22 February 2008

Tinta MARSIS Pusat

MUSLIMAT DAN PERJUANGAN ISLAM

oleh: UKhti Halida
Setiausaha Agung MARSIS Pusat

Muslimat sebagai ”sayap kiri” dalam perjuangan acap kali meniti di bibir pejuang-pejuang Islam samada yang memahami siasah sebenar mahu pun tidak. Maka tidak dapat dinafikan lagi penglibatan muslimat dalam gerakan dakwah Islamiah. Terdapat banyak contoh yang telah dibuktikan oleh muslimat terdahulu seperti saiyidatina Khadijah binti Khuwailid sebagai manusia pertama yang menyahut seruan Iman dan Islam, saiyidatina Aisyah sebagai gedung ilmu dan pusat sumber maklumat, Ummu Ammarah Nusaibah binti Ka'ab yang bermati-matian dimedan Uhud, Asma’ binti Abu Bakar yang menghantar makanan kepada Rasulullah dan ayahandanya di gua pada tengah malam, walaupun dalam keadaan mengandung anak pertama, dan Sumaiyah Ali Yaasir sebagai orang yang pertama mendapat gelaran syahid. Ini adalah bukti yang jelas bahawa peranan muslimah adalah jauh lebih luas dari hanya sekadar beroperasi di dalam rumahnya.

Namun kini, penjajahan pemikiran telah meracuni seluruh manusia yang mana ia telah memisahkan peranan muslimah dalam medan perjuangan Islam. Sepertimana yang telah dinukilkan dalam sebuah artikel “Peranan Muslimah Sebagai Da’eah” (Ustz Nasrudin Mat Isa, Membentuk Pemikiran Siasi Islami), Inilah yang digelar sebagai gejala rawatibh al-jahiliyyah (karat-karat jahiliyyah) dan rawatibh isti’mariyyah (karat-karat penjajahan) yang amat dominan dalam dunia Islam. Oleh yang demikian berlakunya salah faham tentang agama Islam malah difitnah sebagai agama yang menindas dan memperlekehkan kaum wanita

Islam agama yang adil di muka bumi ini, diturunkan sebagai panduan kepada semua manusia, samada lelaki mahupun perempuan. Allah menurunkan perintahnya dalam Al-Quran berbentuk umum yang merangkumi lelaki dan perempuan dan Islam tidak sama sekali membezakan perhitungan antara lelaki dan perempuan samada dari segi tanggungjawab di muka bumi ini mahu pun balasan di akhirat nanti. Kerna ketaqwaanlah yang mengukur umat-Nya.

Hai manusia, Sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.”

Setiap muslimah hendaklah berusaha mempersiapkan diri untuk memikul tanggungjawab ini. Kesyumulan Islam itu tidak akan terbukti jika hanya teori semata-mata dan tidak dicernakan melalui reality (waqi’) sebenar.

Apa pun kita sebagai pejuang agama Allah mengharapkan kemenangan PIIHAN RAYA kali ini sebagai kemenangan di dunia untuk mencegah kemungkaran dan menegakkan kebatilan. Apa yang penting, usaha kita yang bersungguh-sungguh dan berterusan tanpa rasa penat dan jemu.

Ketahuilah bahawa kemenangan kita yang hakiki apabila kita sabar dan tabah dalam menghadapi mehnah dan tribulasi sebagai seorang muslimah yang menyambung rantai-rantai perjuangan Rasulullah S.A.W. Mudah-mudahan dengan sedikit penat kita, usaha dan doa akan Allah balas dengan KEMENANGAN khususnya dalam PILIHAN RAYA kali ke-12 ini.

“Ayuhlah Wahai Muslimat Sekalian Teruskan Perjuangan Kita.”

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes