23 August 2009

KONSIS 09 : satu kelainan


23 Ogos 2009 : Petaling jaya.KONSIS 09 telah selamat melabuhkan tirainya. Selama 3 hari mahasiswa sabah dan sarawak yang bernaung dibawah kesatuan "markas siswa/siswi islam sabah dan sarawak" telah berkampung di SS2,Petaling jaya untuk menjayakan konsis kali ini.

Ternyata kehadiran pada kali ini bertambah sedikit berbanding tahun lalu dan istimewanya kali ini, pengisian yang berbeza telah disediakan pihak marsis pusat selaku penganjur.


Antara yang menarik perhatian ialah sepanjang hari Sabtu,pengisian adalah tentang dakwah & kristianisasi. Para moderator dan penceramah yang dijemput khas dari IIS (Islamic Information & Services Foundation) yang biasa mengendalikan program FCR (Friendly Comparative Religion)berjaya memberi input-input dan sudut pandang menarik sekitar permasalahan perbandingan agama & kristianisasi.

Sepanjang program ini,peserta-peserta juga berpeluang untuk lebih mengenali sesama mereka yang datang dari IPT/s yang pelbagai. Aktiviti kreatif dan inovatif seperti : Creative discussion & Creative film maker juga berhasil memecahkan tembok diantara ahli.

Semoga KONSIS akan datang akan bertambah baik dan dapat memberi manfaat kepada diri masing-masing untuk dimanfaatkan demi kepentingan dakwah dinegeri terutamanya.
-wartawan marsis

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes