14 October 2008

Peduli kah KITA??

Perempuan Buatan di negeri Kita

Salam Ramadhan Empunya Blog ucap pada semua pembaca laman ini. Terasa lama tidak update blog ini. Semalam hujung minggu 27 Ogos, empunya blog keluar ronda bandaraya KK seitar jam 1:30 pagi. Jalan-jalan sekali harung mencari sahur. Terasa boring empunya blog di rumah kekawan dah pulang bercuti sempena raya yang tinggal hanya seorang pelajar Bangla yang enggan keluar mengikut empunya blog apabila di ajak sama.

Bila empunya blog ronda di sekitar kawasan Kg Air, agak terkejut melihat golongan pompuan buatan (PB) yang terlalu ramai berkelompok sambil mengoda setiap lelaki yang lalu. Empunya blog lama memerhati kawasan tersebut, seorang demi seorang PB dianggkut oleh lelaki tulen, berbincang bagi signal 1 (hentah apa), lelaki tulen angguk kepala menyatakan ya…PB dengan gaya selamba mengoda naik di kereta lelaki tulen, hentah ke mana.

Empunya turun dari kereta menuju ke arah PB, ajak bercerita respon PB okey, menjawab segala persoalan yang di ajukan. Percaya atau tidak meeka bukanlah tergolong orang yang sukar untuk mendapatkan pekerjaan. Ini kerana ada di antara mereka di siang hari bekerja dengan kerajaan, ada yang menjadi guru, dan ada juga pelajar di salah sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Apabila empunya blog mengajukan soalan mengapa berbuat demikian, zizi bukan nama sebenar menjawab “untuk mencari kepuasan”. Empunya blog tanya lagi kepuasan for what? Dia kata “kepuasan untuk hidup”. Bila di tanya tidak takut mati ke? Dia kata lagi “sebelum mati i bertaubat”. Di tanya lagi bila U mati?...dia hanya mampu ketawa dan terdiam…di sebalik wajahnya tersimpan seribu rahsia.. Empunya blog aju soalan U asal mana? Mereka masing-masing kata I Tawau, dia ni pun Tawau, yang tu pun Tawau. Dengan selamba empunya blog kata I pun Tawau. Perbualan bertambah rancak apabila empunya blog mendapati mereka semua rata-rata orang Tawau.

PB ni cantik sehingga ada yang mengalahkan pompuan tulen, mereka belanja untuk make Up muka saja sehingga Rm 300 ke atas. Itu baru bahagian muka. Belum termsuk baju yang lip lap, rambut palsu, kasut, suntikan pun belum kira. Ada seorang PB yang sudah membuat Operate berbelanja RM50.000 hanya untuk menukar jantina. Namun begitu mereka berkata ia berbaloi dengan pendapatn yang lumayan. Bincang soal pendapatan, rata-rata mereka yang di tanya berpendapatan RM200 ke atas dalam sehari. Itu langganan orang tempatan, dakwa mereka bila ada warga asing (Amerika, Korea, China) yang melanggan mereka, mereka boleh mendapat RM500 sehari. Ada juga PB yang mengatakan dia boleh dapat RM20,000 sebulan. Tersenyum empunya blog, dalam hati hanya berkata itu kah kepuasan yang di cari. Bila empunya blog lihat rupa dia meybe lah dia boleh dapat RM 20,000 sebulan coz pandang sebijik macam pompuan, hanya suara saja yang membezakan.

PB bekerja kebiasaanya start jam 11.00 malam berakhir sekitar jam 5.00 pagi, di kala orang biasa baru hendak bangun. Sungguh luar biasa cara kehidupan PB ini. Keluar mencari makan secara individu tanpa ada satu konco-konco (bapak ayam) itu yang di dakwa oleh mereka. Apabila di tanya berapa ramai agaknya PB di kawasan ini, mereka berkata “ehh ramai melebihi 50 orang, ini pun bulan puasa nak raya ramai yang pulang kampung, biasanya meriah”, katanya dengan penuh keayuan. Bekerja sebagai PB untuk mendapatkan wang telah lama mereka lakukan, ada yang bertahun-tahun lamanya, tengoklah bila kena cekup mereka lari ke tempat lain.

Empunya blog selesai berbual menyelami hati PB, timbul rasa kesian. Mengapa mereka memilih cara hidup begini. Namun begitu, persoalan lain juga timbul mengapa tiada pemantauan dan tindakan dari jabatan agama Sabah? Kerana mereka ini ramai yang beragama Islam. Kesian…kesian…semoga empunya blog dan golongan ‘pompuan buatan’ mendapat hidayah dari Tuhan pencipta.

sumber :
http://nabilapress.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes