09 February 2009

ISU PERAK : main lompat-lompat



Dalam menyambut kemenangan dan perubahan dalam kampus UM, kita terpempan dengan isu tukar kerajaan di Perak. Justeru timbul pelbagai persoalan dalam benak kita, apa sebab utamanya?? Adakah kerana kuasa atau sememangnya kerana rakyat? Bila membaca akhbar2 yang ada, antara alasannya ialah ketidakpuasan hati pada MB Perak sendiri. Ini yang buatkan saya terpempan sekali lagi. Tetiba teringat perihal keluhan seorang sahabat. Mengapa perlu berpecah kerana perkara furu'?

Hakikatnya manusia melakukan kesalahan & kesilapan. Ketidakpuasan hati pada seseorang sekalipun dia ketua tetap adalah fitrah yang Allah jadikan. Tujuannya? Untuk memperbaiki dan dibaiki. Sama2 memperbaik. Tapi manusia terkadang terleka dengan kelebihan2 yang telah Allah kurniakan pada dirinya. Hingga menganggap keslahan orang lain sudah tak boleh difahami,dimaafkan dan dibetulkan. Lantaran itu, cara yang diambil adalah 'lompat' ke pihak lain. Lompat melompat ni senang kata berpaling tadah. Tidak kira dari parti mana ke mana. Kerana isunya bukan parti tapi perjuangan yang dibawa.

Adakah wajar dalam sekelip mata dan hanya kerana ketidakpuasan hati pada seseorang sewenangnya bertukar perjuangan? Bukankah perjuangan itu adalah prinsip? Seseorang pemimpin yang baik dan bertanggungjawab, adalah seorang pemimpin yang berprinsip. Paling penting perlu diingat, prinsip ini wajib berlandaskan Islam kerana Islam itu adalah cara hidup. Jika prinsipnya saja bukan berlandas dan bermatlamatkan Islam, maka perjuangan yang dibawa itu perlu diperhati terlebih dahulu.

Tidak terhenti sampai di situ sahaja, prinsip ini perlu direalitikan dengan pelaksanaan cara Islam. Contohnya secara berjemaah, menjauhkan diri dari maksiat, amanah pada harta rakyat dll. Jika matlamat yang disebut kerana Islam tetapi cara pelaksanaannya bukan dengan cara Islam, maka perjuangannya itu pun perlu diperhatikan terlebih dahulu. Alasannya? Kerana matlamat tak menghalalkan cara. ( Boleh rujuk dalam buku Mengapa Saya Menganut Islam karangan Fathi Yakan ).

Banyak penghujahan dan alasan yang akan digunakan seseorang untuk membenarkan apa yang dibawanya. Apa jua pun dalil atau asbab yang dikemukakan, biarlah menjurus pada kemenangan Islam. Kerana tanggunjawab kita sebagai muslim adalah berusaha sehingga tiada lagi fitnah pada Islam di muka bumi. Ingatlah, jangan kerana pandangan buruk kita pada sesuautu amal ijtimaie menyebabkan kita mengabaikan dan meminggirkan amal jamaie. kerana amal ijtimaie adalah berpandu pada amal jamaie. dan ia sekadar wadah untuk membantu dalam mencapai matlamat amal jamaie. wallahua'lam

dipetik dari : http://www.nuwairahazzahra.blogspot.com



0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes