Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Alhamdulillah dapat bertemu di ruang maya sekali lagi.
Assalamualaikum wrh. wbkt. Sahabat yang dikasihi,
Sesi untuk berkerja Exco Marsis 2008/2009 telah bermula beberapa minggu yang lalu. Malam ni, Pengerusi Lajnah Ekonomi Sdra Zulfadhli Al-Fahmi Abd Hamid dan Timbalannya Sdri. Rafidah Hj Bilin akan bermesyuarat dengan Pn. Hjh Hazizah Kassim di rumah ana, IOI Resort Putarajaya. Beliau bersama 4 orang yang lain juga adalah AJK kerja Lajnah Ekonomi yang amat berperanan menyediakan sumber kewangan dan dana pembangunan kita. Justeru itu, semoga mesyuarat pertama dengan bimbingan penasihat dari MSP akan membuahkan hasil yang boleh dilaksanakan kelak
Sumber dana dan kekuatan kewangan amat penting kepada gerakan Islam seluruhnya. Dalam persekitaran sahabat-sahabat alumni termasuk ana yang hampir keseluruhannya 'makan gaji' sama ada kerajaan atau swasta, maka tidak banyak sumbangan yang signifikan (besar) yang dapat diberikan kepada jemaah. Manakala yang business pula macam isteri ana, masih diperingkat membina kekuatan untuk 'servive' saja. Pun begitu, ana yakin jika kita dapat memikirkan 'idea-idea yang besar dan praktikal', Insyallah sumbangan kita akan lebih besar dari mereka yang business.
Apa yang diharapkan dari sahabat-sahabat Marsis dan Alumni di peringkat ini adalah sumbangan idea yang boleh dilaksanakan oleh Lujnah Ekonomi Marsis supaya memberi impak yang besar pada masa akan datang. Idea-idea ini boleh disalurkan terus kepada egroup kita untuk dikongsi bersama dan dibincangkan. Wassalam.
Hj. Muhamad Sade Bin Hj. Mohamad Amin
Penasihat Marsis Pusat
0 comments:
Post a Comment