SUMBER: mahasiswakini PENJELASAN: Dari kiri; Mohamad Hilman, Mohd Haafizuddin (YDP PMIUM), DALAM perkembangan terbaru selepas perlantikan saf kepimpinan baru PMIUM sesi 08/09 pada AGM PMIUM ke 48 yang berakhir pagi tadi, aktivis-aktivis Pro Mahasiswa juga turut sama terlibat menyaksikan mesyuarat tahunan tersebut. Pro Mahasiswa melalui jurucakapnya, saudara Ahmad Shahir Abdul Aziz merakamkan ucapan tahniah kepada saf kepimpinan baru PMIUM.Dalam pada itu, Pro Mahasiswa juga menyatakan hasrat untuk terus menjalinkan kerjasama yang erat dengan PMIUM sebagai pertubuhan induk Mahasiswa Melayu Islam di kampus Universiti Malaya. “Kita juga bersedia untuk meneruskan kerjasama dengan setiap persatuan dan pertubuhan mahasiswa yang lain untuk memacu gerakan Mahasiswa Renaissance di negara ini” ujarnya lagi. Berikut adalah senarai ahli Majlis tertinggi Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) yang baru dipilih oleh ahli mesyuarat PMIUM pada AGM PMIUM ke 48:
Mohd Faisal (S/U PMIUM), Mohd Hasbie (Bendahari PMIUM), Ahmad Shahir, Izzat Amin
“Walaupun Pro Mahasiswa merupakan pertubuhan yang berorientasikan pelbagai kaum dan agama, namun kerjasama yang lebih erat akan tetap dijalinkan sebagai usaha untuk mengembalikan semula keintelektualan dan idealisme mahasiswa”
PENJELASAN: Kepimpinan baru PMIUM memulakan tugas.
------------------------
* Tajuk asal berita ini adalah "Pro Mahasiswa rakam ucapan tahniah kepada kepimpinan baru PMIUM"
31 March 2008
"Tahniah soff baru PMIUM ! '' - Pro Mahasiswa *
Dalam senarai kepimpinan baru tersebut, 3 daripadanya pernah bertanding bagi tiket Pro Mahasiswa. Saudara Faisal dan Hasbie juga masih merupakan ahli dalam Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya. -END
Posted on Monday, March 31, 2008 @ 14:00:06 MYT by zainulfaqar
0 comments:
Post a Comment