03 October 2009

hebahan SEGERA ~ OPKIM 2009





OPKIM MARSIS 2009
RUMAH ANAK YATIM HASYIMIAH SELAYANG
24 OKT :: 10.00 pagi





OPKIM merupakan program berbentuk Sambutan dan jamuan Hari Raya sempena Aidilfitri 2009 bagi meraikan anak-anak yatim serta amal kemanusiaan dengan memberi sumbangan kepada anak-anak yatim. Antara aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan adalah berbentuk dakwah terhadap anak-anak yatim untuk pembangunan modal insan.


Program ini juga merupakan kerja amal dan dakwah MARSIS untuk mengukuhkan pertalian kemanusiaan di kalangan mahasiswa dan masyarakat serta membantu masyarakat yang kurang upaya dan memerlukan melalui sumbangan daripada MARSIS. 


Program sehari yang bakal diadakan ini akan memantapkan lagi minat dan pemahaman masyarakat lebih-lebih lagi di kalangan mahasiswa Sabah dan Sarawak tentang gerak kerja amal dan dakwah serta mengeratkan lagi perhubungan yang baik dan sihat di kalangan masyarakat secara meluasnya khususnya terhadap anak-anak yatim. 


Nama Program: OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT 2009 (OPKIM)
Tema: ‘UKHWAH INTIM UMMAH PRIHATIN’
Tarikh: 24 OKTOBER 2009 (SABTU)
Tempat: Rumah Anak Yatim Hasyimiah, Selayang
Anjuran: Syarikat MARSIS Training and Services
Jangkamasa: 1 hari
Sasaran Peserta:30 peserta (Ahli-ahli MARSIS)
130 anak yatim

Cenderamata:Setiap anak-anak yatim akan mendapat sumbangan duit raya                                            


Bayaran: RM10.00 sahaja (peserta)


urusan pendaftaran dan pertanyaan boleh hubungi :
0148524977  azri (pengarah)
0132221804 azlinah (publisiti)

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes