01 March 2008

Tinta MARSIS zon UTARA

Masanya memilih jalan yang lurus

oleh: M Saidin

saban hari dan saban saat,kita di ajar untuk sentiasa berhadapan dengan pilihan yang semestinya perlu kita buat dan sudah pasti pilihan yang kita buat menimbulkan impak yang baik mahupun negatif.

sahabat2 seMarsis IPTA/S seMalaysia

selamat menjalankan tugas menjelang PRU akan datang dengan penuh iltizam dan keyakinan bahawa perjuangan Islam yang kita dukung ini sama sekali tidak akan tewas dan jangan tedetik di hati kita akan
tewas. Hakikat sebuah perjuuangan sememangnya menjelmakan onak dan duri yang mana ianya perlu di hadapi tanpa memilih untuk berundur ke belakang.

Kesedaran kita adalah perjuangan ini tanpa titik noktah,tanpa tanda koma,ianya akan berterusan tanpa hujung selagi nyawa tak bercerai dari jasad.Masanya meminta ke hadrat Ilahi agar kita di anugerah
keberanian dan tenaga luar biasa agar jalan yang lurus mampu kita hadapi dengan tenang dan penuh strategik kerna yakinlah,di hujung jalan yang lurus, ada sirna bulan purnama yang menanti bersama redha Ilahi.

kita mungkin di perli,di sindir kerana memilih untuk bersama dengan parti. Alangkah baiknya hati orang yang memerli tersebut,dia telah memilih untuk memberi peluang kepada kita di hapuskan dosa-dosa
kecil lantaran perlian dan sindiran yang di lontarkan. Tanpa keluhan dan sungutan, teruskan sebuah perjuangan yang takkan selesai sampai bila2.

Wassalam

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes