14 April 2009

Barisan Kabinet 2009 : orang KITA bah itu..



salam perpaduan...

ini adalah wajah-wajah wakil rakyat sabah sarawak yang tersenarai dalam kabinet di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.KABINET 2009 : 12 orang.

sangat bersesuaian portfolio yang digalas oleh YB-YB kita..apa pendapat anda?
sedikit ulasan berkenaan portfolio YB-YB (baca:Yang Beramanah) kita.

1) Tan Sri Bernard Dompok
Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi

2)Datuk Seri Maximus Ongkili
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

3)Datuk Seri Shafie Apdal
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

4)Datuk Joseph Entulu anak Belaun
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

Di kala sabah masih menjadi negeri termiskin di malaysia (bancian pada 2007), dengan portoflio ini amat diharapkan membantu rakyat-rakyat sabah yang terpinggir dinegeri sendiri dan masih ramai hidup dalam kemelaratan. Portfolio ini sangat diperlukan untuk memastikan tiada rakyat sabah yang akan makan nasi berulam siput babi. (jika dimanfaatkan sebaiknya untuk rakyat!)

5)Datuk Douglas Uggah Embas
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

Jika dulu sabah dan sarawak kaya dan melimpah ruah hasil mahsul dari sumber alam sekitar.. mana hasilnya kini?sehingga boleh sabah antara negeri termiskin di malaysia! pengurusan kekekayaan hasil bumi perlu dijalankan dengan telus, kerana ianya perlu dikecapi oleh seluruh rakyat sabah sarawak secara adil dan saksama! no kronisme ! no nepotisme!
6)Datuk Anifah Aman
Menteri Luar Negeri

7)Datuk Jacob Dungau Sagan
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

8)Datuk Joseph Salang Gandum
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan

9)Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin
Timbalan Menteri Kesihatan
Beliau adalah ketua puteri umno merangkap seorang peguam. YB di harapkan dapat menyelesaikan isu kesihatan yang merupakan salah satu isu besar di sabah sarawak. antara isu kesihatan di sabah : Kemudahan hospital yang masih kurang disetiap daerah, hospital QEH sendiri yang sememangnya usang dan tidak mampu memenuhi keperluan rakyat Sabah, kurangnya wujud pakar-pakar rawatan dan kemudahan pengubatan penyakit kritikal di sabah sarawak sendiri yang memaksa kebanyakan rakyat sabah sarawak merujuk kes-kes kritikal ke semenanjung dan memakan belanja yang besar!

10)Tan Sri Joseph Kurup
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

11)Datuk Abdul Rahim Bakri
Timbalan Menteri Pengangkutan
Masalah perhubungan jalan dari kampung ke bandar,masalah jalan yang teruk-tidak bertar semenjak berkurun lamanya,masalah pengangkutan awam di sabah,Keretapi Tenom-Lokkawi yang ntah bila akan siap sejak bertahun-tahun. sedangkan di KL sudah lama ada KTM,LRT dsb.. sabah-sarawak bila lagi mau merasa?

12)Datuk Lajim Ukin
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Gambar ini merupakan salah satu fenomena di kampung-kampung pedalaman di sabah sarawak.
yang diperlukan oleh rakyat ini ; bukan kediaman yang mewah dan besar. cukup yang selesa dan mencukupi untuk hidup sekeluarga. pembinaan FLAT PPRT amat perlu dilaksanakan di sabah sarawak dengan lebih meluas.




Slogan SATU MALAYSIA adalah retorik semata-mata,Jika KABINET yang dipimpin Perdana Menteri Baru ini tidak mampu menyamaratakan tahap pembangunan di sabah dan sarawak.
rakyat negeri ini menanti perubahan yang bakal di laksanakan. Jika tiada, Tidak mustahil tsunami Politik ke-13 nanti bermula dari dua negeri ini !

tinta intisor-islam

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes