09 March 2009

Mahasiswa & dakwah di negeri

Saya banyak belajar daripada muktamar marsis kali ini. Antara yang muhim ialah : pengertian CABARAN dan MASALAH. Dalam sesi pembentangan laporan, saya berulang-ulang menyatakan bahawa masalah ini..sekian-sekian…etc. Saya di tegur di dalam sesi soal jawab. Kenapa tidak menggunakan istilah CABARAN dan bukannya MASALAH dalam mengutarakan sesuatu permasalahan?
Saya tersentak. Betul juga. Terima kasih Akh Masdar.
Muktamar kali ini begitu memuhasabah diri, dalam keadaan negeri tercinta memerlukan curahan dakwah dan ilmu ; ada beberapa CABARAN pokok yang masih membelenggu generasi borneo yang menuntut di semenanjung dan bakal pulang ke negeri ini. Satu Cabaran Utama yang sempat saya cetuskan dalam bentuk artikel ringkas.
CABARAN : Kefahaman yang kurang tentang matlamat akhir menuntut ilmu.
Kefahaman mendahului amal. Jika kita tidak memahami apa matlamat akhir sesuatu kerja buat kita,ia akan menjadi sia-sia. Bak kata stephen covey : begin with the end in mind.

Sehingga sekarang masih menjadi dilema dan krisis bagi mahasiswa/i sabah Sarawak yang menuntut ilmu ; tidak kisah sama ada ilmu agama atau pun ilmu selain agama. Namun, secara jelasnya beban adalah lebih berat kepada yang menuntut ilmu agama ; bidang Syariah-Usuluddin-Pendidikan Islam dll. Tiada perangkaan atau perkiraan yang jelas pernah dilakukan. Namun,kayu ukur yang saya gunakan adalah berdasarkan realiti di kampus saya sendiri. Dari akademi pengajian Islam UM. Saban tahun sekitar tahun 2002 hingga 2007, jumlah mahasiswa/i sabah yang bergraduasi dalam bidang pendidikan Islam adalah dalam 20-30 orang setahun. Ramai bukan?
Namun masalah yang berlaku, produk-produk didikan agama di medan kampus ini belum dilihat memberi kesan kepada dakwah di Sabah itu sendiri. Sememangnya ada senior-senior yang berkecimpung dengan kerja dakwah di sabah apabila balik ke negeri. Namun yang pastinya peratusannya masih rendah!

Melihat kepada ayat Al Quraan yang di tujukan khusus kepada golongan menuntut ilmu :
“ Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mukmin itu pergi semuanya ( ke medan peperangan ) Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya , supaya mereka itu dapat menjaga dirinya ”.(At Taubah : 122)

Apa yang saya ingin tekankan ialah matlamat akhir menuntut ilmu yang telah ditetapkan oleh ALLAH SWT dalam ayat ini iaitu : untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya.

Ramai mana daripada kita yang mengambil matlamat ini sebagai tujuan akhir dalam menuntut ilmu di IPTA/S?tidak kisah sama ada belajar dalam bidang pengajian islam,kejuruteraan, perubatan mahupun kejururawatan. Tanggung jawab mengajak orang melakukan kebaikan adalah tugas asasi sebagai seorang islam yang beriman.

Sedarkah kita,di negeri Sabah tercinta...berapa ramai anak-anak kecil yang masih tidak tahu mengaji?Berapa ramai keluarga yang masuk Islam tapi keluar Islam semula kerana tidak tahu pun apa nikmatnya menjadi seorang Islam?berapa ramai orang yang islam namun minum arak macam minum air 100 plus?

Cetusan ini ingin memberi ingat kepada diri sendiri dan kepada semua. PEKA dengan keadaan negeri kita kini. SEDAR bahawa kita ; penuntut ilmu – amat diperlukan di negeri kita sendiri. TAHU – bahawa kita perlu bersedia dari sekarang dan menyiapkan diri dengan kit-kombat yang lengkap untuk menyumbang dan membuat kerja dakwah di negeri. Apapun, Its never too late to start it. Better Late Than Never!

http://intisor-islam.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes