01 July 2009

Tribute to OKTI'09



28 Jun 2009, LCCT - Berbekalkan sebuah kain rentang,disertai beberapa ajk yang dilengkapi sehelai kertas bersaiz A4 yang menceritakan apa itu MARSIS sedang sibuk memberikan penerangan kepada penumpang yang baru sahaja sampai dilapangan terbang LCCT.

Alhamdulillah, itu adalah situasi umum yang berlaku sepanjang Program OKTI berlangsung. Bermula pada pagi Jumaat, 26 haribulan hinggalah tengahari Ahad, 28 haribulan Jun 2009. Program anjuran MARSIS ini semakin meriah dengan kerjasama yang diberikan oleh Persatuan Mahasiswa Sabah UM ( PERMASA ) yang turut sama-sama membantu dan memberikan penerangan kepada Siswa-Siswi baru yang berasal dari Kepulauan Borneo ini.





Sepanjang pemerhatian penulis, tempat dimana MARSIS berada ataupun boleh penulis katakan sebagai bangsal MARSIS sering menjadi tumpuan para pengunjung yang melalui kawasan ketibaan dalam negeri di lapangan terbang LCCT.



Keadaan semakin meriah dan riuh sebaik sahaja penumpang-penumpang yang datang daripada Sabah Sarawak keluar melalui pintu ketibaan. Kelihatan urusetia OKTI yang memegang kertas manila kad bertulis Pelajar Sabah Sarawak sebagai tanda kepada pelajar yang baru sampai untuk bersama dengan MARSIS dan seterusnya bertanyakan beberapa perkara seperti berasal daripada mana dan akan belajar dimana. Selanjutnya siswa-siswi baru ini diberikan penerangan ringkas tentang MARSIS, kemudian memperkenalkan mereka dengan kumpulan-kumpulan urusetia setiap universiti yang datang untuk menjemput mereka ke universiti masing-masing.



Antara Universiti yang meletakkan urusetia mereka dilapangan terbang ialah Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia(USIM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Universiti Teknologi Mara (UiTM). MARSIS meraihkan dan berasa senang jika universiti khususnya yang berada di Lembah Klang seperti Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Universiti Teknologi Malaysia International Campus turut hadir untuk meraihkan para penuntut yang akan akan belajar dikampus tersebut.



MARSIS yang dianggotai dari pelbagai universiti awam dan swasta telah banyak memberikan kelebihan terutama bila melibatkan pelajar-pelajar yang akan belajar diluar Lembah Klang seperti Universiti Utara dan Universiti Malaysia Pahang. Urusetia OKTI telah memberikan penerangan untuk sampai ke universiti tersebut disamping panduan yang diberikan oleh ahli MARSIS yang telah berada disana.



Selain daripada itu, bangsal MARSIS turut menjadi tempat rujukan para pelajar Semenanjung yang akan belajar di Universiti Malaysia Sarawak (UniMAS) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS). Antara soalan yang polular ialah bagaimana keadaan mereka apabila sampai disana dan bagaimana hendak sampai ke UniMAS dan UMS.



Selama 2 hari berkampung dilapangan terbang LCCT dan KLIA, telah memberikan MARSIS peluang khidmat bakti kepada warga siswa dan siswi Borneo. Sememangnya kita mengharapkan program seperti ini, yang memberikan perkhidmatan dan kebajikan akan sentiasa menjadi fokus utama badan organisasi ini.







Syabas diucapkan kepada semua urusetia MARSIS dan PERMASA, ribuan terima kasih kepada Alumni MARSIS atas nasihat dan bantuan yang diberikan dan semua pihak yang membantu bagi menjayakan program ini. Sebarang cadangan untuk penambahbaikan program dimasa akan datang adalah sangat-sangat dialukan. Untuk rakan MARSIS yang baru, penulis mengucapkan
SELAMAT DATANG KE KELUARGA MARSIS !!!

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes