11 August 2009

KONSIS'09


Bismillahirrahmanirrahim...



Segala puji kehadrat Allah s.w.t, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, keluarga baginda, para sahabat dan semua pejuang Islam sehinggalah Islam berada dalam setiap daripada kita.

Konvensyen Mahasiswa Sabah dan Sarawak, ataupun lebih comel jika kita sebutkan sebagai (KONSIS'09) merupakan satu lagi agenda yang bakal dianjurkan oleh Lajnah Dakwah Marsis.

Program ini yang dijadualkan berlangsung pada tarikh 21 dan 22 haribulan Ogos 2009 bakal mengumpulkan seberapa ramai ahli Marsis daripada setiap Universiti, Mahasiswa dan Mahasiswi Borneo yang sedang belajar di tanah Semenanjung ini.

Antara objektif yang ingin dicapai ialah memberikan pendedahan awal tentang konsep berdakwah melalui kursus dan praktikal yang bakal dilangsungkan. Disamping itu, berusaha bersama-sama untuk menjayakan segala aktiviti Marsis yang bakal dijalankan dengan membina hubungan diantara Marsis Pusat dan Cawangan.

Yang pastinya, program kali ini menjanjikan sesuatu yang baru, yang lebih meriah dan menghiburkan.

Justeru itu, barisan pimpinan Marsis mengalu-alukan kehadiran anda semua !!!


Sebarang pertanyaan, sila tinggalkan pesanan dalam blog ini atau hubungi no. tel berikut:
Sdri Salmah,UM - 0132042596.

Sekian. Terima kasih, atas keprihatinan anda. Wassalam.






0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes