01 August 2010

MARSIS menemui anak-anak sabah di kampus

Ahad, 1 OGOS 2010 : Roadshow Marsis 2010 telah pun selamat dijalankan di beberapa zon dan kampus utama seluruh semenanjung. Program tahunan Marsis kali ini di jalankan di tiga zon utama. Zon Lembah Klang (Lembah Pantai, Nilai, Tanjung Malim), Zon Selatan (UTM skudai) dan Zon Timur (Unisza yang dahulu dikenali sebagai KUSZA @ UDM).

Kelainan yang dibawakan pada roadshow pada kali ini ialah, kad keahlian Marsis julung-julung kali diperkenalkan dan mendapat sambutan yang cukup mengalakkan.  Matlamat utama roadshow kali ini adalah untuk memperkenalkan Marsis dengan lebih dekat kepada mahasiswa Sabah dan mengetahui permasalahan semasa yang ada di kalangan mahasiswa Sabah yang menuntut di semenanjung.
Family-Marsis mengucapkan jutaan terima kasih kepada persatuan anak negeri Sabah di IIC (PERSIS), di UPSI (BAKSIS) dan Persatuan Anak Sabah di UDM kerana memberikan kerjasama dan sambutan yang cukup baik untuk Roadshow 2010 kali ini. Tidak dilupakan buat anak-anak Sabah dari UM,IIC,UITM Shah Alam, UKM,UTM Skudai,UNISZA,KIST,UPSI,USIM yang hadir ke Roadshow Marsis '10.

Dengan tema roadshow kali ini "Di jalan ini kita bersatu", diharapkan dapat menyatukan mahasiswa Sabah yang berada di semenanjung di bawah satu keluarga, Family-Marsis.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes