01 January 2009

Israel VS Palestin : Bantahan di Sabah



Kota Kinabalu, 31Dis - Kira-kira 15 aktivis keamanan telah menyertai himpunan aman membantah kekejaman rejim Israel ke atas Palestin di perkarangan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu selepas solat zohor petang tadi.

Himpunan yang dikepalai oleh saudara Lahirul telah dengan tegas menyatakan bahawa sebarang tindakan terhadap umat Islam di Palestin oleh rejim Zionis hanya akan meningkatkan lagi kemarahan umat Islam di seluruh dunia. Perhimpunan kemudiannya diakhiri dengan doa untuk umat Islam di Palestin.

ulasan :
mabruk dan tahniah di ucapkan buat pejuang-pejuang agama Allah di negeri Sabah tercinta.Usaha yang amat baik sebagai wasilah dakwah kita di sabah...Kita beriman dan kita yakin bahawa kita mesti melakukan sesuatu dan semampu mungkin demi sokongan buat Nyawa-nyawa saudara kita di Palestin!

salam perjuangan dari kami...dan semoga doa kita,usaha kita dapat memberikan suntikan semangat dan kekuatan buat saudara kita di Palestin.Ya Allah Hancurkan musuh-musuh agamaMU ya Allah...

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes