"Untuk aktiviti ziarah esok hari... kamu semua mesti bersedia untuk menghadapi cabaran fizikal dan mental...jangan takut dengan anjing... murahkan senyuman dan mesra dengan penduduk kampung."
Ini antara ayat-ayat yang nasihat yang diberikan oleh beberapa orang ajk yang telah biasa mengadakan program dan aktiviti bersama orang asli. Beberapa kumpulan telah dibentuk agar program esok berjalan dengan lancar antaranya ialah kumpulan sukaneka, akademik, seni dan mungkin agak mencabar ialah kumpulan bancian yang akan menemui orang kampung seterusnya menjemput mereka untuk turut sama mengikuti aktiviti di balai raya.
Keesokan paginya, setelah selesai sarapan pagi. Para peserta mula bergerak dalam kumpulan masing-masing bersama dengan beberapa peralatan seperti penyapu, penyodok dan lain-lain. Membersihkan balai raya adalah misi yang pertama.
9 pagi - Ajk program dan kumpulan bancian mula bergerak masuk ke kawasan orang asli dipandu oleh ketua kampung iaitu En. Imak dengan membawa para peserta dan ajk menziarahi ke setiap rumah yang ada.
9.30 pagi - Adik-adik anak orang asli mula datang, sikit demi sikit. Daripada suasana yang agak sunyi kepada suasana yang lebih meriah ditambah dengan gelagat para ajk program di setiap kumpulan. Ada saja idea dan aktiviti riadah membuatkan semuanya sikit pun tidak merasa bosan.
10.00 pagi - Kelihatan beberapa keluarga orang asli turut datang bersama dengan anak-anak mereka. Balai raya yang tadinya kosong mula penuh hingga para tetamu terpaksa duduk di luar kerana kawasan utama balai raya dijadikan aktiviti program bersama anak-anak orang asli.
12.30 tengah hari - Ramai ajk program yang mula mendekati dengan lebih mendalam kehidupan orang asli Kampung Chemperoh. Tidak kurang juga yang mempelajari 2-3 perkataan dalam bahasa mereka.

0 comments:
Post a Comment