28 August 2009

Pasantren,Kelas, Kuliah, University Of Ramadhan


Assalamualaikum w b t
Alhamdulillah, sekali lagi lafaz menyebut kalimah syukur kita panjatkan kepada Allah swt. Kerana dengan Rahmat dan Cinta-Nya pada kita Dia telah memberi nikmat hidup untuk kita merasai keseronokan berada dalam bulan yang disebut sebagi bulan Rahmat atau pun disebut sebagai Universiti Of Ramadhan pada tahun ini..

Tidak lupa saya ucapkan Terima kasih buat sahabat dalam Marsis Pusat dan Marsis cawangan kampus yang telah memberikan komitmen yang sepenuhnya dalam menjayakan program (KONSIS’09) baru-baru ini.

Saya selaku wakil Saf Pimpinan Marsis Pusat 09/10 amat berbesar hati mengucapkan Tahniah dan selamat mendaftar di Universiti Of Ramadhan Al-mubarak khususnya kepada seluruh warga muslim Marsis. Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-52 yang hanya tinggal beberapa hari lagi untuk warga Malaysia meraikannya. Bagi saya kemasukan kita ke dalam Universiti Of Ramadhan ini adalah keputusan yang patut kita banggakan dan syukuri kerana Allah telah menerima permohonan 'online' kita setelah selesai sahaja solat melalui doa agar diterima akan jasad dan juga roh kita untuk memasukinya.


Universiti yang menjanjikan kebahagiaan dunia dan akhirat yang di dalamnya disajikan dengan aktiviti-aktiviti ibadah adalah semata-mata kerana ingin mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Oleh itu, utama dan pentingnya untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam universiti ini, kita terlebih dahulu perlu memahami tentang falsafah Ramadhan, Allah berbicara dalam surah Al-baqarah ayat 183 yang berbunyi;

“wahai orang-orang yang beriman ,telah diwajibkan ke atas kamu perintah berpuasa, sebagaimana telah diperintahkan kepada umat-umat terdahulu dengan tujuan meningkatkan ketaqwaan"
Yang menjadi persoalan bagi kita apakah falsafah yang perlu kita ambil daripada berpuasa bila sahaja memasuki universiti ini..?

Saya melihat wujudnya konsep perpaduan yang tinggi dikalangan umat Islam dalam bulan ini, jika diperhatikan pada falsafah ini dalam masa yang sama beribu-ribu muslim bangkit diwaktu sahur untuk menyantap makanan sedangkan pada bulan lainnya tidak begitu. Dalam masa yang sama juga umat berpuasa dengan mengosongkan perut bahkan sanggup meningalkan rokok pada waktu siang.

Setibanya Maghrib pula berjuta-juta umat Islam berbuka puasa bersama-sama kemudian malamnya pula masa diisi dengan ibadah tarawih secara bersama. Konsep ini dapat kita simpulkan bahawa disamping umat Islam berlumba-lumba untuk mendapakan pahala ibadat di bulan Ramadhan secara tidak lansung juga ikatan ukhuwah Islamiyah itu terbentuk dengan sendirinya. Oleh yang demikian tidak mustahil ianya mampu mewujudkan semangat kesatuan yang tinggi dikalangan kita.

Izinkan saya meminjam fikiran teman-teman sebentar untuk direnungkan nilai falsafah yang ingin saya kongsikan lagi. Secara realitinya mungkin kita mengerjakan amal ibadah dengan baik pada bulan ini namun pada masa yang sama kita redha dengan maksiat yang sedang bernuansa di hadapan mata, contohnya kita lihat sahaja hari ini individu Muslim yang baik tetapi hidup dalam suasana persekitaraan yang tidak “Islam”. Kita berpuasa pada siang hari namun media masa juga tidak putus-putus menyajikan tayangan-tayangan yang lalai.

Hatta sekalipun pada malamnya tika umat Islam menunaikan solat tarawih dalam masa sama juga rancangan-rancangan yang berunsurkan hiburan semata boleh menghalang untuk kita beribadah. Saya tidak mengatakan kebiadapan ini hanya berpunca dari media massa sahaja malahan yang lain juga turut menjadi agen penyumbang kepada masalah ini. Kita amat bimbang realiti kebobrokan ini akan terzahir bila perayaan sambutan Hari kemerdekaan nanti, pastinya malam yang sepatutnya diisi dengan aktiviti-aktiviti ibadah akan dicemari dengan pesta-pesta seks dan kelakuan-kelakuan biadap yang dilakukan oleh remaja Islam sendiri.


Semua meyakini bahawa pada bulan ramadhan pintu neraka ditutup dan syaitan digari serta dipenjara tetapi kenapa tempat-tempat dan perayaan sebegini ini masih tetap terbuka dan diraikan dengan bebas tanpa ada yang mengawalnya?

Peranan sebagai mahasiswa muslim harusnya berusaha seboleh mungkin untuk memperkasakan diri kita bagi mamasuki Universiti Of Ramadhan ini.Kalau lah bangsa India meriah dengan perayaan Thaipusamnya dan bangsa Cina pula sanggup berjalan kaki pada malam hari semata meraikan pesta Tanglong,maka apakah kita sebagai mahasiswa Islam hanya membiarkan bulan ini berlalu tanpa mempamerkan syiar Islam kita?

“what you get, is what you see”- ramadhan umpama laut yang luas dan dalam, ada yang melihat sampah dan buih di atas permukaannya, ada ynag melihat ikan dan hasil laut di dalamnya, namun ada yang mampu melihat “emas hitam’ (petroleum) di dasarnya, keputusan yang kita perolehi hasil dari “examination” di universiti of ramadhan adalah tidak sama, ianya juga bergantung kepada cara kita melihat,tahap kita berusaha dan kemampuan kita bermujahadah menahan keperitan untuk mendapat segulung rahmat,magfirah dan barakahnya.

Oleh itu banyakkanlah berintrospeksi diri setiap hari, mintalah keampunan dari Allah atas setiap dosa yang dilakukan dan mohonlah agar Allah memberikan kekuatan untuk mengekalkan kebaikan yang telah dilakukan. Sekian,wassalam.

Hendri Bin Hamsah
President
Markaz Siswa-Siswi Islam Sabah
Sesi 2009/2010

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes