BANGI:12 FEB 2008
"Tak jadi bubar esok (hari ini). Seronok khabar angin ini (tetapi) esok (hari ini) tak ada pembubaran Parlimen," kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung desas desus kononnya Parlimen akan dibubarkan hari ini. Perdana Menteri juga menafikan kononnya mesyuarat mingguan Kabinet hari ini adalah yang terakhir sebelum Parlimen dibubarkan bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-12 diadakan. Sambil ketawa ketika diajukan soalan sama ada Parlimen akan dibubarkan hari ini, Perdana Menteri berkata, mesyuarat mingguan Kabinet akan tetap diadakan seperti biasa hari ini. "Apa yang menyebabkan anda berfikir mesyuarat Kabinet itu adalah yang terakhir? Mesyuarat Kabinet ada lagi... ada lagi," katanya pada sidang media selepas melancarkan Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di kampus universiti itu di sini, semalam.
Terdahulu, ketika ditemui pemberita selepas majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri di Putrajaya, Abdullah enggan memberi sebarang jawapan berhubung tarikh pembubaran Parlimen. "Betulkah esok 13 (hari bulan), anda pasti?" soal beliau kepada wartawan sambil tersenyum dan mengangkat jari telunjuknya ketika ditanya: "Datuk Seri, esok 13". Angka 13 merujuk tarikh hari ini, iaitu 13 Februari 2008 yang dikatakan nombor kegemaran Perdana Menteri untuk mengumumkan sesuatu. Ketika diajukan soalan sama selepas perjumpaan dengan Puteri Umno Pulau Pinang di Seberang Jaya, Ahad lalu, Perdana Menteri berkata: "Kenapa 13? Awak semua suka 13, kenapa? Ya, saya suka nombor itu kerana tiada siapa yang mahukannya kerana ia sering dikaitkan dengan kepercayaan karut dan biasanya orang berebut hendak nombor lapan.
Hari Ini
PUTRAJAYA 13 Feb. - Parlimen dibubarkan hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 diadakan dalam tempoh 60 hari selepas hari ini.Semua Dewan Undangan Negeri (DUN) kecuali Sarawak, akan turut dibubarkan serentak dengan pembubaran parlimen.Pengumuman pembubaran Parlimen itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada sidang akhbar di sini hari ini.Menurut Perdana Menteri Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pembubaran berkenaan.
Dua kenyataan yang cukup kontra..seolah-olah kita rakyat Malaysia seolah-olah terlalu bodoh utk dipermain-mainkan. kenapa cukup susah untuk berterus terang dari awalnya..sudah cukup rasanya kita diperbudak-budakkan...
MASA UNTUK BERUBAH..sebarkan wind of change..beralih ke arah kepimpinan yang lebih baik..
0 comments:
Post a Comment