"Orang seperti kita dalam perjalanan ini, gelora lautan yang luas sentiasa mengelilingi kita. Sebagaimana dakwah, ia kerapkali dihalang oleh pukulan badai dan gelora yang ganas. Perahu yang kecil akan terumbang ambing ke kiri dan ke kanan. Jika kita duduk di dalam perahu itu kita akan merasatakut, cemas dan bimbang. Katakanlah jika kita tukar enjin kepada layer dan pendayung, sudah tentu lebih mencabar dan memerlukan kesungguhan. Namun, kita mungkin akan sampai lewat dari orang lain, tetapi kesungguhan dan usaha yang tiada henti walaupun sampai lewat adalah lebih baik dari berhenti di tengah jalan dan langsung tidak sampai ke destinasi yang dituju.
Beliau menambah lagi : “ Ada juga orang yang terus berhenti mengayuh sampan sebaik sahaja rebut mula melanda. Dia akan segera memakaikan pelampung ke badannya lalu meniarap untuk berdayung menuju ke daratan dengan badannya diikatkan pada sampan. Teknik ini sebenarnya lebih susah dari teknik tadi tetapi ia mungkin satu-satunya cara yang paling baik pada waktu-waktu kecemasan untuk sampai ke destinasi yang ditujunya walaupun ketibaanya lebih lewat dari orang lain. Namun, dia sekurang-kurangnya usaha dengan penuh sabar dan bijak sehingga akhirnya dia berjaya mencapai matlamatnya , tanpa menggunakan teknik-teknik songsang yang mungkin akan mengendalakan teru pelayarannya itu”.
Firman Nya yang bermaksud :
” Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka sendiri mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.( Surah ar Ra’du : 11)
Dakwah sebenarnya adalah suatu seni yang amat tinggi nilainya dan memerlukan kepakaran dan kemahiran kerana ia berkaitan dengan kepercayaan dan keyakinan. Selain dari ilmu dakwah, kebolehan pancaindera dan deria juga amat penting untuk lebih menjayakan lagi misi yang dilaksanakan.
Tugas kita ialah untuk membangunkan pemuda – pemuda Islam yang sudah lama tidur ! kita sebenarnya memerlukan getaran rohani untuk mengejutkan jiwa dan fikiran yang sedang tidur nyenyak dan perlu menyalakan semangat yang hampir terpadam kerana kezaliman.
Namun, perkara pokok yang perlu diingat oleh seorang dai’e di sepanjang perjalanan dakwahnya ialah kita tidak berdaya untuk memberi hidayah kepada mereka. Perkara ini diterangkan oleh Allah dalam firmanNya yang bermaksud :
Bukanlah kewajipan kamu menjadikan mereka mendapat petunjuk akan tetapi Allahlah yang memberi petunjuk sesiapa yang dikehedaki Nya (Surah Al Baqarah :272)
0 comments:
Post a Comment