12 March 2009

TEATER BEST !

BIARPUN dibayangi kekecewaan akibat tiada penajaan, namun perasaan pengarah dan penulis skrip Muzikal Sirah Junjungan Tahajud Cinta (MSJTC), Erma Fatima mula bertukar sedikit bahagia apabila karyanya mendapat 'restu' daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Menurut Erma, Sirah Junjungan yang dipentaskan untuk kali pertama sebelum ini dijalankan dengan mengikut syarat yang ditetapkan oleh Jakim disebabkan ia melibatkan jalan cerita berkaitan Nabi Muhammad dan agama Islam.

"Alhamdulillah, MSJTC yang mula dipentaskan 9 Mac lalu tidak berdepan dengan sebarang masalah daripada pihak Jakim.

"Awal teater Sirah Junjungan direalisasikan tahun lalu, Jakim menetapkan beberapa syarat kepada saya sebelum pementasan berlangsung kerana cerita ini dianggap berat.Bukannya sembarangan kerana teater ini mempamerkan perjalanan hidup Nabi Muhammad bermula awal kelahiran hingga wafat serta usahanya menyebarkan agama Islam.

"Saya dijelaskan oleh pihak Jakim bahawa watak pelakon yang menyembah berhala tidak boleh diberi kepada individu beragama Islam.Selain itu, Jakim awal-awal lagi sudah memberitahu kepada saya watak Nabi Muhammad tidak boleh digambarkan oleh manusia dalam teater ini termasuk dengan watak isteri Nabi, Siti Khadijah.



"Syarat-syarat ini telah saya patuhi sejak pementasan Sirah Junjungan kali pertama diadakan dan pihak Jakim juga turut hadir bagi mengawasi keseluruhan perjalanan teater ini.

Berita Penuh : LINK
Teater ini bukan kali pertama dipersembahkan di panggung Istana Budaya. ini adalah siri kedua selepas Teater Muzikal Sirah Junjungan yang pertama dipersembahkan pada 23 Mac 2008 tahun lalu. Tidak ramai yang mengetahui adanya teater yang berunsur dakwah dan dipentaskan di Istana Budaya. Tidak hairan apabila dinyatakan tidak ramai penaja yang berminat untuk menaja pementasan teater ini. tidak ada nilai komersial yang dilihat oleh para penaja untuk menaja teater ini.




di kala alam perfileman dan pementasan malaysia yang semakin jelik dan merimaskan,usaha pengarah teater sirah junjungan : erma fatimah,wajib di puji. Beliau membuktikan usaha didikan masyarakat melalui teater yang bermatlamat baik dan dengan cara yang betul tidak mustahil untuk dilakukan.


selama ini,filem ntah apa-apa seperti rempit,anak halal,im not single dan berderet-deret lagi filem yang dikatakan BERMATLAMAT untuk mengajar masyarakat dengan CARA menampilkan kerosakan akhlak yang REAL ternyata tidak berhasil mana. MATLAMAT tidak sekali-kali menghalalkan cara...sampai bila pun CARA sebegini tidak akan berhasil mendidik masyarakat.


SENSE kita dan MASYARAKAT untuk merasa bangga dengan ISLAM amat nipis di kala ini, kita bangga apabila berpakaian lebih BARAT dari mereka disana, lebih bangga apabila kita mampu menghasilkan filem ala-ala BARAT,semakin BANGGA apabila kita digelar moden,terkehadapan apabila mengagung2kan budaya mereka namun dalam masa yang sama melanggar hukum hakam yang ditetapkan di dalam ISLAM??


fikir-fikirkan..


Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah SAW
"Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing". H.R. Muslim

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes