22 September 2008

TINTA MENULIS

Tinta Menulis

Alhamdulillah diberi kekuatan dan ruang dan peluang oleh Allah s.w.t agar masih lagi bernafas dalam melayari kehidupan di bulan Ramadhan yang mulia ini. Suka dingatkan di bulan Ramadhan ini kita bukan hanya berpuasa, bersolat namun tali persaudaraan perlu dijalinkan agar selari dengan keberkatan bulan yang tiada tolok bandingannya. Buat yang masih belajar pergandakan usaha kerna andalah mata-mata rantai perjuangan Rasulullah yang diharapkan untuk bertebaran di muka bumi untuk menyampaikan risalahnya.

Muhasabah hari demi hari, takut-takut puasa kita x dapat apa-apa pun. Perkasakan ibadah dan mohonlah agar kita sampai ke ramadhan yang terakhir

Suka untuk dikongsikan saya berpeluang untuk mengikuti satu diskusi intelek di Akademi Pengajian Islam, UM bersama salah seorang pejuang Palestin. Beliau ialah Sheikh Dr Mahmoud Seyam yakni merupakan Mantan Khatib Masjid Al-Aqsa dan Mantan Reaktor Universiti Islam Gaza. Melihat raut wajahnya sahaja sudah cukup untuk melihat betapa Allah menjaga insan-insan kesayanganNya.
Di awal perbincangan beliau menyingkap sirah Rasulullah ketika perang Badar berlaku. Bagaimana mungkin jiwa-jiwa yang sanggup berjihad dapat dilahirkan lagi ketika ini. Sejarah perlu di rungkaikan dan komponen –komponen yang utama perlu di garap dalam melahirkan para pejuang islam yang sanggup berkorban dan terkorban. Tahniah kepada para penjajah kerna berjaya melupuskan minat terhadap pengetahuan sejarah. Bagi yang telah sedar bangkitlah kenali sejarah. Dengan sejarah lahirnya jati diri!
Sheikh Dr Mahmoud juga meminta kita agar mohoh daripada Allah agar diberikan rahmat dan hidayah kepada kita. Tidak lupa juga seruan agar diperbanyakan istighfar dibulan yang penuh barakah ini.


Bersyukur kita hidup di Malaysia
Susah rasanya untuk melafazkan kesyukuran tatkala nikmat yang Allah beri melimpah luah. Mohon pada allah agar syukur kita sentiasa bertambah. Lagu Harapan padamu subur kembali (Saujana) ini begitu menginsafkan diri yang acapkali terlupa nikmat Allah yang maha kuasa…

Bersama hayati liriknya..….

http://www.iluvislam.com/v1/viewpage.php?page_id=85

Wahai tuhan ku yang esa
Bila kenangkan qaharmu
Rasa gerun dihatiku
Kerana takutkan seksanmu
Hambamu rasa berputus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika….

Tika kenangkan ghafarmu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih semula
Harapanku subur kembali
Ujian menimpa menekan dijiwa tak sanggup meneruskan perjuanganku
Mehnahmu itu penghapus dosaku
Pengganti hukumanmu di akhirat

Diwaktu mengenal rahmatmu
Terasa diri kurang bersyukur
PadaMu harus ku bermohon
Moga syukurku bertambah
Alangkah susahnya mendidik nafsuku
yang tidak dapat melihat kebenaranmu
Itulah hambamu..


Begitulah realiti kita di Malaysia. Dengan nikmat yang Allah beri acapkali melalaikan. Beruntunglah orang-orang yang sedar.
Di Sudan, Sumali, Iraq , Chenya , Sri Lanka, Kashmir misalnya kaum muslimin berada dalam keadaan yang tidak menggembirakan, dengan keadaan fitnah yang dahsyat, bunuh membunuh, pencerobohan dan pelbagai lagi, yang sekiranya kita berada di sana sudah pasti kagum pelihat para pejuang agama termasuk kanak-kanak yang sanggup berlawan mempertahankan kesucian agama walaupun dengan bermodalkan batu. Masyaallah.

Sheikh Mahmoud Seyam turut mengatakan, mereka di bumi Palestin masih belum memerlukan pejuang2 dari Malaysia untuk bersama berjihad mempertahankan Masjid Al-Aqsa, kerna masih ramai lagi syabab di sana yang sanggup syahid demi agama. Apa agaknya resepi ibu-ibu yang Berjaya melahirkan kader2 yang bergitu cintakan islam?


Apa peranan kita?
2 peranan untuk kita di Malaysia yang digariskan oleh beliau ialah:
1. Bersyukur dengan nikmat Allah yang memberikan kita nikmat berada di Negara yang aman,kita bebas beribadat
2. Mohonlah pada Allah dengan nikmat yang ada supaya Allah datangkan bantuan kepada umat islam yang ditindas

Isu Masjid Al Aqsa
Umum mengetahui Masjid Al-Aqsa kini berada dalam bahaya. Penggalian terowong diteruskan dengan matlamat untuk merosakkan dan melemahkan struktur Masjid agar menyembah bumi. Beliau memberitahu alasan yang diberikan unutk penggalian adalah untuk kajian arkeologi. Palsu semata-mata!
Apa yang menyedihkan penjajah YAHUDI LAKNATULLAH menghalang pemuda-pemudi memasuki Masjid AL-Aqsa ketika kini. Yang berada di dalam masjid hanyalah orang-orang tua sahaja. Pemuda tidak dibenarkan untuk solat jumaat dan mengerjakan solat terawih di sana. Namun semangat kental dan jiwa yang cintakan islam tidak mematahkan semangat mereka untuk terus solat berjemaah berimamkan imam Masjid Al-Aqsa dengan cara solat dikawasan luar masjid termasuk di tempat ‘parking’ kereta.
Hal ini begitu menyakitkan buat umat islam.

2 Golongan yang boleh dikategorikan di Palestin
1. Pemerintah Palestin-yang tunduk patuh pada israel
2. Pejuang di Semenanjung Gaza begitu tinggi pengharapan mereka terdahap pertolongan Allah. Mereka sabar dan tabah

Negara Arab yang kaya raya tidak membantu kah?

Ada yang mengajukan soalan mengapa pejuang Palestin pergi ke Negara –negara islam seperti Malaysia, Indonesia misalnya yang miskin untuk mendapatkan bantuan. Mengapa tidak pergi ke Negara Arab yang kaya raya untuk meminta bantuan. Berikut jawapan beliau:
Mereka meletakkan 3 syarat sekiranya Palestin menerima bantuan Arab. Dua daripadanya ialah
1. Bumi Palestin mesti mengiktiraf Israel
2. Tunduk kepada Amerika

Sempena bulan ramadhan ini, sama2lah kira berdoa kehadrat Allah s.w.t, agar Allah membantu pejuang – pejuang islam ini dan Masjid Al Aqsa sentiasa dalam jagaan Allah. S.w.t
Akhirul kalam
Ingatlah
Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan. (Surah Al-Kahfi, Ayat 46)

Nurul Shaza Ab Manaf
Angkasapuri, Kuala Lumpur
17 September 2008

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes