02 September 2010

Islamic BORNEO Jamboree vol.2


        Salam wangian 20 Ramadhan. Semoga anda semua masih bersemangat & bahagia dalam menjalani ibadah puasa. Alhamdulilah, sekali lagi, Markas Siswa Siswi Islam Sabah (MARSIS) dengan kerjasama Sekretariat Pelajar Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan (PUM WP) akan menganjurkan Perkhemahan Islamic BORNEO Jamboree vol.2 pada 1-3 Oktober 2010 bertempat di *Ulu Yam, Gombak. Yuran : kampus sekitar lembah klang RM15 & kampus di luar lembah klang ialah RM10.


        Bagi anda yang rindu dengan aktiviti lasak, rindu dengan aktiviti dakwah ke kawasan orang Asli, rindu dengan kesejukan dan kesegaran udara gunung Kinabalu. Mari bersama dengan MARSIS, program ini khas untuk anda !!!!


       Penyertaan ini adalah terhad dan ditujukan kepada semua Mahasiswa Islam BORNEO yang menuntut di IPTA/S sekitar semenanjung Malaysia. Seluruh mahasiswa/wi BORNEO (Sabah , Sarawak & Labuan) di jemput untuk join bersama. Kali ini, lebih ADVENTURE, lebih MENCABAR, lebih MENARIK & TERTARIK... Cepat !! jangan lepaskan peluang ini... Mari bersama-sama mengukir sejarah bersama MARSIS.


Kini, ada dua kaedah untuk mendaftar. Anda boleh mendaftar secara ONLINE atau langsung hubungi Unit Pendaftaran IBJ vol.2.


1. Daftar secara ONLINE, sila klik gambar di bawah ;




2. atau hubungi Unit Pendaftaran IBJ vol.2 : Sdr. Syamil, USIM (013 900 5582) , Sdr. Hanif, KIST (014 839 1405) dan Sdri. Ratnasari, USIM (0136440791)


Sebarang pertanyaanboleh hubungi saya sendiri, Dayang (013 898 5302) atau Pengarah IBJ vol.2, Sdr Matassian, UM (019 369 3708)




*Makluman tambahan; 


-Pengangkutan : Kita akan berkumpul di satu tempat, mungkin di KL Sentral, insyaAllah akan ada pengangkutan yang disediakan bermula dari sana. Kita akan bergerak sekali ke tapak program. ( Jangan kamu risau =) )


- Tentatif : akan di maklumkan di tapak program


- List barang-barang yang perlu di bawa akan di beritahu kemudian melalui blog atau SMS. 


p/s: Selalu lah berkunjung ke blog ini untuk mengetahui maklumat baru =)


Moga kita dapat manfaatkan 10 Ramadhan yang terakhir dengan sebaiknya.


Layari 


*tempat mungkin akan berubah


Sekian,terima kasih.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes