16 February 2009

Kerajaan sedia tambah bantuan sekolah mubaligh: TPM

KUCHING: Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata kerajaan sedia menambah peruntukan kewangan bagi pembangunan sekolah mubaligh di Sarawak dan Sabah. Timbalan Perdana Menteri, berkata jaminan kerajaan pusat itu adalah bagi memastikan keadaan infrastruktur sekolah berkenaan berada dalam keadaan terbaik untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa. “Kalau Tuhan bagi rezeki, kita boleh tambah peruntukan,” katanya pada majlis penyampaian Bantuan Kewangan di Bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Negara 2009 Bagi Sekolah Bantuan Kerajaan Mubaligh Sarawak dan Sabah di sini, hari ini.

Beliau juga memberi jaminan pembangunan sekolah mubaligh dalam sistem pendidikan negara akan tetap diteruskan kerana ianya telah melahirkan ramai pemimpin negara sebelum dan selepas merdeka.

Sambil menyifatkan sekolah mubaligh sebagai penting dalam pembangunan pendidikan negara, Najib berkata, sumbangan bantuan kewangan pada hari ini adalah penghargaan kerajaan pusat terhadap kewujudan sekolah mubaligh dalam sistem pendidikan negara. Beliau meminta lembaga pengurusan sekolah terbabit untuk membelanjakan peruntukkan tersebut secepat mungkin bagi membantu meransang ekonomi negara. “Belanjalah wang ini pada tahun ini dan jangan simpan dalam simpanan tetap,” katanya. Kini terdapat 410 sekolah mubaligh di seluruh negara dengan 128 terdapat di Sarawak dan 75 di Sabah. - Bernama

apa respon anda dalam isu ini?

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes