15 December 2008

Antara 2 KALIMAH -- I S L A M & M U S L I M



Ada beberapa kalimah yang sering bermain di bibir setiap orang tetapi tidak ramai di kalangan mereka yang memahami dengan mendalam dan sungguhsungguh akan pengertian kalimah-kalimah itu.
Dan oleh kerana terlampau banyak dipertuturkan maka dengan sendirinya terbentuklah suatu pengertian secara singkat di fikiran setiap orang, sedangkan makna dan ertinya yang tepat dan padat masih lagi kabur di kalangan golongan terpelajar, apa lagi di kalangan golongan awam yang jahil.


Umpamanya dua kalimah "ISLAM" dan "MUSLIM", alangkah larisnya ia diucapkan. Tetapi berapa ramaikah di kalangan mereka yang menyebutnya itu yang merasakan dengan sungguh-sungguh pengertian yang terkandung di dalam dua kalimah itu.

Berapa ramaikah di kalangan mereka yang mendengarnya yang memahami dengan mendalam apa yang tersirat dari maksudnya?

Sesungguhnya di kalangan orang muslimin sendiri - belakangkan yang bukan muslimin -99% bahkan lebih ramai lagi yang mendakwa diri mereka muslim dan mengaku agama mereka Islam, tetapi mereka tidak mengetahui apakah dia muslim dan apakah dia Islam yang sebenarnya.
Maka hari ini marilah kita mengambil sedikit waktu untuk memahami dua kalimah ini.

Jika anda melihat kepada gelagat manusia di segi i'tikad dan amalan, anda akan dapati
mereka kebanyakannya terbahagi kepada tiga golongan.

Pertama: Orang yang dengan terang-terang mengagungkan kebebasan berfikir dan
beramal. Setiap perkara dalam hidup mereka hanya berpegang kepada pendapat mereka sendiri dan hanya yakin pada apa yang diputuskan oleh fikiran mereka. Cara bekerja bagi mereka ialah apa yang pada pandangan mereka betul. Mereka tidak mempunyai hubungan langsung dengan mana-mana agama dan tidak mengikutinya.

Kedua: Terdiri dari orang-orang yang zahirnya berpegang pada suatu agama yang tertentu, tetapi pada hakikatnya mereka mematuhi pendapat dan fikiran mereka sendiri. Mereka tidak pernah merujuk kepada agama untuk mengambil pegangan-pegangan atau peraturan hidup. Kadang-kadang mereka mengambil setengah pegangan mengikut kehendak hawa nafsu, kecenderungan dan keperluan diri dan hidup mereka. Mereka bekerja dengan cara sendiri kemudian cuba menyesuaikan agama mengikut rekaan mereka. Maka mereka pada hakikatnya bukan penganut agama, tetapi agama yang menjadi penganut hawa nafsu mereka.


Ketiga: Terdiri dari golongan yang tidak mempergunakan akal mereka, malah
memberhentikannya langsung. Lalu mereka pun merangkaklah di belakang manusia dengan mengikut mereka secara membabi-buta; sama ada manusia-manusia itu datuk nenek mereka atau orang-orang yang semasa dengan mereka.

ADAKAH KITA TERMASUK ANTARA GOLONGAN INI?


WaNa’uzubillah Min dzalik, Sesungguhnya, Islam telah menganggap ketiga-tiga jenis orang ini sebagai terjerumus dalam kebatilan dan kesesatan. Ketiga-tiga golongan yang melampau dan keterlaluan ini telah ditolak oleh Al-Ouran dan menggantikannya dengan suatu umat yang sederhana dan stabil, umat pertengahan yang menegakkan keadilan.

Jalan yang sederhana dan stabil inilah yang dinamakan sebagai 'ISLAM' dan golongan yang mengikuti jalan inilah yang digelar 'MUSLIM'. Sesungguhnya Islam bererti tunduk, patuh dan redha. Dan muslim ialah orang yang patuh kepada perintah pemerintah (ALLAH) dan larangan pelarang dengan kepatuhan yang penuh redha.

Sesungguhnya tidak harus bagi golongan ini mengikuti akalnya pada setiap urusan,tidak harus baginya mempermainkan hukum Allah dengan mengambil apa yang sesuai dengan nafsunya dan meninggalkan apa yang tidak sesuai, tidak harus baginya melemparkan Kitab Allah dan Sunnah Rasul ke belakang dan melencong mengikut manusia-manusia dengan buta tuli, sama ada manusia-manusia yang masih hidup atau sudah mati.

Hakikat ini telah disebut oleh Al-Quran dengan jelas. la berkata bahawa apabila datang perintah Allah kepada orang mukmin maka tiada lagi pilihan baginya.

"Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mukmin dan tidak pula bagi perempuan yang mukminah, apabila Allah dan Rasul telah manetapkan suatu ketetapan, maka ada lagi bagi mereka pilihan yang lain tentang urusan mereka. Dan barang siapa menderhakai Allah dan Rasul-Nya maka dia telah sesat, sesat yang nyata" Al-Ahzab: 36.
Dan kini wajiblah di atas kita yang nama-nama kita tercatat di dalam senarai Muslimin/muslimah melihat dan berfikir sejauh manakah kalimah muslim ini telah menepati diri kita dan sejauh manakah benarnya cara hidup yang kita ikuti sekarang boleh dinamakan ISLAM !

* Sayyid Abu al-A’la Al-Maududi

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes