APLIKASI TEKNOLOGI DALAM KEHIDUPAN PENDAKWAH
Oleh Khairul Syams
Kata-kata saidina Ali yang masyhur menyebut: “Kebenaran yang tidak tersusun akan ditumpaskan oleh kebatilan yang tersusus”
Melihat kepada perkembangan kemajuan teknologi maklumat atau Information Technology (IT) hari ini yang dari sehari ke sehari semakin canggih dan sophisticated, maka mekanisma yang ada ini wajar untuk digunakan dengn semaksimanya sebagai salah satu metodologi penyampaian dakwah dan ilmu-ilmu Islam. Kita tidak wajar membiarkan wadah ini hanya di monopoli, dikuasai dan dimanipulasi oleh penyampai dakyah songsang, pencinta dunia, pengkagum materialistic, pencipta idealisme-idealisme, para perencana kemaksiatan, penyebar bahan lucah dan fitnah serta pengangkat budaya hiburan melampau dan hedonism sahaja. Malah kita tidak mahu dunia siber ini hanya menjadi medan kepada pihak-pihak yang mendokong cara pemikiran jahiliyyah. Sungguh…Kita tidak mahu!!!
“ISLAM DID NOT SPREAD BY ITSELF…”
Justeru itulah, kita memerlukan lebih ramai pendakwah yang mahir dalam teknologi ICT untuk mengaktifkan dakwah melalui alam maya yang mana kini segala maklumat boleh diperolehi di hujung jari dalam masa sesaat dan sekali klik sahaja. Sudah tidak ada masa lagi untuk kita tidak berdakwah!! Ini adalah salah satu dari cara dan medium dakwah berkesan di dunia serba moden dan di era globalisasi kini. New World Order memerlukan dakwah sebegini dipersada.
Walaubagaimanapun, saya tidak menafikan betapa usaha-usaha dakwah dengan cara yang lain da nsistem yang berbeza juga perlu diteruskan kesinambungannya. Bagi yang berbakat di bidang penulisan (sama ada fiksyen atau bukan fiksyen),maka kembangkanlah. Bagi yang selesa berdakwah rumah ke rumah, teruskan usaha. Bagi yang mampu untuk berdakwah dengan khidmat masyarakat, turun padang dan program kebajikan, Silakan. Dan sesiapa yang mampu untuk melakukan kesemuanya, faya tafaddhal masykura!!Pendek kata, jadilah pendakwahyang berdakwah mengikut kemampuan masing-masing dengan tujuan matlamat dan redha Allah.
Malah sebenarnya, di dalam cara berdakwah konvensional yang dinyatakan tadi pun, kemajuan teknologi maklumat da n teknologi perhubungan juga amat memudahkan usaha dakwah tersebut.
Penggunaan telefon, sms, mesin faks, email, tele-conference, video conference, televisyen dan internet dan lain-lain lagi sewajarnya mengaktifkan lagi usaha dakwah ini.Sekali lagi, sudah tidak ada masa untuk tidak berdakwah!! Sudah tidak ada masa untuk beralasan begitu dan begini…Persoalannya adalah sama ada mahu atau tidak mahu. Jangan Tidak-Tidak!!!
Atas Segalanya, semoga saya, tetamu ziarah yang budiman dan semua pekerja dakwah (Du’at) dapat memantapkan diri dengan ilmu, amal dan kemahiran serta menggunakan kecanggihan teknologi kea rah pengaktifan dakwah. Semoga syiar Islam yang syumul akan terus berkembang maju dan menyinari alam maya ini. Semoga dengan dakwah, Islam terus terbela dan memerintah dunia!! Amin yaa Rabbal ‘Alamin.
“Sampaikanlah yang benar itu walaupun Ia Pahit”
“Berilah ruang pada hati kecil berbicara, menilai sesuatu dengan iman dan niat ikhlas.. Andai kebahagian dan kebenaran yang di cari, redha Allah yang di damba.. Lambat laun akan dibukakan kepada kita.. Jalan kejayaan. Yakinlah!!! Dan bila suara hati sudaha berbicara, pohonlah agar ianya jalan yang Allah tunjukkan. Jalan yang menuju padanya. Jalan yang telah dilalui oleh para nabi dan siddiqin, para syuhada dan orang-orang yang soleh. Bukan jalan orang-orang yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang disesatkan.”
0 comments:
Post a Comment