23 September 2009

Selamat Hari Raya AidilFitri !!!



Bismillahirrahmanirrahim...



Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya layak bagi Allah.
Allah Maha Besar Yang Teramat Besar, Segala Puji bagi Allah Yang Teramat Banyak,
Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang,
Tiada Tuhan melainkan Allah, dan Tidak ada lain yang kami sembah melainkan Dia,
Kami ikhlas kepadaNya (mengikuti ajaran agama Islam) sekalipun dibenci oleh orang-orang kafir,
Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Tunggal,
Yang Menepati janjiNya, Yang Menolong hambaNya,
Dan Yang Memuliakan tenteraNya dalam mengalahkan tentera al-Ahzab dengan sendiri (KekuasaanNya),
Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya bagi Allah.




Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kehadrat Allah s.w.t diatas segala nikmat yang telah dikurniakan,selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, keluarga baginda, para sahabat, serta para pejuang Islam yang terus berjuang untuk menegakkan syiar Islam dimuka bumi Allah ini.


Kemeriahan Raya Aidilfitri masih hangat terasa, tidak kira dimana anda berada, bandar ataupun kampung semua umat Islam merayakan hari yang mulia ini sebagai satu simbol kesyukuran dan kemenangan terhadap diri kerana telah menjalani bulan Ramadhan yang mulia, bulan penyucian jiwa dan rohani.


Begitu juga buat keluarga MARSIS, Program IJAB'09 telah berjaya dianjurkan, program raya bagi mengumpulkan anak-anak Borneo yang tidak beraya bersama keluarga dikampung. Program IJAB meskipun disambut secara sederhana namun tetap meriah dengan telatah setiap keluarga Marsis.




Bermula pada malam raya Aidilfitri,para keluarga Marsis telah sibuk dengan menyediakan juadah dan perhiasan untuk Hari Raya esok harinya, muslimin lebih tertumpu kepada aktiviti 'outdoor' seperti membeli barang-barang keperluan raya, potong- memotong daging dan membersihkan halaman rumah. Manakala muslimat pula, lebih tertumpu kepada aktiviti sekitar dapur, masak memasak dan menghiaskan kawasan dalam rumah.


Di pagi raya pula, seusai Solat Sunat AidilFitri, program IJAB dimulakan dengan para keluarga Marsis melaungkan takbir bersama-sama. Selesai saja bertakbir, program diteruskan dengan Ucapan daripada pengarah program IJAB iaitu
Sdr. Saparudin. Setelah majlis suai kenal selesai, barulah masa untuk menjamu selera bermula. Pastinya para peserta tidak sabar untuk menjamu dan merasakan sendiri hasil usaha mereka bagi menyediakan juadah pada pagi tersebut.






Syukur kehadrat Allah s.w.t kerana Program IJAB'09 telah berjalan dengan penuh warna-warni. Terima kasih kepada para tetamu yang sudi hadir, terima kasih kepada para urusetia yang bertungkus lumus menyediakan juadah, urusetia muslimin yang ringan tulang, urusetia muslimat yang penuh dedikasi.Terima kasih kerana menghabiskan makanan yang ada. InsyaAllah, panjang umur, tahun depan boleh jumpa, beli- belah dan masak- masak lagi.



Sekian, terima kasih.
















0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes