03 September 2008

Kalam Ramadhan (Timb.Pres Marsis)

Ramadhan adalah bulan yang paling istimewa kepada umat Rasulullah saw berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Pada bulan ini diturunkan Al-Quran, terdapat lailatulqadar, digandakan amalan, syaitan-syaitan dibelenggu dan pelbagai keistimewaan lain yang tidak terdapat pada bbulan-bulan yang lain. Antara amalan yang paling utama yang patut dilakukan oleh setiap muslim di bulan yang penuh keberkatan ini ialah mengkhatam al-Quran. Rasulullah mengkhatam Al-Quran sebanyak dua kali bersama Jibril as pada tahun baginda diwafatkan.
Abu Hurairah r.a berkata:

“ sesungguhnya Jibril a.s sentiasa melawat al-Quran Nabi sekali dalam setahun. Pada tahun Nabi saw diwafatkan, Jibril telah datang melawat al-Quran Baginda sebanyak dua kali.” ( Hadis Riwayat al-Bukhari)

Apa yang dimaksudkan melawat dalam hadis ini ialah “Rasulullah akan mengajar seluruh isi kandungan al-Quran kepada baginda dan mengkhatamnya.” (rujuk Kitab al-Jami’ fi Gharib al-Hadith, jil.4, ms.64) Ini bermakna sunnah membaca al-Quran dan mengkhatamnya sambil menghayati ayat bukan sekadar membacanya sahaja. Ini kerana tujuan membaca al-Quran akan hilang jika tidak menghayati isi kandungannya.

Justeru itu sahabat2 akhir kata daripada ana

“JIKA KITA BERHADAPAN DENGAN PERTEMUAN YANG TERAKHIR, PASTI PERTEMUAN ITU AMAT KITA HARGAI. MAKA, ANGGAPLAH RAMADHAN INI YANG TERAKHIR AGAR KITA MENGHARGAINYA. SEMOGA KEHADIRAN BULAN YANG MULIA INI MEMBERIKAN JUTAAN PENGERTIAN KEPADA KITA SEMUA, INSYAALLAH RAMADHAN MUBARAK…MOGA PUASA KALI INI KITA SAMA-SAMA DAPAT IJAZAH TAQWA, DIKURNIAKAN KESIHATAN YANG BAIK DAN DIBERIKAN KEKUATAN UNTUK ISTIQAMAH DALAM AMALAN DAN PERJUANGAN…SELAMAT BERPUASA dan MUDAHAN KITA DIPERTEMUKAN DENGAN LAILATULQADAR YANG PENUH HIDAYAH DAN KEBERKATAN-NYA… AMIN…”

Ukhti Halida Untong
Timb.Pres Marsis 08/09


-TIMB. PRES-

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes