04 April 2010

Terima Kasih daripada Marsis !!!



Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji kita panjatkan kehadrat Allah s.w.t , yang Maha Berkuasa, lagi Maha Mengetahui segala setiap apa yang berlaku. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, keluarga baginda, para sahabat serta para pejuang agama sehinggalah kalimah tauhid sampai kedalam diri setiap daripada kita.

"Terima kasih daripada Marsis !!!" adalah ucapan penghargaan kepada pimpinan Marsis diatas segala pengorbanan, daya fikir, dan tumpuan yang diberikan kepada pertubuhan ini. Semua ini tidak dapat dibalas dengan material dunia, malahan hanya Sang Penguasa Allah s.w.t sahaja lah yang layak memberikan ganjaran kepada pejuang-pejuang agama seperti yang telah difirmankanNya dalam kitab suci Al-Quran. Ingatlah bahawa setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan, hanya redha Allah yang menentukan tinggi rendah pertemuan seseorang insan itu. Yang pastinya kehidupan seorang insan itu akan tetap diteruskan, dan kita semua adalah pelakon dalam pentas dunia ini, pilihlah watak-watak yang telah digariskan oleh Allah s.w.t. Semoga dengan ini, kita akan berbahagia di dunia hatta di akhirat.

Akhir kata, Marsis akan tetap berjuang, meski pimpinan itu datang dan pergi, silih berganti, namun matlamat Marsis kukuh tetap sama, kini dulu dan selamanya, menyatukan jiwa-jiwa anak muda yang cinta kepada agamaNya Allah s.w.t dan terus berbakti untuk bumi tercinta Sabah Negeri di Bawah Bayu. Sekian,terima kasih.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes