaedah seperti menghabiskan masa depan FB, melepak dengan kawan-kawan, membuat jenayah atau apa-apa yang seumpamanya. Bagi saya memikirkan gerak kerja dakwah atau kemasyarakatan sebegini lebih baik daripada membuat kerja sendiri-sendiri.

Saya mewakili MARSIS Cosultancy dan sebagai NGO juga mengalu-alukan sesiapa yang berminat untuk menjalankan gerak kerja kemasyarakatan ditempatnya dan ingin berkongsi pengalaman boleh berhubung dengan saya atau sesiapa saja yang berkaitan. Moga Allah Redha.

Siti Azimah Rupilen,
Pembagungan Sahsiah dan Modal Insan, MARSIS


2 comments:

DHIA TAN said...

Adakah anda mencari pinjaman untuk memulakan perniagaan atau projek keinginan hati anda? Di DHIA TAN LOAN COMPANY, kami menawarkan semua jenis bantuan kewangan kepada semua individu yang memerlukan pinjaman seperti "pinjaman peribadi, pinjaman pelaburan, pinjaman pinjaman perumahan dan syarikat pinjaman di seluruh dunia, kadar faedah kami adalah 2% setahun. Kami juga memberikan nasihat kewangan dan bantuan kepada pelanggan dan pemohon kami. Sekiranya anda mempunyai projek yang baik atau ingin memulakan perniagaan dan memerlukan pinjaman untuk membiayai dengan segera, kami boleh membincangkannya, menandatangani kontrak dan kemudian membiayai projek atau perniagaan anda untuk anda bersama dengan Bank Dunia dan Bank Industri.

Hubungi SYARIKAT PINJAMAN TIA DHIA hari ini untuk sebarang mata wang yang anda mahukan.

Kategori Perniagaan

Perniagaan Merchandising.
Perniagaan pembuatan
Perniagaan Hibrid.
Pemilikan tunggal
Perkongsian.
Syarikat.
Syarikat liabiliti terhad.
pinjaman peribadi.
pinjaman pelaburan.
Pinjaman Hutang.
Pinjaman Rumah.
Pinjaman gadai janji
Pinjaman automatik.
Pinjaman pelajar.
Pinjaman gaji.
Pinjaman Islam.
Pinjaman pertanian.
Pinjaman gereja.

SYARIKAT PINJAMAN TIA DHIA
E-mel: tandhia6@gmail.com

WhatsApp +1 (484) 440-9390.

143Record said...

I ennjoyed reading your post

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes