22 September 2008

Syahdunya Tetamu Agung ku tingalkan.


Assalamualaikum w.b.t
Marhaban Ya Ramadhan.

Alhamdulilah , mutiara pujian dan kesyukuran kita ucapkan kerana diberikan kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan al Mubarak 1429 H, bulan mulia dan penuh kebesaran di sisi Allah buat Para hambaNya.


Sungguh cepat masa berlalu.Tanpa kita sedari kini sudah menjengah di 10 akhir Ramadhan. Bagaimanakah dengan Tadarus,Qiam dan amalan sunat lain , apakah sudah kita penuhinya dengan amalan yang sebanyak-banyaknya. Adakah kita benar- benar semakin hampir mengecapi kemenangan(Taqwa dan keampunan) ataupun kerugian tiada kesudahan.


Kini ramai yang sudah sibuk - sibuk menyambut Aidilfitri. Kedengaran lagu - lagu raya di segenap lapangan. Ada yang sudah tergambar kapal terbang Airasia untuk pulang di kampung halaman. Namun Tetamu Agung ini masih belum berakhir! Gembirakah kita di pagi Adilfitri sedang puasa dan ibadah lain pada Ramadhan kali ini ala kadar dan banyak kelompongan. Masih belum terlambat.tinggal 8 hari lagi.Wajarkah Ramadhan luput tanpa sedikit pun terkesan di jiwa kita?


Ramadhan kini telah datang dan nanti akan berlalu tanpa menunggu kita. Hanya buat mereka yang menyedari kebesaran Ramadhan akan Syahdu meninggalkannya , mengecapi keindahannya Ramadhan nikmat tidak terkata dan bermukim seketika sambil menangisi pemergiaannya yang mungkin buat kali terakhir bagi kita.


Sahabat seakidah dan seperjuangan yang dikasihi sekalian,


Bila mana kita Menyingkap sirah, kita akan dapat melihat bahawa Rasulullah dan para sahabat bilamana semakin hampir menjelang Aidilfitri, semakin gelisah dan jelas tergambar di raut wajah mereka kesedihan kerana Ramadhan akan meninggalkan mereka , peluang utuk memperolehi bonus amalan di malam – malam terakhir yang terdapat padanya Lailatul Qadar sudah sampai ke penghujungnya, terdapat di antara mereka sebak menangis kesedihan teramat sangat kerana belum tentu dapat bertemu dengan Ramadhan pada tahun – tahun berikutnya.


Itu para sahabat bagaimana pula diri kita,di mana kita dengan para sahabat Rasulullah s.a.w?mereka telah buktikan kesungguhan dan kemantapan Iman di dada dengan menyeluruh bagi meraih redha,Ingatlah saudara ku,Alangkah rugi lagi malang bagi orang – orang yang keluar dari Madrasah Ramadhan tanpa mendapat keampunan Nya. Orang yang menang akan keluar seperti seorang bayi yang baru lahir. Mereka juga dikurniakan Pialah Taqwa,diberikan bonus pahala yang begitu banyak untuk bekalan selepas Ramadhan...Barulah hati berasa syahdu dan menitiskan mutira-mutiara kehambaan mengenangkan betapa besarnya rahmat dan keampunan Nya.


Menurut Imam Al Gazali ketaqwaan akan membawa umat Islam memiliki perasaan takut kepada Allah dan dia akan sedar bahawa hakikat hidup dan matinya dia perlu mentaati segala perintah Allah dan membersihkan hati dan perbuatannya dari segala larangnya. Oleh itu kehadiran Tetamu agung ini haruslah membibitkan rasa ketaqwaan yang kian meningkat dan kukuh terpatri didalam sanubari umat Islam. Firman Allah swt :Apakah sahaja yang diberikan Rasul kepadamu terimalah dia.dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah , dan bertaqwalah kepada Allah: Surah Al-Hasyr. :7

Apabila puasa yang dilaksanakan dengan penuh keihlasan barulah ia akan membentuk rasa ketaqwaan dan lahirnya sifat Istiqamah iaini penyerahan diri muslim pada pekara zahir dan batin sepenuhnya. Kerana istiqamah itu tidak dapat dibuktikan pada amalan sehari dua, malah ia perlu berterusan tanpa niat untuk menunjuk-nunjuk pada orang lain, ia dilakukan atas dasar ikhlas kerana Allah SWT. seorang muslim yang beristiqamah tidak menunggu untuk beribadah pada bulan Ramadan sahaja, malah setiap bulan itu adalah bulan yang dikhususkan untuknya beribadat kepada Allah. yang tidak beristiqamah akan merasa gelisah dengan Ramadan lambat untuk melabuhkan tirainya, sikap seumpama ini tidak pernah wujud dalam diri para sahabat baginda Rasulullah s.a.w.


jika di bulan Ramadhan saf-saf solat dipenuhi dengan para jemaah, masjid atau surau menjadi sesak dengan kehadiran para makmum. Bahkan masjid sentiasa di diisi dengan aktiviti pengabdian diri kepada Allah SWT seperti Qiyamullail meliputi pelbagai jenis solat, tadarus al-Quran meliputi diskusi isi-isi kandungannya, beriktikaf, berzikir dan bermacam-macam lagi alangkah indahnya segala kepatuhan ini dapat diteruskan pada bulan seterusnya maka barulah Ramadhan yang hadir mampu membekas di hati menjadikan hamba yang soleh/hah.


Justeru , jalan terbaik untuk mengekalkan istiqamah dengan Islam, ialah bersahabat dengan orang-orang yang baik-baik, apatah lagi mereka yang dapat mengingatkan diri kita kepada Allah SWT, menyuruh yang makruf, mampu pula mencegah kemungkaran, berdakwah dengan penuh hikmah, berakhlak mulia, tidak wujud sebarang kepentingan dunia, apa yang diharap hanyalah keredaan Allah, ia menepati seruan Allah

Mudah-mudahan, kita mampu dan berdoa kepada Allah SWT, agar menjadikan diri kita, adik-beradik,sahabat handai dan terlebih lagi kedua iba bapa kita, agar dimasukkan dalam kategori hamba Allah yang sentiasa dan kekal beristiqamah dengan Islam, berjuang kerananya dan mati pada jalannya, Amin.

Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru kepada Allah, di waktu pagi dan malam dengan mengharapkan keridaan-Nya, janganlah kamu berpaling dari mereka kerana mengharapkan perhiasan (habuan) kehidupan dunia ini, janganlah kamu mengikuti orang-orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami serta mengikut hawa nafsu, sesungguhnya urusan hidup mereka telah melampaui batas”.


Bicara Presiden Marsis 08/09
Akh Karim Abd Rahim

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes