19 July 2010

Coretan HATI '10

18 Julai 2010 : Hari Sambutan Freshie Borneo 2010 telah selamat berjalan dengan jayanya di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur. Walaupun bermula sejam lewat dari waktu asalnya, program tetap diteruskan dengan meriahnya. 

Program kali ini mencatatkan kehadiran seramai 106 peserta dari kampus-kampus sekitar Lembah Klang (UM,UKM Bangi,UKM KL,UPSI,UIA,USIM dan IIC). HATI '10 dimulakan dengan sesi perkongsian bersama Abang Saidi (Alumni Semissa) dan Abang Jowel (Alumni Marsis). Aktiviti paling meriah adalah sukaneka yang dikendalikan oleh adik-adik IIC Gombak dengan bantuan senior-senior Marsis.  HATI '10 diakhiri dengan sesi taaruf mengikut kampus masing-masing.

Di harapkan program sebegini akan dijalankan lagi di masa hadapan dan semoga objektif program untuk mengikat hati-hati adik-adik dan memberikan panduan kepada adik-adik sepanjang menjalani kehidupan di kampus tercapai.

Jutaan terima kasih di ucapkan kepada Pengarah, MT dan Ahli Jawatankuasa HATI'10, para sukarelawan dan senior-senior yang tidak jemu terus berusaha meneruskan gerak kerja bersama Marsis. Jazakallah Khairan Kathiro. Bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah asalkan segalanya kerana ALLAH..Moga ketemu lagi di aktiviti keluarga Marsis yang akan datang !



0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes