10 April 2008

GEMPUR SAMPAI SYAHID

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu’alaikum w.b.t. kepada sidang pembaca dan sahabat-sahabat seperjuangan sekalian. Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah SWT, tuhan Maha Agung yang tidak pernah sesaat lalai memerhatikan kita. Selawat ke atas junjungan Nabi SAW, kaum keluarganya, para sahabat, para tabien dan para pejuang Islam di sepanjang zaman yang telah berjuang sehingga kita tersentuh dengan nikmat Iman dan nikmat Islam.

Abad demi abad, pastinya umat Islam akan digemparkan dengan ujian Allah SWT yang cukup dahsyat daripada musuh-musuh Allah SWT yang tidak pernah lekang daripada penat lelah untuk menghancur lumatkan umat Islam dan Agama Islam yang didokongi oleh tentera-tentera Muhammad SAW hari ini. Umat Islam hari ini diinjak-injak, dihina, dipermainkan, diperkudakan dan dipersendakan oleh musuh-mush Islam yang di mana musuh Islam ini juga ada sebahagiannya terdiri daripada umat Islam sendiri (munafiq), namun pelik strategi golongan munafiq ini, tidak dapat dikesan oleh umat Islam itu sendiri dan membuatkan umat Islam menjadi terkial-kial dan terpinga-pinga untuk mengetahui identiti sebenar diri mereka sebagai umat Islam yang terbaik sepertimana yang dirakamkan oleh Allah SWT di dalam Al-Quranul Karim ;

“ Kamu adalah sebaik-baik umat yang dijadikan untuk menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah”

Berbalik pada tajuk “Gempur Sampai Syahid”. Tajuk ini dipilih khas bagi membilas pemikiran dan pandangan berkenaan situasi kampus hari ini yang di mana kita semua mengetahui bahawa tentera-tentera Badar Al-Kubra Kampus akan digempur oleh musuh-musuh Islam yang kini dan selamanya selalu sahaja menyimpan dendam kepada jundi-jundi Islam yang suaranya dilaungkan bagi meniup semboyan cintakan syahid di jalan Allah SWT. Walaupun jundi-jundi ini ditekan dari segi pemikiran, namun mereka ini tidak pernah gentar dan mengalah dengan ugutan murahan yang ditaburkan oleh pihak-pihak tertentu yang kurang kesedaran berkenaan demokrasi kampus!!! Ugutan-ugutan ini telahpun terjadi dan tersingkap sejak di zaman para Anbiya’ lagi, sehinggakan ada nabi yang dibunuh, disembelih, disikat dengan berus besi, digergaji kepala sehingga kakinya dan ada yang dibakar sehingga mati. Ini di antara ujutan yang Allah timpakan kepada para Anbiya’ untuk menguji sejauh mana iman para nabi ini. Persoalannya sekarang? Adakah ugutan-ugutan mereka ini sehingga ke tahap para anbiya’? Saya mengatakan tidak sama sekali. Oleh itulah wahai sahabatku, mengapakah kita perlu gentar dan rasa takut dengan rejim-rejim ini? Tidak ada sebab kita hendak takut dengan musuh-musuh Allah SWT, malahan kita kena berani dan sentiasa mengasah idealis kita bagi menangkis serangan-serangan dalam bentuk pemikiran. Allah SWT berfirman;

“Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan kamu mengetahuinya, niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkankamu ke dalam Jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam Jannah’and. Itulah keberuntungan yang besar.”(Ash-Shaaf:10-13).

Ayat ini telah menjelaskan kepada kita, betapa beruntung bagi orang-orang yang menjualkan dirinya dan hartanya untuk perjuangan Islam bagi menengakkan Agama Allah SWT. Saya dan semua para pejuang amat merindui syurga yang telah dijanjikan oleh Allah SWT…

Gempur bukan bermakna kita kena mengangkat senjata dan membedil menggunakan senapang tetapi gempur yang dimaksudkan di sini ialah mengerahkan segala tenaga dan menyerahkan diri untuk berkorban dalam perjuangan Islam dan terpaksa membuang segala kesenangan duniawi bagi mengorbankan diri untuk mendamba ukhrawi. Di samping ingin menggempur musuh, jundi-jundi Islam perlu mempunyai kekuatan tarbiyyah ruhiyyah yang lahir daripada sanubari yang mampu menggoncangkan hati-hati musuh-musuh Islam dan sentiasa memberikan perhatian terhadap hati yang gersang daripada Tamrinul Qalbi (latihan hati). Dengan kekuatan inilah kita mampu mengulangi kembali kemenangan Islam di pelosok dunia sepertimana pembebasan Baitulmaqaddas oleh Saidina Umar Al-Khattab, Pembebasan Palestina daripada tentera salib oleh Sollehuddin Al-Ayubi dan banyak lagi sejarah yang menukilkan kisah perjuangan dan kemenangan Islam di abad yang lalu.

JANJI KAMI UNTUK MEMPERTAHANKAN SAHABAT KAMI DAN ISLAM

Allah Tuhan Kami,
Allah Matlamat Kami,
Al-Quran Panduan Kami,
As-Sunnah Ikutan kami,
Al-Jihad Jalan Kami,
Mati Syahid Cita-cita Tertinggi Kami,

Kami Tentera-tentera Muhammad,
Berjanji Untuk Mempertahankan Islam Dan Sahabat Kami,
Sekiranya Ada Apa-apa Berlaku Ke Atas Islam Dan Sahabat Kami,
Kami Sanggup Syahid Bersama Sahabat Kami,
Kami Tidak Akan Gentar Kepada Musuh Islam,
Malah Kami Akan Gempur Musuh Islam Sampai Syahid,
Ini Janji kami, Ini Janji Kami, Ini Janji Kami.

Akhir kalam, di dalam penulisan ringkas ini, saya menyeru kepada semua penggerak dan pendokong kepada Islam, ayuh marilah kita mendekatkan diri kepada Allah, jadikan sepuluh malam terakhir Ramadhan ini untuk kita menitiskan air mata dan menyerahkan darah kita untuk syahid di dalam perjuangan Islam, semoga Allah mendengar setiap rintihan kecil dari hamba-hambaNya yang menangis kerana takutkan Allah. Allahuakbar!!!


Dinukilkan oleh
AbuIslam

http://abuislam.multiply.com

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes