05 May 2009

Marilah kita duduk untuk beriman sejenak!

Sesungguhnya kebahagiaan itu ialah,
Anda hidup Untuk pemikiran yang benar dan kukuh
Untuk akidah terbesar yang menyelesaikan,
Permasalahan alam yang lampau
Persoalan yang di soal oleh orang yang tertanya-tanya
Semasa mereka sedar dan cerdik boleh berfikir
Dari manakah aku datang?
Ke manakah aku hendak pergi?
Kenapa aku dijadikan?
Adakah aku hidup kembali?

Lalu bersinarlah keyakinan di dalam jiwa
Terusir segala keraguan yang degil
Terdidiklah fikiran yang waras
Terciptalah akhlak yang mulia
Dan kembalilah setiap akal yang menyeleweng kepada jalan yang benar dan lurus
Hidupmu akan dikurniakan nilai
Oleh Tuhanmu agar hidupmu terbina
Supaya matamu memandang di segala ufuk
Ke arah cita-cita yang tinggi
Lalu hiduplah kamu di dunia untuk akhirat
Di sanalah kamu hidup kekal dan tidak fana’
Kau tudung bumimu dengan langit
dan para malaikat menjadi saksi
Itulah akidah Islam untuk muslim yang bahagia
Itulah asas, itulah tiang serinya
Sesiapa yang hidup memikulnya sambil memekik
dengan namanya; dialah orang yang berbahagia

Yusuf al-Qardhawi, Majalah at-Tarbiyah al-Islamiyah, Tahun ke-6, m.s. 278

Bismillahirahmanirahim..

Kali ini kita sama-sama duduk sebentar untuk men'check' semula iman kita. sebagaimana motor yang perlu di isi minyak selalu. Tumbuhan yang perlu di siram selalu dengan air..begitu juga IMAN kita yang perlu di refresh selalu. Agar kebersihan iman kita menjadi sumber kekuatan utama kita dalam menjalani kehidupan sebagai hamba Allah di muka bumi ini...

saya ingin berkongsi satu pengisian ringkas yang diperolehi semasa usrah muslimat bersama kak khadijah - zaujah ust.ramadhan. Katanya ; sepanjang perjalanan hidup kita ini, sesungguhnya amat singkat masa yang Allah beri untuk kita mengumpul saham ke akhirat. Perjalanan hidup kita di kampus ; mendapat usrah,menjadi ahli usrah,menjadi pendakwah,melaksanakan gerak kerja islam..seterusnya ; kahwin-mendapat anak-berkerja-jadi tua..dan mati pun kita tidak tahu bila. ingatlah,Yang paling hampir dengan kita adalah mati..(al ghazali). Dan bekalan penting sepanjang kehidupan kita ialah kefahaman kita tentang apa konsep akidah,ibadah dan akhlak yang sebenar di dalam Islam dan keyakinan kita bahawa susah mahupun senang..lambat atau cepat. ISLAM akan tertegak kembali di muka bumi ini.

"Dan (ingatlah) masa Tuhan himpunkan mereka (pada hari kiamat kelak), dengan keadaan mereka merasai seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari." Yunus [45]

sebenarnya semua ini adalah tempoh ringkas Allah mendidik kita dengan pelbagai cara. apabila dilukis time frame kehidupan kita di dunia..sungguh kita akan sedar kehidupan di dunia sangat pendek masanya. Kerana akhirat yang tidak diketahui bila berlaku oleh kita. akhirat adalah zaman yang kekal abadi,kehidupan yang abadi sampai bila-bila.

Sejauhmana kita menghargai semua ini?
menggunakan peluang
menggunakan masa
menggunakan harta
menggunakan otak
menggunakan semuanya
di jalan yang ALLAH redhai

Ya ALLAH kuatkan kami..untuk terus melakukan kebaikan di jalan yang Engkau Redhai..
Amiin..

tinta-intisor

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes