20 October 2011

Catatan IBJ 2011: kelahiran baru "Duta Islam"!

Foto: Khairunnisa
Mari memprogramkan diri dengan teliti

Di dalam konsep Sedekah, si pemberi sedekah lebih banyak menerima (balasan), berbanding si peminta sedekah. Tetapi, di dalam Islamic BORNEO Jamboree, orang yang memberi tarbiah mendapat balasan dari Allah sama banyak dengan orang yang meminta ditarbiah! malah mendapat lebih lagi kerana Allah itu Maha Pemurah.

Apa itu tarbiah?

Penulis Quantum Tarbiah, Pak Solikhin Abu Izzuddin menjelaskan bahawa tarbiah itu ertinya berubah, tetapi perubahan tanpa program dan perencanaan akan gagal. Tarbiah bekerja sebagai langkah pendidikan, pembinaan dan pembentukan peribadi yang teratur, terarah dan sistematik.
"Gagal memprogramkan bererti memprogramkan kegagalan"
Alhamdulillah, pada 14 hingga 16 Oktober yang lalu, MARSIS sekali lagi memprogramkan duta-duta baru Islam yang terdiri dari beberapa mahasiswa BORNEO yang datang dari seluruh kampus semenanjung Malaysia. Tidak lupa juga kepada beberapa mahasiswa semenanjung Malaysia yang turut serta di dalam program BORNEO ini.

Setibanya di kem semanggol pada jam 11.00 malam hari Jumaat.
Objektif asal program ini ialah:

1.Meningkatkan kefahaman asas-asas Islam kepada mahasiswa Sabah.

2.Memberikan bimbingan hala tuju mahasiswa di kampus.

3.Mengeratkan ukhuwah dikalangan mahasiswa Sabah di semenanjung.

4.Memperkenalkan MARSIS sebagai wadah kebajikan Sabah.






Foto: Adibah Dayana
Program IBJ ke 2 paling ramai disertai

Peserta yang tiba hampir mencecah 100 orang. 20 peserta dari KUIN terpaksa menarik diri disaat-saat akhir kerana terpaksa menghadiri program besar kampus. Peserta kali ini disertai oleh mahasiswa UMP, UM, USIM, GMI Bangi, IIC, UKM Bangi, UIA Gombak, IPG Cheras, IPIS Bangi, METC (Malaysia Airlines Engineering Training Centre), KIST, UTHM, UTeM dan UITM Shah Alam.


Foto: Mohd Hasrul
Di antara objektif program ialah "Meningkatkan kefahaman asas-asas Islam kepada mahasiswa Sabah"

"Iman dan Islam: Apa peranan kita?" di sampaikan oleh Ustaz Zul Amirul, mahasiswa Universiti Malaya.









Melawat kediaman penulis Syed Hussien Al-Attas. Foto: Mohd Hasrul
Allah Maha Hebat dalam merancang

Perancangan asal lawatan dakwah ke perkampungan orang asli Janda Baik tidak kesampaian kerana mereka sedang menguruskan sebuah kenduri perkahwinan. Belum pun sempat melaksanakan back-up plan, Syahira (timbalan pengarah program) terserempak dengan Tuan Syed Hussein Al-Attas atau lebih mesra dipanggil Pak Habib. Pak Habib dengan senang hati menjemput seluruh komiti dan peserta IBJ mendengar perkongsian beliau di kediamannya yang digelar University of Life, bersebelahan dengan Kem Semanggol milik Puan Ainon Mohd (PTS).

Foto: Adibah Dayana
Jadilah seorang DUTA ISLAM dimana saja kamu berada.


Perkongsian santai dan ringan. Pak Habib menyentuh tentang Adab seorang Muslim. Dimana pun kita berada, tunjukkan yang kita ini seorang Muslim. Bukan hanya pada pakaian, tapi pada perbuatan.
Foto: Mohd Hasrul
Pengalaman peserta

Selepas explorace dakwah, salah seorang pimpinan MARSIS, Saudari Rusinah bertanya kepada peserta, "Siapa di antara kalian yang pertama kali bersolat diatas tanah?"

Salah seorang daripada peserta dengan penuh semangat memberikan respon;

"mula tu, saya ragu-ragu jugak kak, tapi sekarang, baru saya tahu yang solat tu boleh dilakukan dimana saja (selain masjid, surau, rumah), yang penting tempat tu suci dari najis"


Moga pengalaman yang sedikit ini mampu memasakkan fikrah kepada para peserta tentang ISLAM itu MUDAH.

Foto: Mohd Hasrul
Medan latihan menjadi DUTA ISLAM

Bila ditanya, apa harapan kamu selepas datang ke program ini. Respon terbaik yang diterima; 
"Sabah perlukan lebih ramai lagi pemuda-pemuda seperti kita"
Selepas melalui dua Akrab discussion, peserta mula mendapat pencerahan tentang;

1. Apa yang SABAH perlukan.

2. Apa yang mereka perlu "jadi" untuk membantu SABAH.




3. Program apa dan dimana yang mereka boleh ikuti dan berkhidmat di SABAH.

4. Saluran untuk mengikuti perkembangan dakwah dan siasah di SABAH.

Saya sendiri berbincang dan mendengar perangkaan idea serta harapan mereka. Dengan itu, dapat saya simpulkan bahawa mereka telah bersedia untuk menjadi DUTA ISLAM sekembalinya mereka ke SABAH kelak. Saya juga berharap, resolusi yang telah dibentuk hasil dari Akrab discussion tersebut dapat dipraktikkan.

Foto: Khairunnisa
Kami dari pimpinan MARSIS Pusat mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan buat Puan Ainon Mohd, pengasas PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd, Tuan Ahmad Jowel Nooh (Pakar Kaunselor), Pak Habib (Penulis),  Ustaz Zul Amirul (Pendakwah bebas - UM), Alumni MARSIS, seluruh penggerak Islamic BORNEO Jamboree, sahabat-sahabat yang datang dari seluruh kampus se-malaysia, Cikpuan Nur Fadhilah Md Daud (Admin ILuvIslam.com sebagai rakan media) dan semua jiwa-jiwa yang hadir dalam rantaian doa disana-sini. Allah pasti dan pasti membalas jasa kalian.



"Ukhuwah Tertaut, Islam dihayati"




Dg Siti Khairunnisa Ismail
Exco Perhubungan dan Penerangan
MARSIS Pusat 11/13


Foto kredit : Khairunnisa, Adibah Dayana & Mohd Hasrul (UMP)

2 comments:

syeeaibrahim said...

salam alaik,

you guyz have owez be the top of the best! Spreading ISLAMIC thot is not only for those who learn about ISLAM specifically or taking islamic course at university or other institution, but the responsibility is also for everyone who cites SYAHADAH. congrates to MARSIS for taking this responsibility of dakwah...keep on striving and may ALLAH bless all of you...:) for adik2 new generation, welcome to the club!

p/s...kak wan sgt rindu kamu...

Asrul Samat said...

Apa yang mereka perlu "jadi" untuk membantu Sabah ?
Apa pula yang saya perlu "jadi" untuk membantu Sabah untuk membantu mereka ?
Apa pula yang kita perlu "jadi" untuk membantu saya dan mereka untuk membantu Sabah ?

Let's Unite and go !

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes