19 July 2010

Doakan Kesihatan Sahabat Kita

Seusai selesai program HATI 2010, kami dimaklumkan seorang sahabat kita, Saudari Norasyikin Yunus mahasiswi tahun 2, Fakulti Sains UM berasal dari Semporna telah dimasukkan ke Pusat Perubatan UM (PPUM). Kami berpeluang menziarahi beliau di sebelah malam 18 Julai 2010.

Beliau di jangkakan menjalani pembedahan pada pagi 20 Julai ini, untuk membuang ketumbuhan yang di kesan ada dibahagian kepala. Beliau merupakan anak sulung dalam keluarga dan juga merupakan lepasan Kolej Matrikulasi Labuan.

Sama-sama kita mendoakan kesihatan saudari Syikin dan semoga  pembedahan hari ini akan berjalan lancar. Hanya ALLAH sebaik-baik penyembuh. 

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes