18 August 2010

Jumpa 'biskita' di konvensyen MARSIS hujung minggu ini !


19 Ogos 2010 : Merebut peluang di bulan mubarak, bulan Ramadhan. Lajnah Dakwah MARSIS dengan kerjasama Persatuan Ulama Malaysia (PUM) berinisiatif untuk menganjurkan KONVENSYEN MARSIS (KONSIS) pada 20 dan 21 Ogos 2010 ini bertempat di Masjid Zubair Al Awwam, Cheras Program ini juga merupakan program tahunan Marsis.

Program ini dijangka dihadiri kira-kira 70 ahli marsis dari seluruh kampus semenanjung. Antara tujuan dan matlamat utama KONSIS yang digariskan kali ini ialah untuk menjadi medan memberi dan kesedaran pentingnya gerakan dakwah di Sabah, memberikan peluang kepada seluruh ahli marsis untuk terlibat dalam menggerakkan program dakwah Marsis serta bersama-sama merencana program dakwah selari dengan kehendak semasa masyarakat dan akhirnya untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa sabah tentang teori dan praktikal dakwah yang sebenar.

Pada KONSIS kali ini, para peserta akan di dedahkan tentang teori dan praktikal dakwah, situasi Islam di Sabah dan berpeluang merancang dan menjadi tenaga penggerak program-program dakwah Marsis sepanjang sesi antaranya Ijtima' Aidilfitri Borneo (IJAB), OPKIM Marsis dan Jelajah Dakwah Sabah.

Justeru, semua mahasiswa Islam Sabah, ahli family-marsis dijemput hadir untuk memeriahkan program kita pada kali ini. Dengan yuran hanya RM5, kita berpeluang untuk memperolehi pelbagai mutiara ilmu dan pengalaman yang sangat berharga. 

Untuk pendaftaran dibuka sehingga hari program bermula dan sebarang urusan pendaftaran bolehlah menghubungi Kak Rosinah (timb Pengarah KONSIS-o19-5372085) dan bagi  urusan pengangkutan, hubungi Norziela ( 013-8635302 ).

Jumpa biskita di konvensyen MARSIS hujung minggu ini !



*biskita dalam bahasa brunei bermaksud 'kamu'. Bangsa Brunei merupakan salah satu daripada rumpunan bangsa-bangsa yang ada di Sabah.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes