Sebagaimana yang telah dipersetujui sebagai resolusi IBJ vol.2 baru-baru ini. Sambutan Hari Raya Aidiladha akan di adakan di Kelantan pada kali ini. Dan Kolej Islam Sains Dan Teknologi (KIST), Bachok, Kelantan menjadi tuan rumah. Program kali ini dinamakan sebagai Lambaian Korban (LAMBAN).
Hasil perbincangan dan perancangan bersama jawatankuasa Lamban 2010 dan pimpinan Marsis rombongan dari Lembah Klang hanya akan menyewa sebuah bas memuatkan 40 orang sahaja dan selebihnya jemputan adalah mahasiswa-mahasiswa sabah yang ada di KIST.
BUTIRAN PROGRAM
Tarikh : 16-18 Nov 2010
Tempat : Sudaru Beach Resort, Bachok Kelantan
Yuran :
a) Peserta dari Lembah Klang -
RM 50 (kos bas pulang balik) + RM20 (yuran program-makanan dsb) = RM70
b) Peserta dari Kelantan dan kawasan terdekat - RM 20 sahaja
PENYERTAAN
1) Peserta dari KIST
sesiapa yang berminat boleh mngmbil borang dan membayar yuran RM20.00 sahaja kepada mohd lizam bin sulaiman (bob syariah) asmie bte amin (syariah) dan norjaisyah (psikologi). Untuk keterangan lnjut sila hubungi 0145282571.
2) Rombongan Lembah Klang
Sesiapa yang berminat untuk memenuhi bas seramai 40 orang sahaja. Terhad. Minta hubungi Hendri (0133006120) untuk pendaftaran dan bayaran sebanyak RM20 sebagai deposit penyertaan. Tarikh tutup memberi nama adalah pada 10 Nov 2010 (RABU)
Banyak aktiviti menarik akan di adakan sepanjang 3 hari 2 malam di Kelantan, dan sesiapa yang berminat untuk turut serta beraya haji di Kelantan jangan lupa menghantar penyertaan anda. Sekian untuk makluman semua !
0 comments:
Post a Comment