27 September 2010

5 sebab ANDA perlu menyertai IBJ 2010 vol.2 !

Salam Syawal kepada semua pengunjung BLOG MARSIS. 

Sedar tidak sedar IBJ 2010 vol.2 semakin menghampiri kita. 1-3 Oktober 2010 ini kita akan berkampung di Janda Baik, Pahang. Pendaftaran peserta setakat ini mencatat jumlah yang memberangsangkan, dan ruang untuk penyertaan masih di buka kepada mana-mana mahasiswa Sabah dan Sarawak yang berminat.

5 SEBAB ANDA PERLU MENYERTAI IBJ KALI INI :

1. Peluang untuk bertemu sahabat, kenalan baru, kakak-kakak dan abang-abang Sabah Sarawak dari IPTA mahupun IPTS seluruh semenanjung. Sehingga ke hari ini mahasiswa dari pelbagai IPT telah memberi respon untuk menyertai IBJ - anda bila lagi? Tarikh pendaftaran masih di buka sehingga hari RABU,29 OKTOBER 2010 jam 9.00 malam. Jadi, jangan lepaskan peluang !

2. Jambori kali ini lebih aktif dan bertenaga. Antara aktiviti menarik pada kali ni adalah IBJ SURVIVOR - survivor menjelajah hutan sambil melakukan pelbagai aktiviti yang mencabar. Mahu merasa pengalaman memasak di dalam hutan? Kali ini anda berpeluang merasainya. Jadi, jangan ketinggalan menghantar nama ANDA sebagai peserta !

3. Yuran yang berpatutan. Dengan yuran serendah RM 15 untuk peserta kampus lembah klang dan RM10 untuk peserta yang datang dari jauh seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah anda berkesempatan merasai pengalaman berjambori selama 3 hari 2 malam di Janda Baik Pahang. Harga yang insyAllah berbaloi untuk pengalaman dan ilmu yang bernilai yang akan diperolehi di IBJ vol.2 kali ini !

4. Assignment berlambak-lambak? Kerja rumah banyak tak siap lagi? Jom relaks sebentar di IBJ. Peluang untuk menenangkan fikiran sebentar dengan menikmati udara segar di Janda Baik. Relaks sebentar dihujung minggu sebelum meneruskan kehidupan kampus yang sesak dengan assignment dan tugasan !

5. Peluang menambah ILMU dan KEMAHIRAN ! IBJ kali ini menyediakan LDK (zon aktif) dan TALK yang disusun khas untuk anda. Bersama-sama menambah kefahaman asas-asas ISLAM, kemahiran berorganisasi dan kemahiran dakwah. Anda berpeluang beramah mesra dengan orang asli dan Anak-anak yatim di Janda Baik, Pahang.

Justeru, jangan lepaskan peluang ! masih sempat anda menghantar nama sebagai peserta .Berminat? SMS nama anda kepada Sdr. Syamil, USIM (013 900 5582) ,Sdri. Siti Rusinah UM, (0195372085) atau melalui borang pendaftaran online KLIK sebelum RABU ini (29 Sept 2010). Jumpa ANDA di sana !

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes