28 June 2011

Berjalan,Berfikir dan....

Assalamualaikum. w.b.t..

Buat semua warga sabah yang mengharapkan post terbaru dari MARSIS, terutama mengenai Jelajah Dakwah Sabah yang ALHAMDULILLAH sudah berlangsung 23-27 Jun lepas, apa yang telah diizinkan ALLAH berlakulah jua...dengan penuh hikmah walau ada sedikit kepayahan..


Bermula 17HB JUN 2011..

Satu masalah berlaku. Ia menjadi asbab, lokasi program yang sepatutnya di Pulau Gaya terpaksa dibatalkan. Semua adhoc menerima berita ini dengan penuh tanda tanya. Tapi itulah realiti. Paling teruk terkesan bahagian pengisian. Bertukar lokasi bermakna, perlu mencari lokasi, perlu brainstorming modul-modul baru, dan sebagainya.

Mujurlah, ada insan yang ALLAH telah sediakan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Diringkaskan cerita, kami akhirnya memutuskan untuk menjalankan program di Masjid al-Ikhwan, Taman KUala Menggatal..Alhamdulillah.


19-20/6/11


mesyuarat bersama antara MARSIS dan PSS berjaya di adakan, sama-sama brainstorming hal-hal bersangkut paut dengan Pengisian..Sehingga membawa kepada keputusan untuk memanggil semua AJK pada 21 hb untuk sama-sama menghadam perubahan yang berlaku dan supaya semua bersedia. Apalagi, program bertukar dari keluarga angkat kepada EXPLORACE!

dugaan di sini apabila MT program ada yang mempunyai masyaqqah..alhamdulillah, ketiadaan mereka dapat di'back up' ole mereka yang ada..semua itu atas dasar tanggungjawab.Kita memahami keadaan mereka, kita bantu di mana-mana yang lompang dan kosong...ingat, keBersamaan Teras Kecemerlangan..





23/6/11


Para peserta sudah berada di tempat kejadian..
Apa yang mengejutkan, peserta yang datang tidak seperti bilangan yang mendaftar..Apapun, kita memahami situasi ini..Anggaplah mereka belum terpilih..Setiap yang berlaku ada sebabnya..Insya ALLAh mereka akan join JDS yang seterusnya..AMIN~


Dengan kapasiti peserta +AJK dalam 20++ orang, program diteruskan...sistem peserta adalah ajk, ajk adalah peserta digunapakai


Malam itu, taaruf Berantai dan taaruf buta menjadi pembuka salam ukhuwah, membuka ruang mengenali sesama sendiri dengan rapat..


Malam itu juga, mereka membuat perbincangan pengenai aktiviti motivasi yang akan dilakukan esok di lokasi yang ditetapkan oleh AJK.


24/06

SLOT pertama..explorace ke Sekolah Rendah Tahfiz Sri Al-Hafiz di bandar sierra.Peserta dilepaskan dan bergerak ke tempat kejadian dengan menaiki pengangkutan awam..mereka mendapat task untuk memberikan motivasi kepada anak-anak kecil di sana.


Kemudian petang , SLOT ceramah Pemantapan AKIDAH oleh Al-Fadhil Us. Hj Ayub Abd. Rahman Abdullah. Beliau ialah mantan Paderi Pengampun DOsa antarabangsa..Alhamdulillah berkongsi mengenai perbandingan agama dan teknik mendekati dan berdialog dengan non-Muslim..




Malam, semua peserta diberi tugasan untuk menceritakan pengalaman mereka di sekolah tahfiz dan ibrah yang mereka dapat ketika slot ceramah petang tersebut.


Selepas itu, slot perkongsian dari salah seorang guru Sri Al-Hafiz, Us. Salman, dan Saudara Abdillah selaku peserta @AJK JDS Vol.1 memenuhi tentatif sebelum tasyji' Persediaan  Daie oleh saudara Al-Amin..Juga wakil PSS..Provokasi yang dibagi bukan bermakna menghentam, malah ia menguji ketahanan mental kita..moga objektif tasyji' daie difahami oleh peserta-peserta yang ada. Ia memaksa kita berfikir untuk menghadapi luar dari zon selesa..


25/06

 Slot hari ketiga ini ialah Pemerhatian Lapangan. Semua dikehendaki turun ke Jom Heboh yang kebetulan sedang berlangsung di Stadium Likas. Tanpa mendapat sebarang risalah atau bahan dakwah mereka turun meninjau, apakah sebenarnya daya penarik pengunjung untuk berada di sana. Dan apa pula kebaikan JOM HEBOH kepada masyarakat..Ada temu bual informal dibuat oleh peserta kepada pengunjung-pengunjung..Dan hari ini juga dua orang peserta 'dipanggil' pulang..

Pada Petangnya pula, Slot soal sedilik di Kampung Delima, dan Kampung Rampaian.
Kumpulan dibahagi dua, secara penilaian kasarnya, kedua-dua kampung ini mengharapkan ada aktiviti keagamaan dijalankan di tempat mereka. Kerana, menurut kebayakan penduduk kampung yang ditemui rata-rata menyatakan hasrat mereka untuk belajar agama dengan baik..cuma sehingga kini, belum ada yang bertindak untuk itu..


Malam, jemputan untuk semua peserta utuk berada dalam majlis Grand Qiam Sri Al-Hafiz memberikan sedikit ruang pada peserta untuk berehat di dalam masjid UMS..dan makan percuma..Namun, bukan itu yang diharapkan..Kerana kesenangan tetap berbentuk ujian selagi bukan di dalam syurga. Beberapa kelewatan berlaku akibat terlalu selesa..Sama-sama memuhasabah diri..AJK & peserta tidak terkecuali..


Pun begitu, slot pembentangan menggunakan slide show meningkatkan mood peserta yang kepenatan berexplorace siang tadi. Banyak pengalaman yang sangat bernilai dapat dikongsi bersama. Pembentangan di nilai oleh Panel Jemputan , Saudara Al-Amin sekali lagi seterusnya memberikan kesimpulan dan nasihat berguna pada semua daie yang ada..


Antaranya, Jika kita ke jom heboh, persediaan kita perlu dibuat berdasarkan analogi 'TEMUDUGA',,kita sepatutnya banyak bertanya apa dan apa yang patut kita lakukan, dan merancang strategi..agar perjalanan dakwah kta ada matlamatnya..


Selain itu, kesimpulan seterusnya, realiti dakwah di sabah..begitu gawat, terlalu banyak lagi kampung pedalaman yang belum dapat sinaran Islam walau mereka sudah beragama Islam. Malah ada yang bersungguh-sungguh nak didakyah oleh non-muslim , namun, mereka bertahan tanpa ilmu..tidak mustahil satu hari pertahanan mereka goyah..Di sinilah peranan mahasiswa dan semua yang berkesedaran atas ISLAM mesti dikembangkan ke pelosok negeri bawah bayu. Bukan sekadar mengharapkan JHEAINS,JAKIM, USIA..tapi penglibatan kita secara tidak langsung membawa kepada meluasnya syiar iSLAM itu.


26/06


Slot Sahabat Bible membuka explorace pagi ini..Peserta dikehendaki ke Gaya Street untuk meninjau dan menemui non- muslim dan berdialong dengan mereka berbekalkan tips dan teknik yang disampaikan pada hari kedua program bersama Hj. Ayub.


Seterusnya, pada petang pula, mereka bergerak ke rumah-rumah murabbi dakwah yang telah berkecimpung dalam dunia dakwah sabah sejak berbelas berpuluh tahun. Mereka itulah Us. Anuar Ali dan Us. Parmin..[betulkan jika salah..]..


Nasihat dan perkongsian pengalaman menaikkan semangat daie2 kita..yang terdiri daripada peserta dan AJK..Alhamdulillah..Adabnya, jika kita merantau dan bermusafir, menziarai tokoh ulama yang ada amat2 digalakkan..


Malam itu, pembentangan kreatif  dilakukan. Melatih daie berfikiran terbuka dan tidak streotopik dalam berfikir. Suasana malam ini agak ceria, kerana mereka masing-masing membuat yang terbaik..Selepas itu, di akhiri dengan SLOT Brainstorming dan Resolusi..


Resolusi yang dapat disimpulkan:


-melatih diri menjadikan dialog dengan non-muslim sebagai hobi.
-menghadiri kursus-kursus(pemantapan Akidah) 
-Menubuhkan Alumni JDS..


Alhamdulillah..bagi Alumni JDS yang belum dimasukkan ke dalam group FB Alumni JDS, sila PM sy selaku AdMIN Group itu..fb saya siti azimah rupilen. 


27/06


suasana Perasmian penutupan begitu riang. Dengan kelam kabutnya protokol mengisi tentatif, dengan tersasulnya MC@ pengerusi majlis, akhirnya Perasmi yakni Sdr. Khairil Yusri menjamu selera dengan para peserta di dalam talam...=), begini contoh pemimpin berjiwa rakyat..


Sesudah menjamu Makan tengah hari, dan doa wehdah...peseta berlepas pulang...


Alhamdulillah...


***


Begitulah sedikit serba ringkas mengenai JDS vol. 2 kita..semoga paparan ini menaikkan semangat pada peserta yang tak jadi datang ..pada JDS vol. 2 ini untuk menyertai pada JDS akan datang..^^


Semua yang terlibat, baik yang memberikan sumbangan, Akh Hendri, Akh Junaidi, Akh Matassian, Akh Khyrul Hycal, Puan Maryam[ Stokis HPa Bangi]..Semoga dimurahkan lagi rezeki..akan datang menyumbang lah lagi..=)..


Buat peserta JDS, jangan lupa resolusi kita..JDS akan datang ,Datang la lagi..


AJK kita, Syukran kerana berTADHIAH yang tahap karma..kerana setiap amalan kita pasti dinilai jika ikhlas..Insya ALLAH=)..


Salam JDS...Moga ukhuwah terjalin bertambah erat pada gerak kerja seterusnya...klik!





~TAMMAT~







0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes