Menyampaikan ilmu itu SEDEKAH |
Bakal penongkah Arus Perubahan ! |
"indahnya ukhwah" |
1.0 Pengenalan
1-3 Oktober bukanlah satu jarak masa yang panjang. Lebih-lebih lagi untuk satu bentuk program yang melibatkan sekelompok manusia yang masih bertatih untuk menyesuaikan diri dengan keadaan hidup mereka di satu tempat yang baru. Satiap Ahli jawatankuasa yang terlibat mengharapkan sedikit perubahan pada diri peserta yang datang. Mereka datang bererti bersedia untuk belajar. Untuk dididik dan berani untuk berubah. Itulah inti untuk konsep tarbiyah yang sentiasa dilaungkan. Islamic Borneo Jamborie, IBJ V2 ini adalah salah satu program MARSIS Training and Services khas untuk mahasiswa-mahasiswi Borneo yang melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS semenanjung.
2.0 Islamik
Jika seseorang bertanyakan tentang kelebihan program ini kepada saya berbanding dengan program-program lain di peringkat universiti, saya akan menjawab dengan bangganya bahawa ini adalah program Islamik!. Khas untuk mereka yang sayangkan Islam dan mereka yang berminat dengan Islam. Banyak perkara yang ditekankan sepanjang program ini bagi memastikan para peserta dan AJK sendiri mendapat ‘sesuatu’ sebelum mereka balik ke kampus masing-masing. Bermula dari pembacaan Al-Quran Karim sehinggalah adab-adab makan, semua peserta dan AJK yang datang akan belajar dan mempraktikkannya.
3.0 Riadah
Selalu, kesihatan akan menjadi kayu ukur kepada kekuatan seseorang. Kelompok yang sihat dan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Program ini turut menekankan aspek riadah dan bersukan dan ia lebih kepada santai dan rekreasi. Setiap modul yang dirancang pasti akan dimuatkan dengan pendekatan untuk menambah ilmu, meningkatkan ukhuwah dan kesedaran di samping “enjoy but meaningful”.
4.0 Kembara hutan simpan
Antara aktiviti terbesar sepanjang program ini adalah kembara hutan simpan yang mana telah memuatkan aktiviti yang melibatkan empat check point di sepanjang sungai. Setiap CP akan menyediakan modul yang berbeza. Sebagai contoh, salah satu CP adalah PC (pertolongan cemas). Para peserta akan belajar tentang pertolongan cemas dan mempraktikkannya secara olok-olok. Ia nampak seperti lekeh kerana tidak dapat dipraktikkan secara serius dan berkemungkinan besar input yang peserta dapat daripadanya amat sedikit. Tapi, pada pandangan saya, mereka perlu merasai bagaimana untuk melakukannya sekurang-kurangnya sekali supaya pertolongan cemas ini tidaklah menjadi sesuatu yang sangat asing bagi mereka.
5.0 Masak!
Saya berpeluang untuk menjaga CP memasak. Actually, I ask for it even tough my passion is in PC. I can see that this module is very unique to the participant. Memasak mi segera di dalam hutan. Tepi sungai. Menggunakan tin biskut. Berbekalkan sekotak mancis yang sudah dibasahkan kecuali 6 batang. Hasilnya amat mengujakan saya apabila para peserta yang sudah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan dimomokkan dengan istilah bertanding telah bersatu padu dengan menggunakan slogan “KITA NI SAUDARA BAH KAN!!”. One of the group cannot ignite the fire and the other group could not continue their task because their cooking pot (tin) was leaked. Sudah semestinya ia adalah sesuatu yang tidak dirancang oleh AJK. Namun, saya dapat rasakan itulah saat yang sangat berharga untuk mereka.
Kerana sedikit makanan, semua kumpulan bersatu dalam gerak kerja. Makanan dicampur dan mereka saling bersuapan antara satu sama lain. Satu saat yang indah!. Malah apabila salah satu kumpulan didenda, the other group will do the same punishment without permission. Sambil berkata “KITA NI SAUDARA BAH KAN! ”
6.0 Jejak kasih
Antara perkara yang paling menggembirakan semasa datang ke program ini adalah “KAWAN LAMA”. Di sinilah tempat bertemunya dua sahabat yang telah terpisah sejak melangkah keluar dari pintu gerbang Kolej Matrikulasi Labuan. Di sini tempat bertemu kawan sekampung. Di sini tempat melihat dengan mata kepala sendiri orang sabah yang sudah lama dikenali melalui facebook. Dan di sini jugalah tempat untuk mencari kenalan baru yang pastinya berguna untuk gerak kerja pada masa akan datang.
7.0 Praktikal
Di hujung program, para peserta dikehendaki untuk menganjurkan satu program bersama dengan anak yatim di Janda Baik. Everything was set up by participants and all the AJK will just watch them. Ini adalah peluang untuk mereka membiasakan diri dengan gerak kerja yang melibatkan orang awam. Mereka telah berjaya menjalankan sukanekan dan beberapa modul untuk anak-anak yatim tersebut dengan jayanya. Tahniah diucapkan!
8.0 Asal usul Janda Baik
Semasa saya sedang berbual dengan AJK lain, datang seorang anak yatim menghampiri dan memanggil saya untuk berbual dengan seorang lagi kawan beliau. Peluang ini saya gunakan untuk berkenalan dengan mereka. Perbualan kami hanya berlegar di sekitar maklumat peribadi dan sebagainya. Just like in the usrah. Tapi, saya telah berjaya mendapat maklumat yang amat berguna daripada seorang anak yatim berusia 12 tahun. Beliau bercerita tentang asal usul nama Janda Baik!. Mungkin tidak sesuai untuk diceritakan di sini. Tapi, yang pasti, nama itu berasal dari nama “Janda Balik”. Ya! Janda balik. Anda tidak salah baca.
9.0 Kucing
Saya masih ingat lagi tentang seorang sahabat saya yang sedang belajar di UMS. Menerusi blog peribadi beliau (tanaksada), beliau menekankan bahawa setiap makhluk Allah sepatutnya disantuni walaupun ia hanya seekor anak ikan. Saya sering teringat ayat itu setelah melihat bagaimana Puan Ainon sendiri sanggup membela banyak kucing di rumah beliau. Tidak ada satu pandangan di tapak program tanpa ternampak kucing. Rasa seperti kucing 1Malaysia pula bilamana saya dapat melihat kucing-kucing yang berlainan bulu, jenis dan saiz dapat hidup di dalam satu kawasan yang sama. Mungkin berkat ‘pemerintahan’ Puan Ainon dan keluarga yang mencukupkan keperluan haiwan unik ini.
10.0 Suhu
Benar kata cikgu geografi, iklim di Malaysia adalah panas an lembap sepanjang tahun. Tapi di sini, suhu pada waktu malam (am: after meridian) adalah sangat rendah dan cukup lembap. Air wudhuk sudah cukup untuk menggigilkan tubuh hamba Allah yang ingin menunaikan solat pada waktu subuh. Ditambah dengan air sungai yang sentiasa sejuk, itulah antara tempat yang paling segar pernah saya saksikan.
11.0 Tukang tangkap gambar
Apa tugas yang saya suka di sana? I have some passion on photography. But, i’d never be able to buy a ‘big’ camera. Jadi, semasa program ni, saya lebih suka meminjam kamera AJK lain untuk mengambil gambar. Kepuasan akan terasa apabila saya dapat mengambil gambar yang cantik (di mata saya) dan mungkin juga gamabr itu akan dimuat naik dalam facebook atau terpilih untuk menjadi salah satu penghias dalam montaj dan blog MARSIS nanti.
12.0 Pulang
Kami seramai 8 orang dari UTM berusaha untuk balik awal ke kampus dengna niat ingin menghadiri majlis jamuan raya anjuran PMIUTM yang diadalah di DM KRP. Namun, bas yang kami naiki mengambil masa jauh lebih lama untuk sampai ke destinasi menyebabkan saya hanya sempat melihat beberapa orang ahli PMI mengemas dewan pada waktu tengah malam. Dan untuk pengetahuan, itu adalah jamuan raya yang terakhir untuk saya di kampus ini.
catatan:
1. Semua di atas adalah catatan. Harap maklum!
~jangan jerak untuk ditarbiyah kerana ilmu itu adalah cahaya!~
Kamsar,
pemilik Blog (LINK)
6th oktober 2010, 12.37am
0 comments:
Post a Comment