10 January 2014

BLOG FAMILY MARSIS TELAH BERPINDAH

Assalamualaikum, Terima kasih kepada pengunjung setia blog family-marsis..semoga ukhuwah terus bertaut..Kami sudah berpindah ke laman blog yang baru.. Sila tekan link ini: http://familymarsis.blogspot.com Terima kasih sekali lagi kerana setia bersama kami.....

06 February 2013

Memaknakan Masa Muda

Program Baktisiswa Di Pulau Pangkor  Program Misi Dakwah Keningau: Kg. Johan Jaya, Sook (gambar1) Program Misi Dakwah Keningau: Kg. Johan Jaya, Sook (Gambar 2) Lawatan Ke Kg. Padang, kampung orang mualaf Nabawan, bersama Us. Fadlhi Yusof(Gambar 1) Lawatan Ke Kg. Padang, kampung orang mualaf Nabawan, bersama Us. Fadlhi Yusof(Gambar 2) Para Ibu Kampung Debut Langsat  Ini acara mengupas kulit kelapa tua!..pertama kali dengar bah..Program Kempen Membaca punya sukaneka..inikali la.. Merancang program kemasyarakatan adalah sesuatu yang sangat menjadi kegilaan saya sejak melepasi TIngkatan 5. Ketika di matikulasi UIAM (2009)saya begitu teruja kerana sempat merancang satu program Jelajah Dakwah...

09 January 2013

Tazkirah Malam Cinta Rasul

Bismillahirrahmanirrahiim.. Assalamualaikum, terpanggil untuk berkongsi dengan sahabat MARSISian semua dan pengunjung blog ini..tentang tema kita bulan Dzulhijjah ini..Iaitu sambutan maulidurrasul..9 Jan 2013.. Apa yang menarik? Majlis Malam Cinta Rasul ini dianjurkan oleh beberapa badan kerajaan dan syarikat yang bukan alang-alang kata orang Sabah. Yang paling best, dirakam oleh TV Al-Hijrah. Dihadiri oleh Tim Perdana Menteri, Tan Sri Muhidin Yasin..JAKIM, JAWI, dsbg.. Kami , yakni saya dan sahabat bertolak ke sana sebelum Maghrib kerana takut terperangkap dalam kesesakan jalan..Maklumlah hari bekerja ni sesak banyak.. Kami lepak di surau stadium, eh lupa..program ini buat di Stadium Badminton Cheras..So, dalam pukul 9 mlm baru kami masuk, dewan dah gemuruh dengan suara pukulan gendang...

07 January 2013

Buatmu Pencinta Dakwah!

Pasti terjentik hati menonton ini video..^__^ moga bermanfaat.. 3 tahun sudah kita ledakkan program ...sy cdg mawlid Nabi s.a.w , jom kita jumpa 200 mahasiswa/wi bg buku dlm bHS Inggeris ttg Nabi Muhammad, bersama coklat[manisan], bunga.. ada brans?...

Kita Serupa Aja bah..^^,

Assalamualaikum..jiwa-jiwa borneo sekalian..=) Nukilan ini khas buat kita-kita insan Borneo..saat ini kita bersama membawa jasad ke Tanah Semenanjung. Untuk menjalani kehidupan yang lebih mencabar. Best kan dapat berjalan-jalan di sini? Apa-apa pun, kita kena ingat kepayahan mak ayah kita untuk hantar kita ke sini..untuk belajar yang pastinya. Seperti saya dulu, bapa tidak hantar saya sampai ke UIAM pun. Tapi dia hantar saya dengan nasihat-nasihat dan harapan-harapan yang banyak dan yang amat berguna. Dengan kasih sayang itu, saya mampu bertahan xminta pulang XD! Saya cuba survive dengan nasihat-nasihat mereka, cikgu-cikgu di sekolah  menengah. Asam garam yang mereka kongsikan buat saya terlebih memilih untuk berhati-hati berkawan. Walau pada dasarnya saya kawan saja siapa pun. Petua...

21 November 2012

Sumbangan buat GAZA

Bismillah wa Alhamdulillah, Marsis Training & Services telahpun memberi sumbangan bantuan kewangan untuk Gaza melalui NGO Muslim Care. Anda pula bagaimana?  InsyaAllah tak lama lagi, dua wakil Muslim Care dari Malaysia akan ke Gaza iaitu Tuan Zulkifli Wahijan (bendahari) dan Tuan Ridhuan Md Noor (exco) manakala seorang lagi wakil Muslim Care berada di United Kingdom, Tuan Alias. Mereka akan bergabung dengan beberapa NGO dari negara lain dan akan berada di Gaza selama tiga hari.  Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkan sumbangan ke Akaun Maybank Muslim Care (Viva Palestin) 5644 902 111 59 atau ke Akaun RHB (Muslim Care) 2621 2000 004747.  Selain bantuan segera ini, Muslim Care turut mensasarkan...

01 September 2012

SELAMAT DATANG !

     Assalamualaikum buat semua adinda dan sahabat yang kembali meneruskan pengajian dan pengembaraan pada semester kali ini.Ahlan wa sahlan juga saya ucapkan kepada semua mahasiswa dan mahasiswi baru Sabah yang berjaya meneruskan pengajian di institusi pengajian tinggi masing-masing.Nyata,usaha yang dilakukan dan cita-cita yang diimpikan semenjak sekolah lagi semakin bersinar dengan cemerlang.      Teringat saya kepada firman Allah yang bermaksud : “Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat...

29 July 2012

Jelajah Dakwah Sabah - penyeri Ramadhan ummah

Dengan nama Allah yang Maha Mencintai para hambaNya. 10 Ramadhan menjenguk. Jangan saja kita tersipu malu. Harus rasa teruja! gunakan sisa umur kita yang mungkin tidak panjang ini menggali dan menstrategi baki 20 Ramadhan yang akan datang dengan teliti. Jangan saja dipersia dengan tidur - iftar - sahur. Sayang sekali ... Apa yang pasti, ada satu program yang sedang kami usahakan. Cukup lama perancangan. Jelajah Dakwah Sabah. Ya... sebuah usaha dakwah anjuran Markas Siswa Siswi Islam Sabah yang bertapak di tanah semenanjung. Program ini tidak lama lagi. Oh... 13 hari saja lagi. Program ini umpama, penyeri Ramadhan. Saat-saat yang berlalu hanya memikir dan merancang tentang strategi mendekati ummat kini. Melihat sahabat-sahabat...

26 June 2012

Jelajah Dakwah Sabah 2012

"Kalau hanya berdakwah, kita memang bisa, tapi apakah kita bisa CINTA dengan dakwah? Sedang CINTA itu perlu pengorbanan, waktu, tenaga dan harta" - KH. Rahmat Abdullah. Dengan nama Allah, menyahut misi Markas Siswa Siswi Islam Sabah (MARSIS) iaitu "Memperkasakan program dakwah di peringkat mahasiswa Islam Sabah khususnya" serta "mengoptimumkan penggunaan kepakaran ahli di lapangan masyarakat", MARSIS dengan kerjasama Sabah Care akan mengadakan program jelajah sambil berdakwah. Bermula dari Kota Kinabalu - Ranau - Sandakan - Tawau - Keningau - Sipitang - Beaufort, dan kembali semula ke destinasi asal - Kota Kinabalu. TANPA YURAN! Ingin menyertai? Maklumat lanjut, sila hubungi Saudari Rosinah - 019 537 2085 . Penyertaan adalah TER...

28 May 2012

[Nota Usrah] bersama sahabat MARSIS Melaka

[Nota Usrah] 27 Mei 2012. Alhamdulillah, baru sahaja usai "Rehlah Santai" MARSIS Melaka bersama sahabat-sahabat mahasiswa UTeM, bertempat di Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh, Melaka. 3 jam bersama telah berjaya diisi dengan aktiviti yang cukup berkualiti, walaupun masing-masing berperang dengan persiapan terakhir menghadapi peperiksaan dan PSM.  Moga ALLAH merahmati pertemuan diakhir semester ini. Sehingga bertemu semula di semester akan datang. Barisan pimpinan MARSIS mengucapkan "Jazakallah wa barakallahufikum" atas usaha memperkukuh tali ukhuwwah antara kita, asas kekuatan dan kelangsungan dakwah di Sabah kelak! :) ...

19 April 2012

PTPTN : ANTARA HAK DAN PERJUANGAN

      Assalamualaikum dan salam perjuangan kepada semua anak muda Sabah yang berada dimana jua.Serta selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW,Kekasih Allah.Dipanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana masih lagi memberikan peluang kepada kita untuk bernafas didunia ini selaku hambaNYA.      Bila bercakap soal perjuangan dan pendidikan,saya teringat kepada isu yang sedang berlaku sekarang ini.Rentetan daripada demonstrasi mahasiswa pada 14 April yang lepas,sehingga kini hari ke-7 mahasiswa masih bertahan untuk terus berkampung sehingga BERSIH 3.0 pada 28 April nanti.PTPTN merupakan isu sensitif yang diperjuangkan oleh mahasiswa sejak awal penubuhannya.Kenaikan ‘bunga’ pada setiap pinjaman itu sudah...

20 March 2012

HARGAI DIRIMU SEBAGAI WANITA~

Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS Bukan kerana merah kilauan lipstik Pada bibir memekar senyuman kosmetik Tetapi pada keperibadian terpelihara Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah Untuk menggoda pandangan nafsu mata Tetapi pada kehidupan terjaga Dari menjadi mangsa tohmahan dunia Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA Tidak kerana bijak meruntuh iman kaum Adam Sehingga turunkan insan ke dunia Tetapi menjdi pembakar semangat perwira Menjadi tunjang perjuangan syuhada Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK Tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan Mengalir mutiara di kelopak mata Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa Pada...

Page 1 of 6012345Next
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes