12 June 2011

Tanggung Jawab Ini Di Bahu Kita semua

~Kalam Tarbiyyah Marsis~

Assalamualaikum...

Buat seluruh pelajar Sabah yang menuntut di Bumi Semenanjung,

Salam Perkenalan dan Mahabbah buat kalian. Merenung kembali jejak yang telah kita tinggalkan iaitu zaman sekolah menengah di Bumi Bawah Bayu ini, kita sering kali menyatakan dalam hati, bahawa pijakan pertama di Bumi semenanjung pada saat kita menyedari jasad berada di Bumi Semenanjung adalah untuk membawa pulang segulung ijazah seterusnya menjadi kebanggaan buat keluarga , agama dan negara..

Walhal, jika dilihat dari sudut hakikat niat, itu bukan niat pertama yang wajar kita letakkan di tempat teratas.  Sepatutnya kita melihat kejayaan ini adalah untuk memajukan pemikiran dan taraf hidup masyarakat kita. Modal insan yang ada sepatutnya dikongsi dengan muda mudi remaja yang ada di Sabah..Jika kita yang meruntuhkan akhlak moral dalam diri kita, maka, apa lagi yang bisa dikongsikan dan diajarkan kepada anak muda di sana kelak?

Ketirisan akhlak dan kegoyahan pegangan akidah Islamiyyah yang semakin meruncing masih belum dapat membangunkan anak-anak muda yang mengaku mahasiswa Islam kelahiran Sabag di Bumi Semenanjung...Apa lagi yang perlu ditunggu? Masa tidak mungkin terbalik dan menoleh menunggu tindakan kita..

Sebaiknya, kesedaran pada saat ini amat-amat membantu demi perubahan seribu tahun kehadapan tanpa kita sedari. Maka, bermulalah, mencari diri, meneliti potensi diri dan majukan diri ke arah bakat yang terpendam demi membantu generasi muda yang kian tenggelam dalam arus hiburan melampau dan fantasi yang sehingga di 'akademi'kan..

Perjuangan menuntut ilmu adalah wajib, menyebarkan ilmu juga wajib..hatta kita bukan seorang guru..'Sampaikanlah walau sepotong ayat..'..wasilah boleh dipilih berdasarkan kemampuan. Anda, saya dan kita semua, mampu merobah kejahilan..dengan Izin-Nya..amin~

~Bertanyalah pada yang Tahu..~

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes