02 August 2009

Syabas !!! KAD'09.



Bismillahirrahmanirrahim…
Segala puji kehadrat Allah s.w.t atas segala nikmat dan kurnia, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, keluarga baginda, para sahabat serta para pejuang Islam.

Konsert Antara Dunia ( KAD’09 )- Satu program yang julung-julung kali dianjurkan oleh GAMIS, memberikan satu mekanisma dan aliran baru kepada para remaja untuk berhibur dan menginsafi diri. Disebalik pelbagai bentuk hiburan yang sedang melanda anak muda, nampaknya Gamis berjaya memberikan satu sentuhan baru bagi mereka yang mahukan hiburan berlandaskan Islam.


MARSIS mengucapkan tahniah diatas kejayaan dan pencapaian yang telah berjaya dilakukan dan seterusnya syabas kepada tenaga kerja yang bertungkus lumus bagi memastikan program tersebut berjalan lancar.

Konsert yang menggabungkan kumpulan nasyid tempatan seperti Raihan, Hijjaz,Rabbani serta sebuah kumpulan dari negara jiran, Indonesia iaitu Shoutul Harakah. Persembahan yang diberikan sangat bertenaga diselangi dengan bacaan sajak dan persembahan ‘penthomen’.


KAD’09 adalah satu langkah awal kepada program yang lebih besar lagi, dan MARSIS melihat ia merupakan satu tapak yang baik bagi menyampaikan dakwah Islamiyah. Justeru, diharapkan program seperti akan muncul lagi, bukan sahaja berlatar belakangkan aliran nasyid bahkan ditambah dengan rentak lagu lain yang bertemakan ingatan dan pesanan kearah kebaikan.

Tidak mustahil, untuk menjemput Papa Rock Malaysia iaitu Ramli Sarip, Wing dan Search serta artis dakwah antarabangsa seperti Cat Stevens. Mereka adalah jalan untuk kita menyampaikan dakwah Islam dengan beberapa lagu dakwah yang telah mereka nyanyikan.

Melaluinya, skop penonton akan lebih luas dan berbagai. Marsis optimis jika perkara ini boleh direalisasikan, tidak mustahil KAD satu hari nanti akan menjadi tempat untuk semua golongan masyarakat mencari bentuk hiburan baru, hiburan yang lebih bermanfaat, senantiasa memperingatkan kebesaran Tuhan dan bebas daripada perkara-perkara yang melalaikan.

Sekali lagi, Marsis mengucapkan tahniah diatas keberjayaan program ini. Sekian, terima kasih.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes