13 September 2009

IJAB'09



Program : IJAB'09 (Ijtima Aidil Fitri Borneo)
Tarikh : 20 September 2009
Tempat : Petaling Jaya



Assalamualaikum... dan Salam Sejahtera.

Setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kehadrat Allah s.w.t diatas segala nikmat yang telah diberikanNya. Selawat dan salam keatas Nabi Muhammad s.a.w, keluarga baginda, para sahabat serta pejuang Islam sehinggalah Islam sampai ke tanah Borneo ini.


Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma ini, MARSIS sekali lagi akan menganjurkan program Hari Raya Aidil Fitri kepada semua siswa - siswi Borneo .
Program IJAB'09 adalah bertujuan untuk mengumpulkan semua Sabahan dan Sarawakian yang tidak balik beraya di kampung masing-masing untuk kita bersama-sama merayakan Aidil Fitri dengan pelbagai aktiviti meriah untuk mengubat sedikit rasa kerinduan terhadap keluarga di kampung.

Kepada rakan-rakan di UTM Skudai, UUM , UPSI , UniKL , UM , UTHM , UTeM dan lain - lain tempat lagi dijemput untuk hadir bagi memeriahkan lagi program tersebut.

Justeru itu, kami meminta kerjasama anda untuk memberikan maklum balas penyertaan terhadap program tersebut. Selewat-lewatnya pada 16 haribulan September ini.

Untuk pengetahuan, Pengarah Program IJAB'09 adalah
Saudara Saparuddin (019-6769323 ) daripada KUIS. Sebarang pertanyaan, anda boleh berhubung terus dengan beliau ataupun tinggalkan maklum balas anda pada laman ini untuk tindakan kami selanjutnya.

Akhir kata, marilah kita bersama- sama melipat gandakan amalan kita pada penghujung bulan Ramadhan ini. Semoga dengan itu, hidayah dan rahmat Allah akan sentiasa bersama dengan kita, demi kebahagiaan kita dunia dan akhirat. Sekian, terima kasih.

Wassalam.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes