08 April 2008

Marsis menuju perubahan yang LEBIH BAIK-APA peranan KITA?

Bismillahirahmanira him..

Infiniti kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah kerana dengan izinNya jua segala perkembangan, usaha-usaha membawa dan membina Marsis ke arah yang lebih baik dapat dijalankan setakat ini..

Baik dari pihak MSP yang sangat banyak menyumbang dari segi idea,kewangan dll..didokong pula oleh Barisan Kepimpinan 08/09 yang terus dan masih berusaha merancang dan membentuk hala tuju Marsis kali ini ke arah yang lebih baik..seterusnya dibantu dan didokong pula oleh sahabat-sahabat dari setiap cawangan yang sangat-sangat berperanan bersama-sama memajukan MARSIS ke arah yang lebih baik.

Kita teramat perlu menyedari bahawa segala gerak kerja ini menuntut keprihatinan, pengorbanan dan komitmen kita. walau 1% atau 99 % komitmen yang kita dapat curahkan untuk Marsis..lakukanlah sebaik mungkin..biarpun sedikit, lakukan lah sehabis baik.

apa yang diperlukan dalam gerak kerja ini,bukan sekadar idea yang berlambak-lambak dan beretorika dalam kata2..idea dan buah fikiran itu penting namun yang menentukan keberjayaan kita adalah sejauhmana pelaksanaannya. .
saya meyakini fasa sekarang adalah titik tolak kepada kegemilangan Marsis dimasa depan..dan terpulang kita sama ada untuk hanya sekadar menjadi pemerhati zaman kebangkitan ini atau bersama-sama menjadi pendokong kepada zaman kebangkitan ini..semoga kita ditetapkan hati untuk terus bergerak kerja kerana Allah..insyaAllah. WaAllahualam.

~SUA Marsis 08/09

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes