15 December 2008

Pinjaman Allah telah di ambil balik?



Telah genap 10 hari selepas berlakunya kejadian Tanah Runtuh di Bukit Antarabangsa. Dengan kerugian yang berjuta-juta,kehilangan 4 nyawa,kehilangan tempat tinggal dan segala macam harta benda. Sesungguhnya pinjaman Allah telah di ambil kembali olehNya. Tidak terduga dan tidak dijangka sekelip mata segala-galanya telah di ambil balik olehNya.

Bagaikan pita rakaman yang di ulang tayang,kini pelbagai pihak dan sudut pada setiap hari melalui segmen berita perdana,media cetak bercakap,mengomen,mengulas tentang musibah ini. Cadangan,Kritikan,aduan,kadang-kadang perbalahan kita dengar dan lihat. Sama. Setiap kali musibah menimpa kita, ‘template’ ini akan digunakan. Tidak salah,tapi sampai bila kita betul-betul TERKEJUT dari LENA kita?TERSEDAR dan tidak akan TIDUR kembali?


:: BUMI UMPAMA MASJID? ::
Saya tertarik dengan ulasan Dr.Danial Zainal Abidin di dalam rancangan Halaqah,Tv9 baru-baru ini berkaitan kejadian ini. Beliau menyebut hadith Nabi yang mafhumnya Bumi ini di ibaratkan sebagai masjid. Bayangkan jika kita duduk di dalam masjid?banyak kan pantang larang dan tatatertib yang wajib kita jaga. Antaranya : Menjaga kebersihannya,tidak berbicara dan tidak melakukan perkara yang sia-sia,sentiasa memperbanyakkan amalan sunat dan wajib,dan menjauhi perkara maksiat. Ironinya, yang berlaku sekarang sangat jauh tersasar dari apa yang kita patut lakukan. Dan musibah ini disebabkan kecuaian kita menjaga dan memberikan hak yang sepatutnya kepada bumi ini. Kita gagal dalam menjaga amanah Allah yang besar ini. Selayaknya balasan ini kita terima atas kegagalan kita.

:: 3 OBJEKTIF UTAMA MUSIBAH ::

1) Bagi orang beriman : sebagai peluang untuk meningkatkan iman
2) Bagi orang fasik,munafik,dan yang sewaktu dengannya :
sebagai musibah dan amaran dari Allah.

3) Juga sebagai kaffarah dosa-dosa kepada semua umat Islam.


:: 15 SEBAB BERLAKUNYA BENCANA ::
Hadith yang diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Saidina Ali karamalLahu-wajhah yang bermaksud; "Apabila umat-umat aku melakukan 15 perkara, maka layaklah mereka ditimpa bala iaitu :

1. Apabila harta-harta yang dirampas diagihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja
2. Apabila sesuatu yang diamanahkan itu dijadikan sebagai hak milik
3. Apabila Zakat yang dikeluarkan sebagai penebus kesalahan (kerana terpaksa)
4. Apabila suami mentaati isterinya
5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapanya
6. Apabila anak-anak lebih memuliakan rakan dan memandang hina terhadap kedua ibu bapanya
7. Apabila kedengaran suara-suara bising (bersembang hal keduniaan) di dalam masjid
8. Apabila ketua sesuatu kaum terdiri daripada orang yang hina diantara mereka
9. Apabila dimuliakan seseorang semata-mata takutkan tindakan buruknya
10. Apabila arak sudah menjadi minuman biasa
11. Apabila lelaki sudah berminat untuk memakai sutera
12. Apabila perempuan-perempuan dijemput untuk menyanyi bagi menghiburkan kaum lelaki
13. Apabila perempuan-perempuan memainkan alat-alat bunyian (muzik)
14. Apabila generasi terakhir daripada umat ini mengutuk umat yang terdahulu

Maka pada saat itu, tunggulah kedatangan bala yang berupa angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang amat dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi "

*Rujukan : Islam Dan Anda (Abu Hassan Din Al-Hafiz)

Khatimul kalam,sesungguhnya setiap apa yang berlaku adalah sebaik-baik perancangan dari Allah buat kita. Kini yang penting bukan sekadar menyelesaikan masalah berdasarkan pembetulan dari aspek teknikal semata-mata ; menguatkuasakan undang-undang, membuat benteng penahan, memasang alat pengesan gempa dan sebagainya. Yang paling penting SEJAUHMANA kita melihat bukti kemurkaan Allah dengan sikap kita dan atas segala apa yang kita lakukan di atas muka bumi ini. Dan USAHA yang penting ialah menebus kesalahan kita dan terus memakmurkan BUMI dengan apa yang di suruh Allah..

waAllahua'lam..

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes