16 February 2010

IBJ'10... Bestnya !!! (1)



Bismillahirrahmanirrahim...

Syukur kehadrat Allah s.w.t diatas segala pertolongan dan kasih sayangNya maka Islamic Borneo Jamboree (IBJ'10) telah selesai dengan jayanya. Program yang bermula pada 12-15 Februari 2010 bertempat di Kem Semanggol, Janda Baik, Pahang telah berjaya mengumpul seramai lebih kurang 100 orang Mahasiswa Sabah dan Sarawak.

Para peserta dan ajk sedang sibuk mendirikan khemah.


Melalui kehadiran para peserta yang datang dari pelbagai Universiti menjadikan suasana dikalangan peserta bertambah ceria dan harmoni. Tidak terkecuali beberapa orang sahabat semenanjung yang turut ikut serta bersama menjayakan program IBJ'10. Pelbagai ragam dan gaya, identiti dan perwatakan menjadikan program kali ini sesuatu yang sangat istimewa.


Hari pertama, Jumaat telah dimulakan dengan aktiviti perkenalan diantara ajk dan para peserta.
Beberapa modul perkenalan dijalankan untuk merapatkan ukhwah sesama peserta dan ajk. "InsyaAllah" moga semua peserta akan terus mengekalkan ukhwah tersebut.



13/02/2010, Sabtu - Program dimulakan dengan Qiamullail, selesai solat diteruskan dengan Quranic Group dikalangan ahli setiap kumpulan. Pagi yang nyaman, diisi dengan sedikit senaman ringkas, sarapan pagi kemudian kuliah yang diberikan oleh En. Ahmad Jowel. Tidak kering gusi para peserta mendengar kuliah bersahaja yang diberikan kepada para peserta. Semoga segala ilmu yang diberikan dapat difahami dan dipraktikkan pada masa akan datang.




Aktiviti Debat diteruskan dengan memfokuskan gejala Kristianisasi di Sabah dan Sarawak. Perbincangan yang serius dan teratur telah ditunjukkan oleh para peserta. Tidak terkecuali dengan gaya-gaya istimewa para pembahas. Masing-masing dengan hujah dan pendapat bagi menyokong pendirian setiap kumpulan.


"InsyaAllah tuan..."


"Masuk...silakan..."

Kuliah ke-2 disampaikan oleh Ust. Fathi Yusof menyentuh tentang akidah Islam. Sebagai seorang pendakwah kita perlu jelas tentang akidah Islam agar mudah untuk kita memberi kefahaman kepada orang bukan Islam.



Bersambung... akan datang dengan gambar-gambar menarik sepanjang hari pertama dan kedua program... nantikan ya... sekian,terima kasih.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes