05 July 2009

Mari Bah !!! <> Ju lah !!! <> Sitok Bah !!!



Bismillahirrahmanirrahim…


Tautan Hati Seberang Laut, seindah namanya begitulah juga harapan bagi program ini, yang pasti memberikan pengalaman yang bermakna kepada para peserta nanti. Program yang bakal memberi peluang kepada MARSIS berkenalan dengan siswa-siswi Borneo khususnya Universiti yang berada di kawasan Lembah Klang. Program tersebut bakal diadakan pada tarikh 19 Julai 2009, dan MARSIS cawangan Universiti Malaya telah bermurah hati untuk menjadi tuan rumah dan menjadi pengelola program.


Aktiviti yang lebih berbentuk kepada riadah dan sukaneka ini bertujuan untuk merapatkan ukhwah diantara para ahli MARSIS dan memupuk perasaan cinta akan MARSIS. Bersesuaian dengan moto MARSIS “ Kebersamaan Teras Kebangkitan “, atas dasar anak jati Pulau Borneo, program ini berusaha untuk menyatukan semua ahli MARSIS di sekitar Lembah Klang. Disamping menyediakan tips-tips pelajaran dalam dunia kampus yang penuh cabaran terutamanya bagi siswa dan siswi baru.


MARSIS juga mengharapkan kampus yang berada di bahagian Selatan,Utara dan Pantai Timur dapat menyediakan program seperti ini sebagai satu langkah awal dan salam perkenalan pihak Marsis cawangan kepada siswa dan siswi baru di kampus masing-masing.


Sebarang pertanyaan mengenai program yang bakal dianjurkan ini, anda boleh catatkan dalam ruangan komen untuk maklum balas.

Akhir kata, Salam Ukhwah dan Salam Perkenalan untuk anda Semua. Walau dimana anda berada meski apapun peranan anda. Sekian, terima kasih.




0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes