25 March 2008

Khaled Nordin KPT mahu gubal AUKU, apa kata kita?

Sumber: instintive-stage G3.0

HASRAT kerajaan meminda beberapa akta dalam AUKU demi memberi mahasiswa dan Universiti lebih kebebasan seharusnya dicermati oleh semua pihak khususnya komuniti aktivis mahasiswa Malaysia.

Memetik kenyataan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi (yang baru) sebagaimana berikut:

Datuk Khalid Nordin, Menteri (baru) KPT“…kajian awal mendapati beberapa peraturan dalam AUKU menyekat kreativiti pelajar dan pihak pengurusan Universiti untuk mencapai tahap kecemerlangan di peringkat global…pihak pengurusan Universiti memerlukan kuasa autonomi yang lebih bagi membolehkan mereka membuat kputusan yang penting…”

Sebelum ini, 2 bekas menteri di Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) turut mewar-warkan hasrat sedemikian, namun hasrat tersebut lebih dilihat political talk semata-mata.

Ketika Datuk Shafie Salleh memimpin kementerian KPT, isu demokrasi kampus dan pencabulan hak asasi mahasiswa berlaku secara semberono.



Salah satu isu besar pada ketika itu adalah Sdr. Karim (UM) telah dipukul di premis/pejabat HEPA UM sendiri. Kes tersebut telah dibawa kepada beliau. Namun, beliau berdiam diri dan bluuurrr sahaja.

Dikhabarkan bahawa Datuk Dr. Shafie Salleh sebenarnya adalah puppet minister semata-mata. Play-maker sebenar KPT adalah Datuk Dr. Adham Baba. Beliaulah yang bertanggungjawab memanipulasi AUKU tersebut demi mengekang aktivistisme mahasiswa dan autonomi Universiti.

Kebangkitan mahasiswa pada ketika itu membawa mereka melancarkan pesta penentangan di Parlimen Malaysia dan KPT hatta di depan Pejabat Perdana Menteri Malaysia sendiri. Beberapa siri pesta penentangan terbuka tersebut unik dan menarik perhatian banyak pihak terutamanya media alternatif dan luar negara.

Datuk Dr. Shafie Salleh bukan sahaja gagal mengekang ‘anti-establishment’ komuniti mahasiswa Malaysia, malah era beliau juga menyaksikan kejatuhan ranking IPTA tempatan – UM jatuh dari tangga 89 ke 169 pada tahun 2005.

Jawatankuasa khas telah ditubuhkan untuk mereputasi semula mutu dan kedudukan Universiti. Pelbagai cadangan telah diberikan. Salah satu cadangan tersebut adalah AUKU dimansuhkan. Namun, Dr. Shafie Shafie Salleh masih/hanya political talk semata-mata.

Belum sempat rakyat dan mahasiswa melihat apa siri lakonan seterusnya oleh beliau, YAB Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi telah melakukan penstrukturan semula kabinet Malaysia pada 14 februari 2006.

Datuk Mustapha Muhammad, bekas Menteri KPTDatuk Dr. Shafie Salleh telah digugurkan. Dato’ Mustapha Mohammed telah menjadi Menteri baru KPT.

Dato’ Mustapha Muhammed juga telah menerima skrip drama yang sama. Watak yang dimainkan oleh beliau juga tidak jauh berbeza dengan Datuk Shafie Salleh – mahu mengkaji dan mengubal semula AUKU demi memberi mahasiswa dan Universiti lebih kebebasan.

Namun, adakah perkara ini telah kita dapati dalam era kepemimpinan Datuk Mustapha Muhammed?

Yang kita sedar dan kita lihat hanyalah Datuk Mustapha Muhammed tidak lagi memimpin KPT kerana beliau mempunyai rekod kerja yang tidak jauh berbeza dengan Datuk Dr. Shafie Salleh - gagal mengekang aktivitisme mahasiswa dan autonomi Universiti.

Datuk Mustapha Mohammed agak bernasib baik jika dibandingkan dengan Puppet Minister sebelumnya.

Shefie Salleh berkawan dengan kanak-kanak Pengakap akhirnyaDatuk Dr. Shafie Salleh telah dimakamkan di Persekutuan PENGAKAP Malaysia sebagai YDP. Mujur Datuk Mustapha Muhammed hanya berubah kementerian sahaja.

Saya cukup simpati dengan episod akhir kerier politik bekas Menteri KPT saya - Datuk Shafie Salleh.

Saya juga sedang menunggu apakah episod akhir yang bakal dilakonkan oleh Datuk Mustapha Muhammed selepas ini.

Berbalik pada cerita Datuk Mustapha Muhammed. Ketika beliau menjadi Menteri KPT, beliau juga political talk; terutama menjelang Pilihanraya Kampus sesi akademik 2006/07.

Pada ketika itu, saya melihat beliau lebih layak menjawat jawatan Ketua Perhubungan UMNO Bahagian IPT-IPT seluruh Malaysia; dari menjadi Menteri KPT.

Beliau bukan menggalakkan aktiviti akademia, tetapi sibuk mengugut mahasiswa dan ahli akademia yang lantang menasihatkan pihak kerajaan Malaysia - isu rasuah, kepemimpinan Pak Lah yang kian lemah, jenayah profil tinggi, pembongsaian fungsi Mahkamah, konspirasi Khairy Jamaludin - Singapura dalam meng’AliBaba’kan tanah dan kekayaan negara; dan banyak lagi.

Wajah political beliau ini lebih ketara apabila beberapa aktivis Mahasiswa di Malaysia mengambil keputusan terjun dalam mainstream PRU12. Beliau beberapa kali mengugut aktivis-aktivis Parti Mahasiswa Negara (PMN).

Sekarang, ada YAB Abdullah Haji Ahmad Badawi telah melantik Datuk Seri Khaled Nordin memimpin KPT. Beliau juga telah menyatakan hasrat yang sama - meminda beberapa akta dalam AUKU demi memberi mahasiswa dan Universiti lebih kebebasan.

Masih terlalu awal untuk kita membuat kesimpulan berhubung sikap dan iltizam beliau demi memulihara hak-hak mahasiswa dan Universiti.

Walau bagaimanapun, tidak salah kita menyimpan harapan dan cita-cita kepada beliau untuk melunaskan segala perubahan yang dijanjikan.

Jika perubahan berlaku di tangan beliau, bermakna beliau patut disanjung sebagai disanjung compassion hand kepada mahasiswa dan Universiti kerana sanggup melakukan political stand walaupun komuniti politikus dari parti-parti pemerintah hakikatnya masih mahu dan bertekad untuk mengekalkan AUKU dan beberapa undang-undang draconion seumpamanya demi mengekalkan status quo kezaliman mereka ke atas rakyat Malaysia -END

——————

PESANAN: Undang-undang draconion (yang mencengkam mahasiswa dan rakyat) dalam mana-mana sejarah negara bangsa tidak pernah digubal/dimansuhkan melalui ‘meja bulat’; kecuali diktator-diktator tersebut terlebih dahulu ditumbangkan menyembah bumi disebabkan REFORMASI dan kebangkitan BARISAN RAKYAT.

Contohnya, Normalisasi Kehidupan Kampus (NKK) di Indonesia telah dimansuhkan oleh BJ Habibie selepas tumbangnya Diktator Suharto. Kebangkitan rakyat dan mahasiswa di Universiti secara nekad dan bulat juga berlaku selepas beberapa aktivis mahasiswa Trisakti mati di jalan raya dalam siri-siri menentang kezaliman pemerintah di sana.

Haaah! Perundingan meja bulat omong-omong kosong mana-mana diktator semata-mata!

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes